Sep 15, 2012

Ayam Masak Masam manis

Ain Fajar | 10:18 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Salam satu Malaysia..selamat hari malaysia..di Terengganu semua bercuti hari nie, bagi negeri lain esok la mereka semua bercuti..tapi bagi saya tak terasa pun hari cuti ke atau hari bekerja ke ape, sebab en.abg tetap bekerja.tak kira cuti umum ke ape..en.abg dah mula bekerja di atas laut..huhu sedihnya rasa hati, 2 minggu baru dapat jumpa, nasib juga kadang2 dapat juga en.abg call tanye khabar tu pun sekejap2 je..pengalaman pertama bagi saya si suami kerja jauh nun di laut, yang mana tak ade kemudahan telekomunikasi..kalau ade pun mmg susah nak dapat line..kalau hujan lagi la tak dapat..musim tengkujuh dah nak bermula ni..lepas bulan 10 nanti mesti susah nak berhubung..nasib la cuma 2 minggu..kalau sebulan ke 2bulan lagi sedih kalau 6 bulan kat laut tu..memang la tak terbayang rasenye..hehe orang tak pernah jauh dengan en.abg memangla rasa lain..sebelum ni ape2 hal harap kat en.abg..sekarang ni 100% kena buat sendiri.
huhu dah la, tutup cerita kerja baru en.abg..bila en.abg tak ade kat rumah nak masak pun malas, tak ade selera la!! haha ayat poyo je, tapi saya dan anak2 kena makan juga..jadinya dok fikir2 ape menu simple yang nak di masak terhasilla ayam masak masam manis nie..senang je, simple dan cepat..tak kisah la janji ade selera nak makan.

Tak buat banyak pun, masak dalam 3 ketul je lepas tu potong kecil sikit, jadila 6 ketul saiz s..jom saya kongsi resepi..sesuaila untuk 2 atau 3 orang makan..

Ayam masam manis 

Bahan-bahannya:
6 kecil ketul ayam
2 sb tepung gandum
3 sb tepung jagung
1/2 sk garam.

bahan kuah
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
5 biji cili padi
1 sk sos tiram
3 sb cili sos
1/2 cawan air
1 biji limau kasturi
gula dan garam secukupnya

cara-caranya:
basuh ayam, gaul ayam dengan tepung gandum, teoung jagung dan garam.
goreng hingga ayam masak.
hiris bawang merah dan ketuk bawang putih dan cili padi halia.
tumis bawang putih, bawang merah, halia dan cili padi hingga naik wangi.
masukkan sos tiram, cili sos, dan air. masukkan air dan gula garam secukupnya.
tunggu hingga kuah sedikit pekat.
tuang atas ayam yang telah digoreng dan perahkan limau kasturi diatas ayam yang berkuah tadi.

sedia untuk di hidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...