Showing posts with label sayur mayur. Show all posts
Showing posts with label sayur mayur. Show all posts

Mar 25, 2012

Masak lemak kobis.

Ain Fajar | 7:00 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.
ok nie lah menu untuk hari yang saya sajikan untuk pelaggan tetap saya..untuk c kakak juga..kakak makan tambah sampai 3x..mak aii tak penah2 macam tu..dah lama la kot dia tak makan masak lemak tu yang dia makan tak nak berenti walau pun dah kenyang. satu lagi semestinya sedap..bukan c kakak je makan menambah, aciknya pun sama (adik saya), badan kecik tapi makan dah macam en.abg je..tak pelah sedap la tu saya masak..so jangan tak try, try la tak susah pun senang dan cepat je nak sediakan sayur ni.




terus ke resepi..resepi ni biasa saya buat..saya ikut cara arwah mak..memang asal buat sayur lemak memang inilah caranya..senang je..ok jommmmm!!

Masak Lemak Kobis
 by 'ain.

Bahan-bahannya :)
1/2 biji kubis
1 batang lobak merah
1 biji cili besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering / udang basah kecil2
garam secukupnya
2 cawan santan pekat
2 cawan santancair ( perahan kedua.)

cara-caranya :)

  • potong semua sayuran ikut suke.
  • bland bawang putih, bawang merah dan udang kering / udang basah kecil.
  • masukkan bahan blend ke dalam kuali atau periuk.
  • masukkan santan cair tunggu santan mengelegak masukkan sayuran.
  • masukkan garam secukupnya. 
  • Bila sayur dah layu masukkan santan pekat..sentiasa di kacau supaya tak pecah minyak.
  • boleh tutup api setelah kuah berbuih.


siap, boleh dihidangkan dengan nasi putih dan lauk kegemaran anda..

hari ni sayur lemah ni saya machingkan dengan ikan kembung sweat sour.
boleh kilik sini untuk resepi

Mar 23, 2012

kacang buncis greng

Ain Fajar | 9:05 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
sayur ni pun menu semalam yang saya padankan dengan ayam lada hitam...hari ni tak masak, coz terengganu cuti dan masing2 balik awal..untuk keluarga pun tak masak, sebab makan kat luar beli stok barang masakan..so post menu semalam je..
layan resepi je lah..malam semakin tua..lagi pun simple je sayur ni..tapi saje lah nak tempek kat sini..mana tau untuk rujukan anak2 kelak..untuk adik2 yang baru nak berjinak ke dapur tu leh la try resepi yang sangat2 senang ni..

kacang buncis goreng 

bahan-bahannya:
400 gm kacang buncis
1 batang lobak merah
1/2  cili besar.
2 ekor sotong / udang
1 ketul ayam potong dadu.
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb sos tiram
garam secukunya / secukup rasa meggie
sedikit air jika suka.

cara-caranya:
  • potong buncis dan lobak merah dan cili besar ketepikan.
  • hiris bawang merah dan putih, kemudian tumis hingga layu
  • masukkan ayam gaul rata..masukkan sos tiram dan garam secukupnaya.
  • masukkan sotong dan kacang buncis serta air..kacau sebati hingga kacang agak layu.
  • siap boleh dihidangkan.

senang je, main campak2 je..
selamat mencuba!!!
 
sedia untuk dihantar..

Mar 16, 2012

Lemak Pucuk paku

Ain Fajar | 7:37 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
menu tengah hari tadi, saya buat masak pucuk paku lemak cili api..dah lama teringin nak rasa sayur pakis buat masak lemak..walaupun saya asal dari kampung tapi jarang2 makan..masak memang tak pernah la..kira ni 1st la saya masak sayur pakis..memang sedap dan menyelerakan..masa makan teringat masakan arwah mak buat dulu masa kecik2..en.abg pun kate sedap..boleh buat lagi..simple je nak buatnya..
ni la rupa sayur pakis yang dah jadi masak lemak cili api..saya tengok resepi dari koleksi resepi chef Hanieliza..senang, simple, cepat dan sedap..

jom kita follow resepi chef Haneiliza..saya buat sikit je untuk 2 orang makan.

Bahan-bahannya : )
1 ikat pucuk paku
1 cawan santan pekat
2 biji bawang merah
1 sb udang kering
10 biji cili padi
1 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
garam secukupnya.

caranya :
asingkan daun dari tangkainya basuh dan toskan.
blend bawang, udang kering dan cili padi.
masukkan bahan blend dan serai dalam periuk dan masukkan pucuk paku.
tunggu hingga mendidih.
perasakan dengan garam.
masukkan santan pekat dan kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.

siap!!!

makan sayur pakis dengan nasi putih dan sotong masak kunyit.
(gambar tang kuah2 agak gelap so kuahnya nampak hitam sepatutnya warna kuning)
leh tengok resepi di sini.

selamat mencuba!!!

Dec 25, 2011

kangkung Goreng

Ain Fajar | 2:30 AM | 4Comments |
assalamulaikum.
Kangkung goreng rangup.

Bahan-bahannya :)
300gm kankung.
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung beras
1 sudu teh lada hitam
½ sudu teh garam
½ peket  eno
Air secukupnya.


Cara-caranya:
·         Campurkan semua bahan kecuali eno. Bancuh seperti bancuhan tepung untuk menngoreng pisang.
·         Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
·         Basuh dan potong daun kangkung satu persatu dan toskan.
·         Panaskan minyak, masukkan eno kedalam bancuhan tepung tadi, gaul rata.
·         Masukkan kangkung dan masukkan daun kangkung satu persatu dalam kuali, dan goreng hingga kekuningan.
·         Boleh diangkat dan di hidangkan.


jom try..senang jer


Tempe Goreng

Ain Fajar | 2:27 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Lagi dan lagi resepi simple..dulu saya tak suka makan tempe. Tak kira lah masak ape pun..pernah sekali arwah mak goreng tempe dengan rempah ratus...mmm mmg sedap..makan la pulak..lepas tu dah tak makan, so kalau suruh makan tempe kena masak mcm arwah mak.  Tapi saya pernah tanya dan tau pun mcm mn mak buat pernah buat juga, main agak2 je bahan dia tapi tak sama..baru2 ni, sejak keluar perasa maggie cukup rasa ni, saya mula nak makan lagi tempe goreng ni..hahaha senang je..
Potong 1 bungkus plastik  tempe tu nipis2, pas tu saya letak 1 sd teh cukup rasa maggie, letak air cikit dan 1 sudu tepung gandum, dan kalau nak pedas letak ½ sudu teh serbuk cili. Gaul2  sebati dan goreng garing.. dah macam makan kerepek tempe je..

Terpulangla nak makan mcm tu je ke atau nak makan dengan nasi pun boleh..
Oklah selamat mencuba!!!

Jun 17, 2011

Pajeri Terung

Ain Fajar | 1:10 AM | 1Comments |
Assalamualaikum...
salam jumaat...mmmm mesti ramai yang dah makan tengah hari kan...masaka ape tuuu...hari ni saya buat pajeri terung...rasa teringin pulak nak makan masak pajeri. nak ikutkan saya lebih suka pajeri nenas tapi en.abg tak berape suke coz masam katenyer...dia tu mmg xleh rasa masam cikit pun..kali ke 2 saya buat masak pajeri, dulu kalau nak makan mesti suruh mak yang masak tapi kali ni terpaksalah buat sendiri..saya amik resepi dari koleksi chef Hanieliza, mmg mudah dan cepat..
jom jom kita terus je tengok resepi...

sumber : chef Hanieliza
Bahan-bahan :
6 biji terung panjang
3 cawan santan pekat
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 sudu tempah kati
2 sudu udang kering
2 sudu kerisik
1 batang kulit kayu manis
gula dan garam secukupnya

Cara-caranya : )
  • tumbuk bawang putih, bawang merah,halia dan udang kering
  • tumis bahan2 yang ditumbuk bersama kerisik dan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
  • masukkan terung. apabila kuah dah tak melekat kat periuk masukkan santan
  • masak hingga kuah pekat dan naik minyak.
mudah je..

selamat mencuba!!!

Mar 5, 2011

Buncis tiram

Ain Fajar | 4:55 PM | 3Comments |
Assalamualaikum.
aduhai sepatutnya n3 ni dah post semalam tapi  xsempat, en.abg cuti ank2nya ajak pegi taman, bila malam, ayahnya pulak ajak tengok dia main badminton. tergendala la lg nk update blog...menu tengah hari semalam, masak simple je, main campak2 je..dah lambat n kelaparan..tadi pegi beli brg sampai umah dah kul 1.30 amik masa 1/2 jam utk masak. kakak dah lapar bising je mulut dia nak makan itu ini..hehehe bukan masak gempak pun tapi sibuk je nak post hahaha suke lah kan!!!
Buncis masak tiram je tak sampai 5 minit kali ni saje tak buat pedas coz kakak suka mkn sayur ni, oleh kerana masa terhad semua kn makan makanan yg tak pedas.

Bahan2 nyer :)
100 gm sayur buncis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1/2 biji kiub ikan bilis.
sedikit air
cili padi jika suka

Cara-caranya..
  • hiris bawang putih dan merah..tumis hingga layu.
  • masukkan sayur buncis dan air gaul sebati 
  • masukkan kiub ikn bilis, perasakan dengan garam dan sedikit gula ikut cita rasa..
  • dah siap!!!
lauknya pun simple je...

    haa kan cakap lauk simple juga, hiris2 campak masak, kerang rebus @ bening kerang..paberet kakak ni, ibu ayhnya pun suka, teringat masa kat kampung..rebus kerang cicah sambal kicap pehhhgg!!mmg tak toleh dah tunduk je makan...senang la sangat2 masak kerang ni, rasanya sume dah tau..tak yah letak resepi lah kan..cukup sekadar saya bg tau ape yg saya taruk kat dalam tu..saya hiris bawang putih, merah, halia, dan ketuk serai rebus sampai kerang terbukak ha dah siap..kalau nak masin buh garam..tapi ingat yer kerang mmg dah masin so jgn letak garam banyak2..
    ok lah yer saya undur diri dulu, untuk beberapa hari..ada misi hihihi dah satle misnya saya citer okeyy..tak tau pun tak pe saya nak bagi tau juga nnt...hahaha klah baybay...


    Feb 27, 2011

    Bayam Goreng.

    Ain Fajar | 3:15 PM | 3Comments |
    Assalamualaikum...
    n3 kali ni saya nak kongsi, mcm mn nak buat bayam  goreng rangup mcm keropok. 1ts percubaan alhamdulillah menjadi..mmg senang nak buat kalau kita tau rahsianya..saya dapat resepi dan tips nak buat bayam goreng dari rancangan masak2 5 rencah 5 rasa kat tv3 minggu lepas. nama chef saya tak pasti. chef selebriti baru dan masih muda..seronok tengok rancangan tu, tiap2 minggu hari selasa pukul 10pg mesti saya ngadap tv tengok, tinggal dulu kerja yg lain..
    ni lah rupa bayam goreng saya yang buat kelmarin. selain bayam kita juga boleh guna kangkong..klah kita terus je tengok resepi ..

    Bahan-bahannya :)
    sayur bayam
    3 sudu tepung gandum
    2 sudu tepung beras
    lada hitam secubit garam
    1 sk eno (tiada berperisa)
    air secukupnya.

    Cara-caranya : )
    • satukan tepung gandum, tepung beras, lada hitam dan garam.
    • bancuh tepung mcm bancuh tepung untuk mengoreng pisang. (jangan terlalu pekat)
    • simpan 10 minit dalam peti ais.
    • apabila nak menggoreng baru masukkan eno kacau sebati.
    • celupkan bayam dan goreng garing..

    senang je..selamat mencuba yer!!!

    Feb 19, 2011

    kailan udang kering

    Ain Fajar | 3:16 AM | 0Comments |
    Assalamualaikum…
    Menu tengah hari tadi, saya buat sayur kalian masak bersama udang kering…biasa kita dengar kalian ikan masin. Oleh kerana saya tak makan ikan masin (ish!!ish!! mengalahkan mat saleh, dorg pun dah pandai makan ikan masin huhu), so saya ubah ikan masin kepada udang kering..rasanya tak jauh berbeza malah lagi sedap, tapi bagi yang suka makan ikan masin, boleh tukat je udang kering tu dengan ikan masin..ikut suka masing-masing la..senang je..ini kali kedu saya buat mcm ni…

    Jom kita skodeng2 resepinya.

    Bahan-bahannya : )
    Bahan A
    2 pokok kalian
     Sedikit air
    Bahan B
    2 biji bawang merah 1 ulas bawang putih
    2 sudu udang kering
    1 sb sos tiram
    6  biji cili padi

    Cara-caranya : )
    • Tumbuk bahan B hingga lumat.
    • Tumis bahan2 yg telah di tumbuk hingga sedikit garing.
    • Masukkan sos tiram, kacau
    • Masukkan sayur kalian kacau sebati. Tunggu sedikit layu..
    • Sedia untuk di hidangkan..
    Selamat mencuba..


    Feb 11, 2011

    Sup Brokoli

    Ain Fajar | 11:27 PM | 0Comments |
    Assalamualaikum..
    salam pagi sabtu...n3 kali ni saya nak syer menu malam tadi..arini tak masak lagi, sebab ikut en.abg pg opis dia..sambil tunggu en.abg wat keje saya buatla keje saya..bosan toi dok kat opis yg sunyi sepi ni..mane taknyer ari sabtu waktu cuti...

    sup brokoli ni sangat sesuai utk org yg nak berdiet dan menjaga pemakanan seimbang serta untuk anak2..en.abg dan anak2 mmg suka sangat meratah sup yg mcm ni. makan dengan nasi putih yg panas pun sedap, dengan bubur nasi pun boleh..senang dan cepat untuk menyediakannya..tak sampai 5minit dah siap. saya dapat resepi ni dr majalah saji, tapi dah tak ingat keluaran tahnu dan bulan bila.dah lama dah 2 thn yg lepas..bila 1ts try dan rasanya serasi dengan selera anak tekak semua saya selalu juga buat, boleh juga tukar dengan sayur 2 lain..
     sumber : > majalah saji
    Bahan-bahannya : )

    1 mangkuk sayur brokoli
    2 ulas bawang putih
    1/2 sk garam
    1/2 ketul kiub ikan bilis
    1/2 inci halia
    1 biji telur
    lada hitam (ikut kesukaan msg2)
    2 cawan air

    cara-caranya :)
    jerang air, masukkan bawang putih dan halia yang telah di ketuk
    masukkan brokoli tunggu hingga menggelegak dan sayur lembut.
    pecahkan telur dan kacau sebati.
    masukkan garam dan lada itam.
    tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

    senang, mudah, cepat, pantas mmmmm ape lagi yer???
    ok selamat mencuba..baybay


    Feb 10, 2011

    Kangkung Belacan

    Ain Fajar | 7:20 AM | 0Comments |
    Assalamulaikum..
    hallooo salam n3...menu tengah hari, kangkung belacan. yang bestnye kangkung ni dipetik dari parit depan umah kat kpg...masih lagi suci persekitarannya tanpa pencemaran dr mana2 pihak...mmg segar terbaik dr parit, gemuk2 lg, huh!! geram je..hahaha..rasanya ramai yg dah tau masak kangkung belacan ni.saya buat ikut suka main agak2 jer...
    haaa tengok tu walau dah di masak layu tapi masih nmpk kesegarannya.biasanya kalau yg di beli kat kedai bila di masak dah tak nmpk rupa daun, layu yu yu...ok lah membebel la pulak..

    Bahan-bahannya : )
    2 genggam swayur kangkung
    1 biji bawang sederhana besar
    2 ulas bawang putih
    2 inci belacan yg telah di bakar
    2 sudu ikan bilis
    8 biji cili padi

    caranya : )
    • tumbuk semua bahan
    • panaskan minyak dan tumis bahan2 yg telah di tumbuk tadi hingga naik bau.
    • masukkan sayur kangkung gaul rata, masak hingga kangkung masak (lembut).

    main campak2 je.senang sgt..ok
    selamat mencuba

    Jan 29, 2011

    masak lemak sayur manis

    Ain Fajar | 7:47 AM | 0Comments |
    Assalamualaikum...

    salam sejahtera...sayur manis? ini kali pertama saya masak sayur ni,sebelum ni rasanya penah mkn tapi xtau plak namanya sayur manis..saya pun tak tau la knp sayur ni di panggil sayur manis, rasanya tak la manis pun biasa je, tak ada rasa apa2 pun. ari tu ms mak metua saya datang ke rumah saya, dia geledahla kebun kecik saya belakang umah, dia bgtau yg daun ni boleh mkn wat sayur...ish!!ish!! ape daa kebun sendiri konon, tapi tak tau pun pokok ape yg tertanam..hihihihi sebenarnya bukan saya yg tanam, tapi penyewa sebelum ni yg tanam sume pokok2 tu, saya tinggal sambung jaga je...setakat serai, daun pandan dan lengkuas tau la pokoknya mcm mn...budak sekarang kan!!!
    emmm tapi sekarang dah tau dah.... dah nak tua makin tmbh la pengalaman..

      ok lah ini lah rupa, sayur yg telah saya jadikan masak lemak..lupa plak nak amik gmbr pokoknya kat belakang umah. next time lah ye...bila dah jadi sayur sedap juga..lepas juga makanan utk tengah hari tadi..dah tak ada apa nak msk, nak pg kedai malas hujan lebat, teringan pulak la daun kat belakang umah terus je petik dan masak..alhamdulillah kenyang juga perut keluarga saya...

    jom kita tengok resepinya. senang jeeee...

    Bahan-bahannya :)

    segenggam daun manis
    2 sb udang kering
    3 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih
    1/4 inci halia
    1 cawan air
    1/2 cawan santan
    garam secukup rasa.

    Cara-caranya : )
    • tumbuk semua bahan2 hingga lumat.
    • panaskan air dan masukkan bahan2 yg telah di tumbuk tadi
    • masukkan daun manis, tunggu hingga daun lembut.
    • masukkan santan dan garam secukup rasa.kacau hingga mendidih.

    dah masakkk.senang je..5 minit je dah siap..
    selamat mencuba!!!!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...