Feb 19, 2011

kailan udang kering

Ain Fajar | 3:16 AM | 0Comments |
Assalamualaikum…
Menu tengah hari tadi, saya buat sayur kalian masak bersama udang kering…biasa kita dengar kalian ikan masin. Oleh kerana saya tak makan ikan masin (ish!!ish!! mengalahkan mat saleh, dorg pun dah pandai makan ikan masin huhu), so saya ubah ikan masin kepada udang kering..rasanya tak jauh berbeza malah lagi sedap, tapi bagi yang suka makan ikan masin, boleh tukat je udang kering tu dengan ikan masin..ikut suka masing-masing la..senang je..ini kali kedu saya buat mcm ni…

Jom kita skodeng2 resepinya.

Bahan-bahannya : )
Bahan A
2 pokok kalian
 Sedikit air
Bahan B
2 biji bawang merah 1 ulas bawang putih
2 sudu udang kering
1 sb sos tiram
6  biji cili padi

Cara-caranya : )
  • Tumbuk bahan B hingga lumat.
  • Tumis bahan2 yg telah di tumbuk hingga sedikit garing.
  • Masukkan sos tiram, kacau
  • Masukkan sayur kalian kacau sebati. Tunggu sedikit layu..
  • Sedia untuk di hidangkan..
Selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...