Feb 17, 2011

samosa daging

Ain Fajar | 11:33 PM | 0Comments |
Assalamualaikum...
salam hari jumaant..n3 ni sepatutnya hidangan sarapan pagi, tapi tak kesempatan...tak pe la kan...kali ni saya buat samosa inti daging black paper..badan masih dalam keadaan yg tak berapa sihat. tapi tak la teruk masih boleh bangun dan buat kerja...
inilah samosa yg saya buat malam tadi, mmg buat utk sarapan pagi tadi..saje mulut ni gatal nak makan, tak larat pun buat jelah, lagi pun bahan2 sume ada..tapi tak cantik samosa saya kali ni sebab kulit popia ni dah lama, cpt sangat kering masa proses pembungkusan.
 ok jom kita tengok resepinya..

Bahan-bahannya..
menghasilkan 20 biji
200 gm daging cincang
2 biji kentang
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cawan sos black paper
garam dan gula secukupnya.

cara-caranya
  • buang kulit kentang dan potong dadu. rebus kentang hingga empuk. ketepikan.
  • hiris bawang putih dan bawang merah..tumis bawang2 hingga naik bau.
  • masukkan daging cincang hingga masak.
  • masukkan sos black paper dan gula serta garam ikut citarasa masing2.
  • tunggu kuah pekat.boleh taburkan sedikit tepung jagung supaya kuah menjadi pekat dan sedikit kental.
  • apabila inti sudah siap, boleh balut inti tu dengan kulit popia berbentuk segi 3.
  • boleh terus goreng hingga kulit keperang-perangan..
dah siap..senang je kan..
selamat mencuba...byby

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...