Jan 24, 2011

Egg Green

Ain Fajar | 7:34 AM | 4Comments |
Assalamualaikum...
wahh!! nama omputih lagi, sedap ke? mestilahhh...sebenarnya tak tau nak letak nama ape. sukelah hihihihi...resepi lauk ni mmg sesuailah kalau dah tgh ujung2 bulan ni, tak pun bila kita dah tak cukup masa..sangat sesuai juga bagi yg bekerja..
Bahan-bahannya : )
2 biji telur
6 biji cili padi
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sb ikan bilis
1 cawan air
sedikit air asam jawa
secubit garam
minyak untuk menumis

Cara-caranya : )
  • Tumbuk atau kisar kasar bawang putih, bawang merah, cili padi dan ikan bilis.
  • tumis bahan2 yg di kisar hingga sedikit garing, masukkan air dan air asam jawa tunggu hingga menggelegak.
  • masukkan garam mengikut citarasa sendiri.
  • pecahkan telur dan biarkan seketika..apabila putih telur dah keras atau masak boleh matikan api
  • sedia untuk dihidangkan.

mudah je...selamat mencuba ye!!!

Pisang Muda Berempah

Ain Fajar | 7:17 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..
    saya nak kongsi resepi pisang goreng berempah yg saya buat utk sarapan pagi tadi..biasalah mak datang dari kampung hari minggu yg lepas, mcm2 dia bawa dari kampung, kelapa, pucuk ubi, sukun, pisang dll..mmg banyak penuh bonet kete. bw bahan makanan mcm nak duduk cni sebulan je...bila dah byk  pisang muda apa lagi saya mmg suka goreng pisang muda yg di salut dengan rempah2..
ok ini dia rupanya...tak perlu cerita banyak, kita tengok je resepinya..

Bahan-bahannya : )
1 sikat pisang muda.
segenggam ikan bilis
 2 sk jintan putih
2 sk biji ketumbar
2 sk garam
3 biji bawang merah
3ulas bawang putih
2 sb tepung gandum sedikit air.

Cara-caranya : )
  • buang kulit pisang dan potong nipis ketepikan.
  • tumbuh semua bahan.( boleh juga kisar halus menggunakan pengisar kering)
  • lumurkan semua bahan ke atas pisang tadi.
  • masukkan sedikit air dan tepung untuk melekatkan rempah dengan pisang
  • goreng pisang hingga kekuningan.

haa senangka?!! kalau ada pisang muda dan dah x sabo nak makan, leh la buat mcm ni...
ok lah...selamat mencuba.

Ikan Goreng Rempah

Ain Fajar | 7:00 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..

N3 kali ni maksakan yg simple je..sebenarnya xtau nak masak ape ikan merah ni, nak buat kari dah ada kuah lemak pucuk ubi, so fikitr2 goreng je pon sodap....tapi kan goreng buh garam n kunyit dah biasa sgt jadinya saya letak sikit perasa..

ini lah ikan merah yg saya goreng dgn bawang putih dan rempah kari..rasanya mmg sedap tambah pula ikan ni mmg fresh terbaik dr laut...hehehe...ok jom kita semak ape resepinya..

Bahan-bahan : )

3 ekor ikan merah (boleh ganti dgn ikan lain)
4 ulas bawang putih
1 sk garam
2 sb serbuk kari.
minyak untuk menggoreng.

cara-caranya : )
  • cuci ikan merah dan toskan
  • tumbuk bawang putih dan lumur pada ikan besarama bahan2 lain.
  • goreng ikan hingga masak

dah siap! boleh di hidangkan..mmg mudah je tapi ada kelainan dr rasanya..
selamat mencuba!!
cawww!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...