Jan 24, 2011

Pisang Muda Berempah

Ain Fajar | 7:17 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..
    saya nak kongsi resepi pisang goreng berempah yg saya buat utk sarapan pagi tadi..biasalah mak datang dari kampung hari minggu yg lepas, mcm2 dia bawa dari kampung, kelapa, pucuk ubi, sukun, pisang dll..mmg banyak penuh bonet kete. bw bahan makanan mcm nak duduk cni sebulan je...bila dah byk  pisang muda apa lagi saya mmg suka goreng pisang muda yg di salut dengan rempah2..
ok ini dia rupanya...tak perlu cerita banyak, kita tengok je resepinya..

Bahan-bahannya : )
1 sikat pisang muda.
segenggam ikan bilis
 2 sk jintan putih
2 sk biji ketumbar
2 sk garam
3 biji bawang merah
3ulas bawang putih
2 sb tepung gandum sedikit air.

Cara-caranya : )
  • buang kulit pisang dan potong nipis ketepikan.
  • tumbuh semua bahan.( boleh juga kisar halus menggunakan pengisar kering)
  • lumurkan semua bahan ke atas pisang tadi.
  • masukkan sedikit air dan tepung untuk melekatkan rempah dengan pisang
  • goreng pisang hingga kekuningan.

haa senangka?!! kalau ada pisang muda dan dah x sabo nak makan, leh la buat mcm ni...
ok lah...selamat mencuba.

2 comments:

  1. huhuhu.. dah lame tak mkn pisang goreng cam ni.. nak juge!!!!

    ReplyDelete
  2. hahaha blk kpg nnt buat ar...resepi org jawa la kot ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...