Showing posts with label cuti2 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti2 Malaysia. Show all posts

Oct 29, 2013

pulau pangkor

Ain Fajar | 5:49 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

Agak lama saya meneyepi, di sebabkan
lapy saya nie tetibe je sakit, jadi sy hantar la ke kedai untuk membaikinya..tak lah teruk, orang macam saya ni memang tak tau nak jaga, tu yang datang macam2 masalah..walaupun rosak sikit pun saya dah tak tau nak baiki sendiri..memang kena minta orang lain yang baikinya..alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk saya bercerita dan berkongsi ape sahaja yang saya suka dan yang saya rasa ianya memberi kenangan yang indah untuk saya sekeluarga..mungkin juga cerita yang saya kongsikan di sini boleh membantu yang membacanya.

ehsan google

kisah nie cerita yang lama jugala, sebab kejadian berlaku sebelum kita semua umat islam merayakan hari raya korban..sebelum raya korban @ raya haji, kami sekeluarga dan beberapa orang adik beradik en.abg pergi bercuti ke satu destinasi yang dekat dari kampung kami..kami memilih pulau pangkor sebagai destinasi percutian singkat atas tujuan untuk mengembirkan anak2..al-maklumla kan, en.abg sekarang dah kerja di tengah lautan, tinggalkan saya dan anak2 selama sebulan dengan hanya berhubung melalui wassap..jadi en.abg berjanji dengan anak2 bawa bercuti mengikut destinasi yang anak2 pilih sendiri..mereka tidak lah kate nak ke pulau pangkor, tapi mereka teringin nak naik feri dan main pasir serta mandi di pantai..hhhmmm bila fikir2, memang pulau pangkorlah tempat yang sesuai bagi kami untuk bercuti kali ini..memandangkan pulau pangkor dekat dan nak kesana mesti dengan menaiki feri dan ade pasir dan pantai seperti yang mereka inginkan..tambahan pula waktu cuti en.abg abg agak singkat di sebabkan ade raya koerban yang perlu di raikan..banyak lembu yang harus di korbankan di kampung, jadi banyakla kerja yang perlu di lakukan.






Raya korban jatuh pada hari selasa, jadi en.abg dan yang lain hari sabtu semua dah cuti..jadi kami berpakat bertolak pada pada hari sabtu..jam 12 tengah hari baru lah kami bersiap dan bertolak dari kampung, sampai je ke lumut pada jamp 1.30 petang..kami semua memilih pelabuhan marina untuk menaiki feri ke pulau pangkor..tiket feri untuk yang dewasa RM10 pergi dan balik, manakala kanank2 yang berumur 4 tahun - 12 tahun RM5 pergi dan balik..jadi ianya berbaloi..masih lagi harga lama..feri kami naiki adalah pukul 3ptg..nak ikutkan feri setiap satu jam, tapi al-maklum la kalau pergi ramai2 nie dan ade anak2 kenik macam2 hal dan kerenah yang menyebabkan lambat ke destinasi...perjalanan dari lumut ke pulau pangkor hanya 15minit sahaj..(lebih kurang la)..bila sampi di jeti pulau pangkor macam biasa driver van pink sudah menunggu.

inilah dia van pink yang saya maksudkan tu, di pulau pangkor memang inilah kenderaan utama bagi pelancong yang datang bercuti..ada juga kereta sewa dan motor sewa..tapi lebih baik sewa van pink nie sekali dengan drivernya..senang nak kemana sahaja dia akan bawa..jalan di pulau pangkor pun sangat curam dan berbengkang bengkok..sangat bahaya pada yang tak biasa.


kami menginap di D' Senja Resort .oleh kerana kami booking last minit, jadi mana yang ade je lah..janji ade tempat tido..walaubagaimanapun tempatnya selesa dan ianya berhadapan dengan pantai.


kami sampi di Resort pada pukul 4 petang, dan kami terus makan-makan bekal yang kami bawa dari rumah. makan sebagai alas perut je, sebab kemudahan dapur tak ade..kami sempat sewa bilik sahaja..selesai makan dan solat..apa lagi aktiviti petang itu ke pantai lah..anak-anak dah tak saba nak bermain pasir dan ombak..nak membina istana pasir dan menanam badan dalam pasir..memang seronok tengok anak2 gembira..dalam masa yang sama hilang la juga stres terperuk di rumah..sesekali tengok pantai, laut dan ombak serta pemandangan yang indah sangat tenang..walaupun sekejap jadilah..

layan dulu keletah anak2 bermain di pantai..betapa seronoknya mereka dengan sepupu2nya.







yang tua pun tak ketinggalan mengambil kesempatan untuk membina istana pasir, ayah dan aciknya pulak yang lebih2..hahaha masa kecik tak berpeluang nak bercuti macam nie, apatah lagi nak bermain pasir seperti nie..saya pun main la jg sikit2..tak berapa nak larat nak bergerak..masih lagi mabuk2 kepayang..cepat letih..

waktu malam kami di isi dengan BBQ, kami menempah satu set untuk buat bakar2 dengan pemandu van pink yang kami sewa tadi..kami minta dia sediakan semua termasuk see food segar..sangat segar ikan, ketam, sotong, udang yang di sediakan..hhhmmm rasanya manis..sangat sedap dan berpuas hati..tapi saya tak sempat nak snep gambar dah sibuk membakar dan melantak..hahaha...kena nikmati ketam yang segar tu..memang dah teringin nak makan ketam..bila dah dapat nagadap memang tak pandang orang lain..3ekor saya sorang..hahaha..mak buyung di utamakan..

lepas siap buat bakar2, dan kami semua masuk ke bilik masing2, hujan pun turun dengan lebatnya..memang sedapla tido dah la memang penat..hujan berlarutan sampai ke pagi..sayangnya kami tak boleh nak main pasir dan ombak lagi..kesan hujan lebat ombak memukul pantai dengan sangat kuat..kami tak berani nak lepaskan anak2 bermain..cukup sekadar berdiri di tepi pandai dan menunggu air laut tiba di sisir pantai..mereka ttap seronok main macam tu..tapi anak2 saya tak puas juga bermain dan minta ayahnya bawa mereka lagi bermain di pantai bila ayanhnya cuti..





kami bersiap sebab dah nak check out pukul 12 tengah hari..sementara check out kami menunggu van pink datang untuk ambik kami, sebelum balik kami g pusing pulau dulu ikut jalan darat je..tak singgah ke mana pun cuma singgah di klang yang membuat produk laut, macam satay obor, kerepek ikan, kerepek udang, rumpai laut dan lain-lain2 lagi..saya borong lah juga mana yang saya suka makan saya beli..sama je harganya..sayangnya kalau beli di kilang mungkin lebih murah tapi tak la banyak bezanya dengan yang di lumut..mereka paket dalam kuantiti yang banyak..tak boleh beli sikit2..kami sebenarnya nak pegi semua tempat yang biasa pelancong lawat, tapi salah sorang dari kami nak balik awal..jadi kami terus buat keputusan untuk terus je ke jeti ambik feri balik ke lumut semula..saya curi juga masa cari baju sebagai kenangan..rasanya memang tak puas bercuti kali ini..penat yang lebih..sebab masa di pulau pangkor sekejap sangat cuma 1 malam 2 hari..itupu kami sampi dah petang dan balik sebelum petang..tak sempat nak bersantai2..lepas nie, kena plan cuti lama sikit 2mlm 3 hari ke kan.

klah ni je kenangan di pulau pangkor, xde ambik gambar ramai2 pun, sebab cameraman tak ikut.


Dec 3, 2012

Malacca trip 2

Ain Fajar | 6:20 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Bila cuti sekolah je, masing-masing mengambil kesempatan untuk bercuti bawa anak dan orang tua berjalan..saya dan en.abg pun tak lepaskan peluang bawa syuhada dan syafina berjalan. saje lah nak hiburkan dorang..3minggu ayahnya kerja kat laut tak balik..bila cuti seminggu nie, en.abg ajak saya dan anak2 bercuti..taPi kami bukan pergi berempat je, kami bawa sekali mak dan abah en.abg..saje la ak bagi dorang relex..kami nak dorang rase ape yang kami rase..saya tak kisah la...janji percutian kami mengembirakan dan saya berpuas hati.

 Gambar ehsan dari google..saya dan keluarga ke negeri melaka sekali lagi..kali ke-2 saya bercuti di melaka..atas sebab saya tak daPat naik beca masa datang yang sebelum ni, dan saya tak daPat nak beli kasut handmade baba nyonya yang hanya terdaPat di melaka sahaja. saya dan en.abg mengambil kePutusan menginaP di melaka 3malam 4 hari..kami relex je sambil bercuti, memang seronok Percutian di melaka kali ni..kami tak kejar masa dan segala jadual berjalan dengan lancar..mana tak nye kan, saya dengan en.abg je yang buat Planing, mak, abah dan anak2 ikut je..biasanya kalau pergi 2 3 famly macam2 PendaPat last2 sume tak menjadi..

Hari rabu kami bertolak dari kampung perak terus ke melaka, mengambil masa 4jam perjalanan. Alhamdulillah sampai juga kami dengan hanya berpandukan GPS. Kami terus mencari home stay yang kawan en.abg carikan untuk kami di Bukit Rambai..kami menginap di homestay tu hanya semalam sebab saya tak berpuas hati dengan keadaan rumah tu, air corn, dapur dan mesin basuh tak di sediakan, strika  pun rosak..tak berbaloi dengan harga yang kami perlu bayar RM160 semalam..esoknya kami cari homestay yang lain..Alhadulillah, homstay yang cantik, semua keperluan di sediakan, perabot setiap bilik cukup,meja makan, dapur gas, mesin basuh, air corn, strika, tv dan asrto yang ade semua siaran..memang berpuas hati sangat dengan keselesaan homestay tu, dengan harga sehari RM140 semua cukup.. sangat berbeza, harga lebih murah dan kelengkaPan semua cukuP.

Hari pertama, tempat yang kami lawati dah semestinya Bandar Hilir Melaka..hari khamis jam 10 Pagi, keadaan bandar melaka tenang je, tak ramai Pengunjung..memang seronok berjalan kalau tak sesak dengan orang ramai..cuaca pun  redup je.

                     Photobucket 
Bila sampai di bandar melaka, kami terus ke kaunter melaka duck tours, beli tiket awal2.
                              Photobucket
Sementara naik kereta yang boleh berjalan atas darat dan air, kami naik menara taming sari..tinggi menara nie, bila dah sampai atas semua badar melaka boleh kita tengok..tingginya lebih kurang 1500meter..kalau tak silap saya la..untuk naik menara taming sari nie, untuk orang dewasa kena cas RM10, kanak-kanak RM5 dan warga emas RM8. ok laaa..

Kenangan en.abg bersama anak-anak di menara taming sari.
 Photobucket"
saya dan mak Pun tak ketinggalan..abah tak nak naik.gayat katenye.
Photobucket
selePas naik menara, kami terus naik melaka duck tours, yang mana bot nie, boleh berjalan di darat dan air..waktu ni kami tengah menunggu PenumPang lain..bila dah Penuh baru boleh jalan2, kalau tak dorang rugi la kan..hehe..

ni la keadaan bot masa berjalan kat atas daratan dan dalam air..saya amik daro google. saya kat dalam bot ni mana la daPat ambik gambar macam ni kan, kalau dalam bot boleh la..memang best.
Photobucket"> 
suasana dalam bot duck tours..Perjalanan yang di ambil makan masa 45minit..sePanjang Perjalanan kami di beri keterangan tentang sejarah negeri melaka dan bot darat air itu sendiri.. kos untuk menaiki melacca duck tours ni, bagi orang dewasa RM35 dan kanak-kanak RM25 dan warga emas RM28..agak mahal la juga..agak teruja bila bot ni memasuki laut melaka..suasana berangin memang nyaman, mata terus rase mengantuk..ade juga kanak-kanak yang tertidur bila bot mula memasuki ke dalam air..

selePas tu, kami naik beca Pulak..aktiviti yang saya tunggu2 selama ni, saya datang ke melaka sekali lagi nie tujuan utama nak naik beca yang cantik..jadi, hari Pertma je kami terus je naik beca.

Photobucket"> 
bergambar kenagan semestinya..banyak beca yang cantik2 kat melaka..beca yang saya naik ni tak la cantik sangat, ade yang lebih cantik dari beca ni, dah macam Pelamin Pengantin Pun ade hehe ..taPi ok la, bunga2 sama dengan tema baju kami..
Photobucket"
untuk menaiki beca ni, kami di kenakan bayaran RM35 seround..ianya memakan masa 45minit.
kami dibawa Pusing bandar melaka yang terdaPat kesan sejarah yang menjadi kebangaan rakyat melaka.
Photobucket">
Destinasi Pertama abang beca turunkan kami, di kawasan yang terdaPat kaPal terbang yang sangat berjasa buat rakyat malaysia, kereta aPi yang Pertma digunakan dan Pokok melaka..istimewanya Pokok melaka, buahnya boleh dimakan, dan boleh dijadikan ubat kencing manis jika kita makan setiaP hari..daunnya akan kuncuP di waktu senja dan kembang di waktu Pagi sePanjang hari.
 Photobucket">
kenangan kami di sebelah kapal terbang yang digunakan oleh Perdana menteri kita yang pertama ke kota london untuk membuat perjanjian bagi mendaPatkan kemerdekaan tanah melayu. 

Photobucket 
Destinasi seterusnya, pintu gerbang A'famosa..ade pintu gerbang je, yang lain dah musnah masa perang. Tak lama kami kat sini, c fina dah mula meragam, keadaan cuaca mula Panas.

IMG_2151">
> hehe sory gambo senget plak, tapi nk letak jg gambar nie....dah betulkan dah taPi macam tu juga destinasi kami yang terakhir dengan beca..kawasan bangunan merah..terdaPat juga kedai2 yang menjual cenderamata..kami tak lama kat sini..jam dah Pun Pukul 2 Petang..Perut dah laPar dan anak-anak dah meragam dan mengantuk..orang mula ramai dan keadaan dah sesak.

Kami balik untuk check in homstay lain di taman Tanjung Minyak..berhampiran dengan Taman Bukit Rambai homstay yang saya tak berpuas hati tu..
   
Photobucket
selePas berehat-rehat, siap-siap untuk makan malam..kami memilih restoran asam pedas selera kampung di bandar hilir melaka. memang sedap, dan berbaloi dengan harga..restoren ni memang terkenal kat negeri melaka..selain restoren ni, restoren asam pedas zaiton juga turut terkenal dengan keenakan makanannya..tapi beroperasi di waktu siang sahaja..di sebabkan kami ni nak makan malam, jadi kami memilih restoren nie.
Photobucket
Kalau dah kate melaka terkenal dengan asam Pedasnya, saya Pun memilih kePala ikan masak asam Pedas..kira boleh tahan juga rasanya, ikannya fresh..tak Puas makn kongsi2..hehe
Photobucket"
ketam masak lemak cili aPi, sangat sedaP..kesegaran ketam terasa manisnya..memang sekali rase nak lagi..lauk ni Pilihan saya dan mak mertua..taPi boleh syer dgn en.abg skali.
asam Pedas ikan Pari, Pilihan baPak mertua ku..tak tau la rasenye macam mana sebab saya tak makan ikan Pari.
Photobucket 
kerang rebus dan kuah lemak rebung, untuk dua orang anak dara ku yang tak makan Pedas.sedaP juga saya rase.

 dah kenyang, balik rumah tidooo..
Photobucket 

keesokan harinya, kami teruskan lawatan kami ke kamPung warisan baba nyonay..awal Pagi kami dah keluar sebab tak nak bersesak dengan orang ramai.memang tak ramai, masa kami lalu di hadaPan kedai2 baba nyonya masih banyak kedai yang belum buka, dan baru je nak buka..jadinya kami Pergi kedai yang nak di tuju je..iaiutu kedai kasut handmade yang ade manik2 dia atasnya..gambar dia atas adalah sePasang kasut yang berusia 50tahun..kasutnya namPak usang taPi jahitan maniknya tetaP cantik dan kekal coraknya..saya memang nak sangat beli kasut ni..belek2 dan try2, en.abg kate, ambikla kalau nak..tak kisah harga..wow..bestnye..rase berbunga-bunga hati macam corak kasut yang saya Pegang tu..
Photobucket 
ni lah kasut yang saya pilih, hadiah dari en.abg sempena sambut hari ulang tahun perkahwinan kami..hadiah untuk 5tahun ni..kasut ni tahan lama.jadi tak kisah kalau harganya mahal..antara kasut yang ade dari RM160-RM260..yang sarung macam saya ni, RM260..cantik dan berbaloi..bagi saya la..sesekali beli kasut mahal aPa la salahnye kan..lagi Pun org yang hadiahkan..hehe

selepas tu kami tengok2 kedai2 yang ade di kasawan pekan baba nyonya..saya tak ambik gambar sangat, sebab dorg memang dah warning xboleh ambil gambar..jadi malas nak pegang camera.selePas solat jumaat, kami teruskan Perjalan ke kota A'famosa, tujuannya nak mandi manda..aktiviti wajib kakak dan adik..saya ni kurang berminat berendam..

Photobucket"
kami menuju ke water world di bandar A'famosa. tiket masuk yang di kenakan untuk orang dewasa RM40, kanak-kanak RM35 termasuk makanan dan minuman..waktu hari biasa harga kurang RM5.
 Photobucket"
sebelum mandi dan berendam, makan dulu isi Perut..baru la seronok berendam..lagi Pun hujan lebat waktu tu..budak dua orang tu dah tak saba dah tu, makan sikit je..fikiran dah kat dalam air,.
 Photobucket 
dorang bertiga je berendam dan bermandi manda..saya setakat basah kaki cukuPla..tak tahan sejuk..maklumla orang kurang lemak.
 Photobucket"Photobucket 
hari isnin hingga jumaat mereka beroPerasi jam 9Pg-7Ptg.hari sabtu dan ahad samPai jam 8malam.
kami keluar jam 6.30Ptg..cuaca tak mengizinkan..takut demam Pulak budak2 kena hujan.kami Pun balik berehat sambil layan maharaja lawak mega musim ke-2..sambil2 saya kemas barang untuk balik esoknya.

hari sabtu jam 10.30Pagi kami keluar dan terus balik ke klang..hari ahad kami ade aktivi fotografer semPena manyabut kakak en.abg mendaPat ijazah..hari konvocationnya.
oklah..cukuPla Percutian kami ke melaka untu tahn 2012 ni..tahun depan ke mana pulak kami yer..rancangannya nak terbang ke tawau sabah Pulak...agak-agak boleh jumPa Rahel ke tak yer...

Jun 8, 2012

Hot Spring Di Sungai Klah

Ain Fajar | 3:59 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..
Hampir seminggu saya tak menjenguk dan mengupdate dapur ternet saya nie..sibukla sikit masak pun mana yang sempat je..Tambahan pulak hari minggu yang lepas saya balik kampung..dalam kesempatan itu dan kebetulan tengah cuti sekolah kami sekeluarga mengambil keputusan untuk buat Family day trip..dah lama sebenarnya planning nie tapi kelapangan setiap adik beradik yang lain tak sama..dah kebetulan minggu lepas masing2 free dan boleh luang sedikit masa untuk menceriakan anak-anak dan merapatkan hubungan kami adik beradik..
 percutian kami sekelurga kali nie tak la jauh sangat dari kampung...planning last minute dan masa agak singkat, so pegi yang dekat je ,cuma 2hari semalam sahaja.. 
perjalanan dari kampung (Hutan melintang Perak) ke sungkai makan masa 1jam setengah sahaja, dan dari pekan Sungkai kami lalui kawasan Felda Sungai Klah, ianya memakan masa cuma beberapa minute iaitu 9km untuk sampai ke hotspring sungkai.

hehe tak sempat nak snap signboard gambar sungai Klah..gambar di atas tempat pembelian tiket..harga ?!!kira ok la juga. Harga tok masuk ke water park  air panas nie..dewasa RM12 dan budak RM8..agak berbaloi juga..yang menjadi tumpuan utama kami airnya suam2 kuku je untuk mandi klu berendam lama2 pun tak pape..ade juga kawasan yang lebih panas untuk rendam kaki, katenye boleh hilangkan sakit2 sengal dan mcm2 lagi lah, dan ade juga kawasan yang suhu panas sampai berasap la..rendam telur ayam boleh masak..kami tek berkesempatan nak makan telur dari rendaman air panas kat situ..maklumla cuti sekolah memang ramai sangat..itu pun awal2 pagi lagi kami keluar rumah...sesipa yang yang datang ke situ waktu cuti pukul 8 dah ade kat kaunter tiket..supaya ade tempat lepak..tak la ramai sangat..

orang2 yang bertangung jawab membeli tiket..saya mesti la minta belanje dari en.abg (tuuuu yg baju hijau tu hihihi)

Dari kaunter tiket, agak jauh juga nak masuk ke dalam, boleh bawa kereta dan boleh naik bus yang tak de dinding nie..budak2 je yang seronok nak naik nie..yang lain naik kereta bawa barang...ppssss!!!! kalau datang awal kan boleh bawa makanan tapi nyorok2 la..tapi kalau da ramai pak gard siap tutup pagar cek satu2 ape yang kami bawa..kami??selamat boleh seludup makanan janji jaga kebersihan..dah tu kan kalau berendam bila naik mesti perut lapar kan...nak beli aduyai faham2 la kalau dah gerai monopoli..semestinya mahal dan rasanya tak la sedap mana...
perjalan ke tempat kolam air sejuk..walaupun namanya hotspring tapi masih ade juga kawasan air sejuk..
Yang nie kawasan air sejuk..orang tak berapa ramai sekitar pukul 10 pagi..dalam pukul 12 saya datang lagi tok bermandi manda di sini kawasan jadi kecik sebab penuh dengan pengunjung..mcm tak nampak dah ruang air tu..
Ni kawasan air suam-suam kuku..memang nyaman..
port kami sekeluarga mengisi dan bersantai selepas mandi manda..memang best berkelah di bawah pokok..
selepas puas bermandi manda
 makan2 lepas mandi2..c kakak minta ais cream sebab tak rase sejuk sebab berendam di kolam air suam

sebelum gerak tinggalkan kolam air panas, sempat anak2 dare ni bergambar..sepatutnya ade sorang lagi sepupu perempuan dorg tapi dia demam..kesian pergi jalan badan tak sihat..nasib juga dia tak meragam..diam je..senang ayahnya nak handle..
Rumah yang kami sewa kali nie, rumah kampung..kawasan sekeliling di penuhi pokok..rumah tu atas bukit lagi..ye la kan kawasan felda memang berbukit2..harga..agak mahal juga tapi semua cukup..cuma air corn je yang tak de, tapi okla kan sebab rumah kampung so tak panas..
tuuu buah durian banyak kat pokok..tapi sayang belum masak..tuan rumah bagi kami makan kalau ade yang masak..huhu cari kat gerai tepi jalan pun tak ade..belum musim..nanati dah musim memang tak pandang dah tak larat nak hadap..
 adela durian yang gugur tapi dah habis ditebuk tupai, campur yang busuk lagi..memang tak dapatla..si kecik nie nak juga..mbahnya layan juga cucunya.
bersantai di waktu petang, menghirup udara yang nyaman di kampung..baik untuk kesihatan terutama bagi mak buyong yang berbaju hijau tu..

sempat juga anak2 dare nie bergaye sane sini..nk ikut kan banyak lagi..tapi cukupla 2 keping nie..
sesi penyediaan BBQ untuk aktiviti di malam hari..usaha en.abg dan abngya menhidupakan bare api.saya angkat bendera putih bab2 bara api nie..


gambar blur la..org yang amik gambo tak bape nak pandai guna camera canggih..tapi tu je yang ade..ni antara orang kuat yang masaka segala makanan..aya adela tolong masa awal2 bila dah nak siap hilang kan diri hehehe..
ok esoknya selepas sarapan pagi kami kemas2 rumah tumpangan dan terus gerak balik ke rumah masing..saya sekeluarga balik ke kampung esoknya baru gerak ke Terengganu..hhhhmmmm percutian keluaga yang paling simple dan merehatkan..ok la kan..tahun depan tak tau ke mana destinasi kami..mungkin ke Janda baik kot..hehe ok..by by..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...