May 14, 2013

Selamat hari Ibu

Ain Fajar | 5:38 AM | 5Comments |
Assalamualaikum.

Hari ibu sudah 4hari berlalu, baru lah saya sempat nak post N3 nie..Hari ibu tahun 2013 nie banyak kelainan buat diri saya, berbeza dari tahun2 sebelum nei..sebelum saya bergelar ibu, saya tak merasai sangat hari penghargaan untuk ibu tersayang..masa saya kecil hingga saya besar, mak sentiasa di hati walau pun bukan hari ibu, saya tetap buat kerja mak, tolong ape yang patut, ringankan bebanya dan senangkan hatinya..apa yang saya buat saya cuba buat mak dan bapa saya gembira, bangga dan tidak risaukan saya..bila tiba hari ibu saya sendiri tak pernah berikan mak hadiah atau kek..bila di tanya mak ape, mak jawab senang je, alaa tak payah nak bagi ape2 cukup kamu dapat banggakan mak dan tidak susah hati mak..apa yang saya mampu buat, dengan susah payah saya berusaha mendapatkan segulung ijazah untuk kebanggaan mak dan bapak saya, dan saya memilih teman hidup yang boleh menjaga saya dan menjamin kebahagiaan saya..sekarang nie saya berusaha untuk menyambung hasrat arwah mak untuk memajukan pernigaan mak seperti yang di harapkan..walaupun mak dah tiada saya tetap akan meneruskan usaha dan impian beliau..semoga  Allah tempatkan mak di kalangan orang yang beriman..

sehari sebelum hari ibu, adik saya bertunang, saya bersusah payah buat yang terbaik untuk kebahagiaan adik saya..sampikan bapa saya berkata, apa yang saya buat sama macam mak saya buat masa abang-abang saya nak bertunang dulu, skiranya mak masih ade, dia akn buat perkara yang sama macam saya buat..saya rase sedih dan terkenangkan mak..perkara yang saya agak berat menanggung perasaan apabila saya di pertangung jawabkan menyarung cincin ke tunang adik saya ( bakal adik ipar saya)..walau pun gembira dalam sudut hati yang kecil nie, dah merintih kesedihan terkenangkan arwah mak..sepatutnya dia yang berada di tempat saya ketika itu..tapi takdir dah menentukan segalanya..saya dan adik terpaksa akur dengan qada dan qadar


Di hari Ibu tahun 2013, saya memegang satu tangugjawab yang besar mengantikan tempat arwah mak..perasaan yang gembira di dalamnya menahan kesedihan..selamat hari ibu untuk arwah mak..rindu tak terkata..

tahun nie juga, saya sangat gembira bila anak2 sudah pandai mengucapkan hari ibu dan meluahkan sayang ibu kepada saya..tahun nie tahun pertama anak2 sekolah, mereka dia ajar menyambut hari ibu bagi menghargai hari ibu..



 balik sekolah hari khamis yang lepas, c fina dah cakap dengan saya, yang dia ada buat kad untuk ibu, ade love, ade bunga dan bear..tapi belum siap..hari jumaat balik dari sekolah terus keluarkan dan bagi kat saya sambil sengih2....terima kasih  anak ibu..semoga mereka mengenang ibu di hari tua nanti, sentiasa mendoakan ibu bila ibu dah tiada kat dunia nie..

itu je lah hehe....selamat hari ibu juga buat ibu mertua saya yang dah menjaga suami saya dengan baik, tak lupa juga buat mak tiri saya yang dah banyak membantu saya sepanjang saya balik ke kampung..tidak di lupakan untuk ibu2 di seluruh dunia...korang semua adalah superwomen..

cream puff II

Ain Fajar | 3:23 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.

Agak lama juga saya tak buat cream puff nie. jarang2 sangat saya buat cream puff nie..walaupun dah berjaya 2 kali percubaan saya masih agak fobia nak buat cream puff nie..mana taknya hampir 5 6 kali saya cuba sebelum berjaya adalah tak menjadi..huhu..memangla fobia..mana la tau kalau dah lama tak buat hilang skill nya pulak kan..bila kawan saya call yang dia nak saya buat sejenis kuih yang lembut dan intinya kastard. dia tak tau namanya bila saya sebut cream puff ker..dan kawan saya haa ye la tu..nak oder cream puff dan dia yakin yang saya mesti tau buat...hehe memang saya tau buat tapi takut tak menjadi pulak...tapi walau macam mana pun saya menerima oder tersebut..walau pun tak berapa nak yakin.


tadaaaa, nilah hasilnya..kawan saya nak 75 biji..kena buat dalam 2 1/2 adunan dari resepi asal..

nak tau yang cream puff nie menjadi bila dalamnya berongga @ berlubang, ringan dan semestinya lemak berkrim..sedap la bila mengigitnya.. mana2 resepi yang terdapat di blog masakan semuanya lebih kurang sama je, cuma kuantitinya sedikit berbeza..walau mana2 resepi yang kita guna, kalau teknik dan peraturannya kita ikut dan patuhi semestinya menjadi..kalau tak tau teknik memang susah nak menjadi dengan jayanya..macam saya la sebelum nie, kurang ilmu di dada..perlu tau tips2 nya.

ok resepi kali nie saya cuba dari you tube..saya perlu tau tekniknya seperti belajar di dalam kelas..kalau ade yang nak melihat vidionya, taib je cara-cara membuat cream puff..mesti bayak..tapi kena pandai pilih mana yang sesuai dan faham..okeyyy..


meh semak resepi..

bahan-bahan puff:

500gm ml air
200gm butter
250gm tepung
6 biji telur

bahan untuk inti kastard:
 70gm tepung kastard ( boleh tambah 20gm jika nk inti pekat)
10 sb gula
14gm butte
3 cawan air
1 biji telur

 cara-caranya: 

masukkan air dan butter ke dalam kuali @ periuk, bila butter cair tutup api
masukkan tepung gaul hingga menjadi doh dan pasang api semula hingga wujud kerak nipis di tepi periuk, sejukkan
masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati @ sehingga adunan berkilat dan licin
(nak guna mixer pun boleh.

masukkan ke dalam piping bag dan nozel bintang dan paipkan atas dulang yang telah di sapu mentega.
boleh juga gunakan sudu sahaja.
bakar pada suhu 200c 15 minit pertama dan turunkan suhu 170c 15 minit kedua. hingga cream puff kekuningan @ masak.



cara membuat filling kastard:

larutkan tepung dalam air dan masak atas api besama bahan lain
masak hingga adunan pekat.
bila cream puff siap di masak lubangkan sedikit cream puff dan paipkan inti ke dlm cream puff.
boleh juga potong separuh dan letak inti menggunakan sudu.
taburkan gula aising di atas cream puff.

mudah je kan, tapi kena bayak kali buat..kalau berjaya buat pertama kalinya alhamdulillah, jika x menjadi cuba lagi

selamat mencuba








Barang hantaran

Ain Fajar | 1:46 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.

minggu yang lepas saya tidak menerima sebarang tempahan..tapi walau macam mana pun saya tetap sibuk dengan kek dan kuih muih..saya buat kerana saya sponser hantaran adik saya dan adik en.abang hantaran pertunangan mereka...dalam minggu yang sama kami berdua mendapat 2org bakal ipar..maunya tak siuk, belah pihak saya, kami menghantar rombongan meminang..dan belah pihak en.abg pula kami menria pinangan..nasib juga tak menerima pinangan sekali gus, kalau tak memang tak cukup 24 jam saya nak menyiapkan hantaran dan kuih muih serta  masak2 untuk kenduri..memang sangat meletihkan, namun kami sangat gembira menerima orang baru dalam kelurga kami...ok jom tengok hantaran yang sempat saya siapkan tu..

Butter cake yang saya saluti dengan foundant serta edible LV.
dah lama teringin nak buat kek berbentuk bag, alhamdulillah menjadi juga.

Bahulu ikan, kuih tradisi yang tak lapok dek zaman.

homemade coklat, saya jadikan ianya bekas cincin


kek lapis serawak strawberry cheese.
menarik sangat kek yang sedap nie di jadikan hantaran.


barang2 hantaran dari kedua belah pihak adik saya

makanan yang telah saya hasilkan, ade sedulang lagi yang saya tak snap, agar2 jelly..last minuet preparation.

ok ygang bawah nie, saya buat untuk adik en.abang..yang bertemakan hijau pink.  

kek batter masam manis yang di saluti foundant


kek lapis pandan versi kukus.

bahulu ikan, anak2nya sahaja..ibu ikan dah kena goreng huhu..hehe

bunga tangan coklat..
ini la adik en.abg @ adik ipar saya yang bertunang tu..

barang hantrana adik ipar saya untuk pihak lelaki
 barang hantaran dari pihak lelaki.

ini sahaja, n3 kali nie cerita pasal hantaran makanan yang berjaya saya hasilkan.

ade ke yang kat luar sane yang berminat nak menempahnya,
call, wasap, sms, pm saya di no 
012-3111448







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...