Jan 19, 2011

Kek Lapis Serawak

Ain Fajar | 5:09 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..

Dalam n3 kali ni saya nak kongsi dengan semua resepi kek lapis serawak...dah lama nak buat kek ni..kek ni sangat unik rasanya. pertama kali saya makan masa tahun ke 2 saya belajar di sabah, mak kawan saya dari serawak telah pos kepada anknya..kami yg dari semenanjung semestinya x melepaskan peluang tok merasa kek yg jarang di jumpai di semenanjung...sekarang ni mmg dah banyk la..masa saya mkn dulu trs berangan nak belajar buat n bercita2 nak jual kek ni kat semenanjung...hehehe besarnyer cite2 saya kan..insya allah mn tau ada rezki....jadi usahawan kek la saya hehehehe....

ini lah hasil yg saya perolehi ptg tadi..tak belajar secara formal pun, pandai2 sendiri je..resepi ni saya ambik dari sebuah buku kek lapis serawak yg di tulis oleh Rabiah Amit. beliau merupakan pengusaha kek lapis dari serawak...mmg hasilnya memuaskan..utk percubaan pertama saya guna resepi yg basic je..ok jom kita tengok resepinya..


Bahan-bahannya :)

Bahan A : )

20 biji kuning  telur
6 biji putih telur
180 gm gula kastor
150 grm tepung hong kong
1 sudu ovellete


Bahan B : )

480 grm mentega (yg asli bukan lepa susu)
100 grm horlick
6 sudu susu pekat
pewarna hijau dan  merah

Cara-caranya : )

  • pukul bahan A kecuali tepung hingga gebu, putih lagi ringan.
  • apabila adunan dah kembang masukkan tepung sedikit demi sedikit pukul hingga rata.
  • dalam mangkuk yg lain pukul bahan B hingga betul2 kembang.
  • campurkan kedu-dua adunan dan gaul rata.
  • bahagikan adunan kepada 3 bahagian
  • masukkan 2 sudu warna ke dalam setiap  adunan. 1 adunan di biarkan tanpa pewarna, jika suka boleh letakkn warna kuning.
  • gunakan loyang beukuran 8 1/2 x 8 1/2 x 3, ( saya gunakan loyang kecil, boleh hasilkan 2 biji kek)
  • letakkan 1 senduk adunan putih  ke dalam loyang dan ratakan, kemudian bakar dengan mnggunakan api atas sahaja. 
  • apabila warna kek sudah keperangan boleh diangkat. kemuadian lapiskan dengan warna hijau seterusnya . 
  • lakukan beulang kali hingga adunan habis.
  • akhir sekali tutup loyang dengan aliminium foil dan bakar dengan menggunakan api bawah dan atas selam 15 minit.

* memang rumit untuk mengahasilkan sebiji kek lapis sehingga memakan masa 3 4 jam, tetapi apabila kita dapat hasil yg baik ianya sangat memberi kepuasan.

ok selamat mencuba... cawwwww!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...