Nov 10, 2013

mini pavlova

Ain Fajar | 6:55 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.

salam berhujung minggu..lambat up date dah nak masuk hari isnin dah..hehehe..saya berpavlova ni hari khamis yang lepas..rase macam mengidam je nak makan povlova nie..dulu masa tangah panas di merata2 blog masakan saya tak terasa nak mencubanya disebabkan bahan yang digunakan lebih kepada hanya putih telur dan gula..ramai yang komen ianya desert yang sangat manis..dan ade yang kate ianya berbau dan tak sedap..masa tu lah..tapi sekarang nie bila saya google ramai yang kate ianya sedap..bila di bakar garing lagi sedap sebab garing..jadi terus rase teringin sangat..bila dah mengidam ni kan mesti nak kena buat juga sebab kalau tak buat asik terbayang je..jadi saya keluarkan kos untuk buah-buahan dan luang masa untuk membuatnya..ramai juga yang komen kate bahannya tak la banyak tapi kosnye tinggi..nak buanya pun senang sangat cuma ambik masa yang lama untuk membakarnya.

 Rata2 resepi yang saya jumpa sama je, jadi saya pun dah tak  ingat dari mana saya cedok resepi ni.

ok lah jom terus skodeng resepi mana tau ade yang teringin mencuba..sirius memang senang sangat..janji ikut cara yang betul mesti menjadi.

Bahan-bahannya:
4 biji putih telur
3/4 cawan gula
1 sb tepung jagung
1 sb cuka makan
1 sk vanila

Toping : 
whiping cream
hiasan buah-buahan yang masam
strawberry
kiwi
bluberry
epal hijau
mangga
 cara-caranya:
  • panaskan oven 180c.
  • pukul putih telur hingga bebuih, masukkan sedikit demi sedikit gula
  • pukul hingga menjadi meregue, gebu, berkilat, bertanduk dan bila di terbalikkan mangkuk telur tak akan jatuh.
  • masukkan vanila, cuka dan tepung jagung kacau sebati.
  • masukkan adunan ke dalam mangkuk/ paper cup/ letak sahaja atas kertas minyak ikut saiz yang di ingini.
  • turunkan suhu kepada 150c, dan bakar selama 1 jam..jika ingin garing 1jam setengah..

fresh dari oven...
  • Bila masa 1jam setengah berlalu, biarkan pavlova di dalam oven hingga sejuk, dan buka sedikit pintu oven.
  • sementara tu boleh la buat toping..pukul whiping cream hinnga gebu dan potong buah2an.
  • bila pavlova dah sejuk letak whiping cream dan tabur dengan buah-buahan...dah siap..
  • sedap bila makan sejuk2.

Bagi saya, sedap sangat, walaupun manis tapi bila kita makan sekali gus dengan buah-buahan yang masam ianya dapat seimbangkan rasanya..anak2 saya makan macam tu je, dorang cakap macam gula2 kapas yang rangup..anak2 memang suka povlova nie..bila ade fresh cream lagi la dorang suka..lepas nie memang saya akan buat lagi..sedap..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...