Nov 20, 2011

Apam polkedot ladybird.

Ain Fajar | 8:30 AM | 2Comments |
 Assalamualaikum..
Apam polakdot ni kali kedua saya buat, masih guna resepi yang sama seperti sebelum ni..Cuma kali ni yang berbeza dari segi persembahannya sahaja...
Taraaaa..haaa ni la yang lainnya, saya buat macam kumbang ladybird, Saya buat apam ni untuk anak kawan saya, saje je nak pegi melawat orang mestila bawa ole-ole baru seronok dorang nak sambut tetamu..lagi pun memang dah menjadi kebiasaan arwah mak ajar kalau nak kemana-mana mesti kenyangkan perut dan bawa makanan supaya kita tak membebankan orang..
Jom kita tengok resepinya , senang tak yah nak selak2 n3 sebelum ni..masih guna resepi k.Hana..minta izan C & P.
Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna merah dan coklat
Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit. Boleh nampak perbezaannya..adunan akan menjadi warna cream dan gebu apabila ianya kembang dipukul. gambar adunan ghaib la pulak..

susun mangkuk kuih dan mangkuk kertas di dalamnya..inilah rupa acuan kuih lompang atau apam tepung beras. mudah didapati di pasaraya dan kedai barangan plastik.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa. Saya buat 2 warna, sedikit warna hitam dan selebihnya warna merah
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. 
Picitkan strawberry filling secukupnya. 
Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. Ikut suka lah nak wat corak macam mana pun.

 
 Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Gambar di atas perbezaan yang belum dikukus dan yang sudah dikukus..

Senang je nak buat, sangat sesuai untuk jamuan hari jadi dan kenduri cukur jambul..
Selamat mencuba!!


kari udang galah.

Ain Fajar | 7:04 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
salam siaran..lameeenyeee tak up date blog ni..boring je kan singgah je blog ni

Sememangnya sedap sangat dapat makan udang galah ni..jarang di jumpai dan harganya tak yah cerita la..firts saya makan udang galah yang bersepit ni masa saya mengandungkan kakak, ngidam la konon..kebetulan adik bongsu saya memancing udang dapat la makan 2 ekor yang saiz mak bapak udang lain2 kecik2..goreng je time tu...nikmatnyaaaa dapat makan..dan ini kali kedua saya makan..kali ini buat masak gulai kari...mak mertua saya yang masak atas permintaan bapak mertua saya...kali ni bapak mertua saya oder dengan orang yang suka memancing udang dapat juga sekilo dengan harga RM40..okla kan tak la mahal sangat..puas makan..jarang2 buat masak gulai udang ni...memang sedap..
Tengok la gambar udang yang melengkor tu, memang sangat menyelerakan..cuci la mata anda semua yer hehehe, bukan ape dah lama sodaqallahul aziim...

Bahan A:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
15 tangkai cili kering

Bahan B:
1 paket kecil rempah kari udang
½ biji kelapa (ambil santan pekatnya dan yang cair)
3 cawan air
1 sudu halba (disangan)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
500gm Udang galah

Caranya:
  • Blend bahan A hingga lumat.
  • Tumis bahan A bersama kayu manis dan bunga lawang hingga sedikit garing, masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan sedikit air.
  • Masukkan santan cair dan halba. Apabila sudah menggelegak boleh lah masukkan udang bersama santan pekat.
  • Perasakan dengan gula dan garamnya.
  • Apabila udang sudah berubah menjadi kemerahan @ masak boleh la tutup api dan dihidangkan.
p/s : terpulang pada citarasa masing-masing sama ada ingin santan tak pecah minyak serta kuahnya cair ataupun tunggu hingga kuahnya pecah minyak dan kuahnya sedikit pekat.
Nak guna udang besar yang biasa pun boleg..sedap juga...

selamat mencuba!!!

Seri ayu

Ain Fajar | 6:25 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
Kuih ni dah biasa saya buat tapi baru kali ni saya letak kat n3 ni..masa raya haji yang lepas kakak ipar saya buat kenduri cukur jambul dan akikah ketiga-tiga anak lelakinya...semua bujang... so untuk sarapan orang kampung yang datang gotong-royong masak-memasak.. bak kate orang jawa orang kejobos atau lagan. saya suka makan kuih seri ayu ni, tapi nak buat agak makan masa..bukan susah tapi bab nak letak kelapa tu yang makan masa sikit..tapi oleh kerana dah lama tak makan so saya buat untuk kenduri hari tu..


ok jom terus je kepada resepinya..resepi saya cedok dari blog k.Yatie..mmg menepati citarasa saya. tq k.yatie syer resepi kuih ni..

Bahan-bahannya:)
  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil b. powder
  • 1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
  • perisa pandan
  • 2 cawan kelapa parut putih*
  • 1 sudu besar tepung ubi*
  • 1/2 sudu kecil garam*
Cara Cara
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
  2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
Cara Memasak
  1. Satukan bahan bertanda* (lapisan kelapa) dan gaul sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
  3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
  4. Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana. 
 
selamat mencuba!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...