Jan 9, 2011

Nasi Ayam Tiram

Ain Fajar | 5:57 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Menu tengah hari tadi, senang je nak buat, biasalah tahap kemalasan sedang menguasai diri..tapi kesian la kakak nak makan. mmm apa lagi ibunya pun buatla nasi kesukaannya..c kakak ni suka makan nasi ayam, kalau x de selera nak makan mesti dia minta nak makan KFC, oder nasi ayam n air milo, ayam tak tau nak makan..kalau mcm tu ibu pun boleh buat la kakak hihihi...
so tengah hari tadi saya masak nasinye je, pastu goreng ayam segera tok ibu dia..hehehe..nasi ayam ni senang sangat, tumis2 pastu campur dengan beras n boh dalam rice cooker pastu tinggal je, xyah nak jaga2. xyah nak rebus2 ayam segala.. pantas!!

ni lah hasil nasi ayam tiram saya, kalau org datang umah mengejut leh la hidang nasi ni..bagi yg baru2 nak belaja masak leh hasilkan masakan yg sedap dan mudah..ok lah jom tengok ape saya letak dalam nasi ni.

Bahan-bahannya :)

1 cwn beras
2 cwn air
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
 1/2 inci halia
1/2 biji kiub ayam maggi
2 sudu mentega.
1 sudu kecil sos tiram
secubit garam

Cara-caranya :)
  • basuh beras dan letak air
  • kisar bawang putih, bawang merah, halia dan kiub ayam.
  • panaskan  mentega, tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan ke dalam periuk, masak mcm msk nasi biasa. siap !!  
senangkan? cubalah..hasilnya mmg memuaskan sedap nasinya lembut..
ok cawww

Donat

Ain Fajar | 5:15 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..


Hari nie, ni la keje saya, rasa2 teringin plak nak makan donat, dah lama tak buat donat nih!! dulu masa anak dara tiap2 hari la buat donat, nasib bek pipi tak naik mcm donat hehehe..dulu buat donat sebab arwah mak saya berniaga, kira tolong dia la..masa kat kampung uli tepung guna mesin cepat je siap, sekarang nak buat kene la uli guna kuderat tangan dua kerat.. jenuh gak..tapi alhamdulillah menjadi juga donat ku yg gebus ni huahaha. best toi!! nampak tak donat saya yg gebus tu, mmg lembut  dan sedap...oich!!!angkat bakul sendiri la plak..klah jom saya syer resepi donat ni..


Bahan-bahannya : )
* 300 ml air susu segar
* 80g atau 1/3 cwn pelanta
* 2 telur
* 1 1/2 tsp garam
* 3 tbsp gula
* 600g/4cwn tepung gandum (*leh tambah sikit tepung jika tetrlembik)
* 2 tsp yis 




Cara-caranya :

  1. Kalau pakai tgn, campurkan air ngan yis (biar dlm 5 minit).
  2. Satukan tepung, gula dan garam. Buat lubang tengah..masukkan telur yg dipukul sedikit dengan pelanta.
  3. Pastu tuang yis.Uli sampai doh tak melekat kat tangan. Tutup doh. Biarkan doh naik selama sejam
  4. bahagikan doh kecil2 buat bulat, peram lagi 30 minit.
  5. apabila nak goreng baru lubangkan tengah2nya dan goreng dgn api sederhana.
  6. bolehlah letak apa2 atas donut tu..chocolate cair ke..caramel ker..saya suka castor sugar je.
** kalau menggunakan mesin boleh camapurkan semua bahan kecuali garam, apabila tepung sudah menjadi doh baru campurkan garam dan pukul doh hingga elastik @ lembut.



ok selamat mencuba!! cawww..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...