Jan 9, 2011

Nasi Ayam Tiram

Ain Fajar | 5:57 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Menu tengah hari tadi, senang je nak buat, biasalah tahap kemalasan sedang menguasai diri..tapi kesian la kakak nak makan. mmm apa lagi ibunya pun buatla nasi kesukaannya..c kakak ni suka makan nasi ayam, kalau x de selera nak makan mesti dia minta nak makan KFC, oder nasi ayam n air milo, ayam tak tau nak makan..kalau mcm tu ibu pun boleh buat la kakak hihihi...
so tengah hari tadi saya masak nasinye je, pastu goreng ayam segera tok ibu dia..hehehe..nasi ayam ni senang sangat, tumis2 pastu campur dengan beras n boh dalam rice cooker pastu tinggal je, xyah nak jaga2. xyah nak rebus2 ayam segala.. pantas!!

ni lah hasil nasi ayam tiram saya, kalau org datang umah mengejut leh la hidang nasi ni..bagi yg baru2 nak belaja masak leh hasilkan masakan yg sedap dan mudah..ok lah jom tengok ape saya letak dalam nasi ni.

Bahan-bahannya :)

1 cwn beras
2 cwn air
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
 1/2 inci halia
1/2 biji kiub ayam maggi
2 sudu mentega.
1 sudu kecil sos tiram
secubit garam

Cara-caranya :)
  • basuh beras dan letak air
  • kisar bawang putih, bawang merah, halia dan kiub ayam.
  • panaskan  mentega, tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan ke dalam periuk, masak mcm msk nasi biasa. siap !!  
senangkan? cubalah..hasilnya mmg memuaskan sedap nasinya lembut..
ok cawww

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...