Apr 8, 2012

Happy Birthday to Syuhada

Ain Fajar | 8:15 PM | 1Comments |
Assalamualaikum..

n3 yang dah nak basi juga nie..tak berkesempatan nak update, dan satu lagi tenet nie tetibe je sejak akhir2 nie slow macam kura-kura..yang lagi tantion kadang2 tu tenet ni jadi macam biskut pulak kejap ada kejap tak ade..adoyai tantion je, malas nak ngadap lapy lama2 bila keadaan tenet yang macam tu..nak buka blog kawan2 yang lain pun tak boleh..tersekat2..ape la masalahnya nie..

Dah la, berbalik pada n3 yang dah lama nak update tapi terkesampaian..hari jumaat yang lepas sempat la saya dan en.abg luangkan masa untuk buat berday c kakak..bukan lama pun cuma nak amik gambar dan potong kek je..saje nak wat kenagan untuk hari mendatang..saya letak n3 kat sini pun adalah untuk kenangan juga..saje kepuasan diri sendiri..nanti bila kakak dah besar dia boleh baca dan tengok sendiri..
nie utk suke2 je..nanti dah paham tak leh buat lagi yer kakak dan adik..skrg ni bila cakap terus nangis nak juga..
kenangan sekeluarga..
bersama ibu..ibu hadiahkan kek je untuk kakak..sehari gak buatnya..oven kecik, loyang satu nak bakar selapis2 dan nak aising lagi..memang la sampai sehari..dah macam buat kek lapis je..

 kakak sibuk la bukak hadiah..tak ingat dah kek ana muslim yang ibu buat..walaupun harijadi kakak tetap beli 2..adik pun nak juga..klu tak ada yang merajuk..esok2nya berebut je..
nie hadiah dari aciknya (adik saya) nasibla acik man, kena beli dua kalau nak belikan ape2 untuk anak kakaknya..hehehe
 bukan satu je kakak dapat tapi 2 hadiah dari acik man nya..tapi yang nie satu je la leh kongsi.
memang kakak teringin nak khemah nie..malam tu siap nak tido dalam khemah lagi..hahaha lama2 tak selesa kuat juga..beriya sangat nak berkhemah..dah besar nnt leh la pegi berkhemah kat hutan ke gunung ke, suke lah janji selamat..

ape dari ayahnya pulak..
ni la hadiah dari ayahnya..nak sangat kolam..dulu dah beli dah kolam 10org leh masuk..tapi nak kena tukar air tu yang tak tahan tu..cepat koyak pulak tu..so beli je lah yang kecik. klu koyak ke bocor ke tak la ralat sangat nak beli lagi..tak tunggu balut dah , balik dari kedai je terus berendam..tiap petang dah jadi aktiviti dorang berendam..kalau tak gian dorg nak pg swimming pool...oklah leh juga hilangkan bosan..

cerita pasal hadiah, masa beday fina tak publish pun hadiah yang dia dapat sebab lambat dapat..takut nanti bila besar nanti bila dia baca n3 nie, mesti dia tertanya masa beday dia tak de hadiah ke? sebenarnya beday fina masa bulan 12 yang lepas ayahnya belikan basikal bila dia pandai mengayuh dan selalu berebut main basikal kakaknya..dan adik beradik en.abg bagi meja belajar..

Ain Fajar | 6:08 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
n3 kek lagi...kek pelangi nie saje saya buat untuk sambut beday syuhada (kakak)..sebenarnya saje saya nak rase kek rainbow nie..ramai blogger masakan dah buat kek ni..saya pun tergoda juga nak try dan rase, yang paling tergoda bila tengok k.ta punya kek pelangi yang telah diubah menjadi corak petak macam papan dam, tapi cantik coz warne warni....kek ni macam kek putih telur yang pernah saya buat sebelum nie..tapi yang nie sedikit padat dan manis..lagi2 bila ditambah dengan aising yang manis..tu yang tak tahan nak makan bila dah manis sangat..saya ni tak suka makan manis2..lepas nie kalau nak buat lagi kena kurangkan gula..pastu nak buat macam k.ita buat..cantikkk sangat..
kek rainbow yang telah saya salut dengan aising dan dia hias dengan gambar kartoon muslimah..kakak suka kartun ana muslim tu yang buat ni..ni baru 1st saya lukis atas kek..saya nie bab2 melukis ni mmg dapat F..tapi dah c kakak suka art terpaksala saya pandaikan diri untuk melukis..lagi pulak zaman sekarang nie orang lebih suka lukis2 atas kek..so kena mahirkan diri kot2 la ada orang nak tempah..ni pun dah ramai yang minta saya buatkan kek yang ada lukisan diatasnya..ni yang tengah nak peratis nie..


nie rupa paras kek pelangi yang telah di potong..dapat buat 5 lapis je..tertebal..1st buat so tak pandai nak baget..next time tau lah nak bahagi macam mana..ada sesiapa nak resepi ker..saya amik resepi kek pelangi nie dari blog k.ita blog macam manis..saya syer juga resepi kat sini, minta izin kat k.ita nak copy  dan tempek kat sini..kot2 ada yang berkenan nak try buat kek nie..jom layan resepi

Rainbow cake.

Bahan-bahannya :
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

cara-caranya:

  • Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
  • Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
  • sapukan juga baking paper dengan butter
  • Panaskan oven pada suhu 170C

  • Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
  • Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
  • Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  • Masukkan esen vanila
  • Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  • Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
  • *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
  • maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

  • Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
  • *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

  • Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
  • Masukkan dalam loyang
  • Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
  • Bila dah masak letak atas redai
  • Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
  • Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
  • Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
Bila kek dah sejuk potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata. 
kemudian boleh di hias dengan aising, ikut suka dan kreativiti masing2..
saya guna aising seperti di bawah, juga saya copy dari blog k.ita..malas nak taip sebab internet macam kura-kura sekarang nie..tak taula kenapa..



FRESH CREAM FROSTING

2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais
1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila
  • Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...
  • Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '
  • Siap dah ...boleh gunakan utk deco cupcake tadi...
  • Decoration ikut citarasa memasing ya...
selamat mencuba!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...