Feb 19, 2011

ikan kembung sweat sour

Ain Fajar | 4:22 AM | 3Comments |
Assalamualaikum...
Menu tengah hari , mmg mengancam..kenyang perut keluarga saya..kalau korg perasanla kan, menu ikan yg saya masak ni, asik ikan kembung je kan..hihihi..nak buat mcm mn, dah membesar dengan ikan kembung dari kecik sampai la sekarag ikan kembung jd pilihan utama…ikan kembung flexible, masak ape pun sodap..lagi pun tak ada ikan lain yg menarik minat saya, ikan kat trgn ni gabak2 (org trgn kate bapok beso2 ikang),  tu yg tak berapa nak minat tu..

Ok lah jom kita tengok resepi..saya main campak je..tp jagan isau k mesti sedap..
Bahan-bahannya 
4 ekor ikan kembung
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
2 sb sos tiram
6-7 sdb sos cili
1 sdb gula
½ sk garam
½ cawan air

Cara-caranya : )
  • Cuci ikan kembung bersih, lumur dengan serbuk  kunyit dan garam, kemudian goring garing.
  • Hiris bawang merah, bawang putih dan halia di ketuk kemuadian tumis bersama cili padi hingga naik bau.
  • Masukkan sos cili dan sos tiram, serta masukkan air..kacau sebati.
  • Masukkan garam dan gula, gaul tunggu higga sedikit pekat.
  • Masukkan ikan yg telah di goring tadi dan gaul sebati.
Siap!! Sedia untuk di hidangkan…
Selamat mencuba!!!mesti sedap

kailan udang kering

Ain Fajar | 3:16 AM | 0Comments |
Assalamualaikum…
Menu tengah hari tadi, saya buat sayur kalian masak bersama udang kering…biasa kita dengar kalian ikan masin. Oleh kerana saya tak makan ikan masin (ish!!ish!! mengalahkan mat saleh, dorg pun dah pandai makan ikan masin huhu), so saya ubah ikan masin kepada udang kering..rasanya tak jauh berbeza malah lagi sedap, tapi bagi yang suka makan ikan masin, boleh tukat je udang kering tu dengan ikan masin..ikut suka masing-masing la..senang je..ini kali kedu saya buat mcm ni…

Jom kita skodeng2 resepinya.

Bahan-bahannya : )
Bahan A
2 pokok kalian
 Sedikit air
Bahan B
2 biji bawang merah 1 ulas bawang putih
2 sudu udang kering
1 sb sos tiram
6  biji cili padi

Cara-caranya : )
  • Tumbuk bahan B hingga lumat.
  • Tumis bahan2 yg telah di tumbuk hingga sedikit garing.
  • Masukkan sos tiram, kacau
  • Masukkan sayur kalian kacau sebati. Tunggu sedikit layu..
  • Sedia untuk di hidangkan..
Selamat mencuba..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...