Sep 21, 2012

Ikan Kembung Sambal Hijau

Ain Fajar | 11:38 PM | 0Comments |
Assalamualaikum

Menu tengah hari, masak simple je, tapi saya persembahkan sedikit perbezaan dari segi warnanya..haa biasakan kalau buat sambal mesti nak warne merah..sesekali cube tukar warne biar tak nampak kepedasannya. kalau warne merah menyala walaupun tak pedas tapi orang akan kate sambal tu pedas..bila dah rase baru la tau..bila kita buat sambal hijau tak nampak pedasnya, tapi bila dah makan baru tau pedas ke tak..itu yang best tu..tapi ikut selera masing2 la kan, kalau suka pedas letak la cili padi tapi kalau tak suke cukup sekadar cili besar yang hijau tu je..

                                     
sebenarnya, dulu masa saya sekolah, balik jedari sekolah dah terhidang makanan yang di masak oleh mak tercinta..masa buka tudung saji, dahi saya berkerut bila tengok ikan masak sambal warne hijau..tapi saya makan je, bila makan, eh sedapla pulak..sambil tu saya tanye sedapla mak, macam mana mak masak sambal boleh warne hijau..mak saya tersenyum sambil menjawab alaa mak guna cabai hijau la..haha ooo saya pun senyum sendiri, dalam fikiran saya kenapala saya boleh tak terfikir macam tu, boleh pulak saya terfikir yang mak masak sambal tu sampai jadi hijau atau ade bahan tambahan lain..macam sayur ke yang masukkan, al-maklumla saya ni tak suka makan sayur masa tu..kes takut terkena la..kikiki..
Tetibe rase rindu dan teringin nak makan ikan masak sambal hijau, tu yang saya buat tu..pada sesiapa yang cube bolehla kan, mungkin nak cuba kelainan dalam masakan korang..biar berkerut dahi asalkan sedap.

ok, jom kita skodeng resepi. senang je, macam kita buat sambal tu..

Sambal ikan Hijau.

2 ekor ikan kembung
3biji cili besar warne hijau.
3 biji cili padi
2 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sb sos tiram
gula dan garam secukupnya.

cara-caranya:

  • basuh ikan bersi dan lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.goreng hingga ikan masak.
  • bleand semua bahan dan tumisbahan-bahan hingga naik minyak.
  • masukkan gula dan garam secukupnya.
  • apabila sambal dah masak, boleh tuangkan keatas ikan atau gaulkan ikan dengan sambal.
  • siap sedia terhidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...