Sep 19, 2012

Laksam {mee lidi}

Ain Fajar | 4:12 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.
menu semalam, baru hari nie dapat post..semalam hujan lebat sangat2, bila hujan perut pun mula la menari-nari kelaparan..fikir2 nak masak ape, bila tengok ade ikan dan mee lidi terus nak buat laksam..lagi pun dah lama teringin nak makan laksam..so pegi dapo rebus ikan terus buat kuah laksam..perut dah tak sabo nak makan so guna mee lidi je..kenapa saya guna mee lidi nie.sebab saya malas nak buat mee sendiri..pernah saya pergi open hause kat area kampung yang tinggal kat terengganu nie, dorang menyediakan laksam mee lidi..pada mulanya agak pelik dan terfikir macam mana pulak nak makan..kuah laksam dan tengok mee bukan mee laksam tapi mcam mee spegeti..saya tengok sekeliling...ooo macam tu cara makannya..mee lidi di gabungkan dengan kuah laksam dan diiringi dengan, sambal belacan, asam limau dan sayur mayur.
gambar macam blurr sebab hari hujan, harap cahaya lampu neon je..huhu xpelah janji ade gambo..macam ni la laksam mee lidi yang saya maksudkan tadi, tapi kurang meriah laksam saya sebab tak ade sayur mayur hijau..
saya masih menggunakan resepi yang sama macam sebelum nie..nak tengok resepi, hmmm senang je..cuma untuk 3 @4 orang makan.

Kuah laksam

Bahan-bahannya:

2ekor ikan kembung saiz besar.
2 biji bawang merah
2ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 keping asam gelugur
150ml santan pekat
2 sk garam
1 sb gula.

Bahan sambal
1/2 inci belacan
1 biji limau kasturi
5 biji cili padi.

hiasan.
timun
bunga kantan
kacang panjang


cara-caranya:
  • bersihkan ikan, dan rebus hingga ikan masak.
  • asingkan isi dan tulangnya.
  • blend secara berasingan.
  • blend semua bahan dan campurkan deng ikan hancur.
  • masak hingga kuah berbuih dan masukan gula dan garam.
  • masukkan santan dan kacau rata, tunggu hingga kuah berbuih dan matikan api.

  • buat sambal belacan
  • rewbus mee lidi hingga mee lembut
  • potong sayuran


sedia dihidangkan.



1 comment:

  1. Assalamualaikum... salam kenal...
    jalan2 terjumpa blog ni plak.. singgah kejap..
    sedap nya... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...