Apr 17, 2012

Apam nasi

Ain Fajar | 6:56 PM | 16Comments |
Assalamualaikum..
bersua dengan menu apam pula..apam nie biasa orang panggil apam tepung baras..saje lah saye letak nama apam nasi..sebab ada letak nasi kat dalam adunan..tapi tak la mcm makan nasi..tetap rase apam..tersangat la sedap dan lembut..saya suka sangat resepi nie..sangat mudah tok menyediakan dan sangat sedap..sangat berbaloi-baloi...haaa berapa banyak sangat daaa!!..jom tengok hasilnya..
haaaa amcam ok tak..bukan main senyum lagi apam saya..sampai dah nak terkoyak senyum sokmo...
sebelum nie saya ada belajar dengan kawan mak mertua saya, kira org dulu2 la..dalam resepinya kena guna ragi yang diperap dengan nasi untuk dijadikan tapai nasi..kalau nak guna tapai pulut pun boleh..tujuan letak ragi untuk mendapatkan hasil apam yang lembut..arwah mak pun buat letak ragi...tapi kan ramai blogger masakan yang buat apam nie tak letak ragi cukup sekadar nasi sahaja..saya saje lah nak try, bila dah jadi waaahhhh lembut sangat2 walau pun tak letak ragi...hhhmmm bukan apam je senyum tuan yang buat pun sambil makan tersenyum puas hati..bila dapat pujian lagi tambah lebar senyum..kakak pun makan tak berenti macam tak caye je...
lepas nie conform buat lagi...saya amik resepi nie kat FB kongsi resepi hari-hari..tapi kan saya lupa nak tengok siapa penyumbangnya resepi nie..bila di cari balik tak jumpa pulak..minta ampun banyak2..kalau ada sesiap tau peyumbang resepi nie bagi tau yer..saya akan up date balik.. saya saje nak try..bila dah jadi hasil yang sangat memuaskan rase seronok pulak nak syer kat sini dan sebagai rujukan masa mendatang..
kenapa 3ketoi je..hehehe nie je yg dapat diselamatkan..br je angkat dari kukusan kakak dah bawa ngadap TV..yang lain kat dalam kukusan lagi..lagi pun tak dapat banyak pun dalam satu adunan cuma dapat dalam 26 biji je..sesuai la untuk keluarga yang kecil macam saya..jom kita tengok resepinya..senang je..

Apam Nasi

Bahan-bahannya :)
1 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung beras
1 sb yis kering
1 1/4 air
1cawan gula pasir
1 paket eno asli
beberapa titik pewarna

Cara-caranya :)
  • masukkan semua bahan kecuali eno dalam blender..mesin hingga adunan sebati
  • perapkan adunan dalam 3-4 jam
  • panaskan kukusan.
  • masukkan eno dan kacau perlahan hingga sebati, masukkan pewarna
  • masukkan adunan dalam acuan dan kukus selama 15minit.
  • siap hidangkan dengan kelapa parut.

selamat bersarapan pagi..untuk minum petang pun boleh..
selamat mencuba!!


Ayam percik lada hitam.

Ain Fajar | 2:22 AM | 4Comments |
Assalamualaikum

menu tengah hari tadi..pekena ayam percik pulak..ayam percik pantai timur guna kuah santan..sangat berbeza dengan ayam percik yang ada kat area perak..so teringin nak cuba macam mana ayam percik yang berkuahkan santan..semalam masa jejalan ke dapur Ina (pesona), saya tengok dia dok tayang ayam percik rase teringin nak buat juga..tapi saya tak amik pulak resepi dari blog beliau..masa nak masak tadi malas pula nak on ternet semata-mata nak amik resepi...so saya guna resepi Chef Hanieliza..chef yang terkenal tu beliau dok area kijal Terengganu dah dekat dah dengan saya..tapi tak de rezki nak jumpa atau terserempak..xpe lah.. tengok ayam percik saya yang tak berapa nak cantik tu..hahaha janji sedap..


nampak menyelerakan..berbaloi bila kena tunggu masa yang lama untuk membakarya..maklumla bakar guna api dapur gas je, ayam pula saya guna saiz yang besar so susah sikit nak masak bahagian dalamnya..saya cucuk dan kelar2kan supaya api masuk kedalam...barulah sedang elok je masaknya..


ok jom kita tengok resepi .

Ayam percik lada hitam.
sumber : Chef Haneliza

Bahan-bahannya:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi
1 sb lada hitam
2 batang serai
2 cawan santan pekat
1/2 ekor ayam.

cara-caranya : )
  1. blend bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, cili padi
  2. masukkan semua bahan dalam kuali.
  3. masak hingga ayam separuh masak.
  4. angkat ayam dan bakar atas api hingga masak sepenuhnya.
  5. masak kuahnya hingga kuah pekat tambah gula dan garam ikut kesesuaian.
  6. apabila ayam masak hidangkan dan tuang kuah santan atas ayam.

siap!
selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...