Dec 25, 2011

Popia Basah

Ain Fajar | 2:45 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..

Popia basah ni, kesukaan en.abg so saya berusaha juga nak uat kuih ni..lagi pun saya suka makan yang goring dan bersira..jarang dah nak jumpa popia yang di buat menggunakan kulit yang di buat sendiri..kalau ada pun bukan main kecik lagi, intinya pulak mak aiii tauge jeeee...dah jadi macam tali je kekecutan...memang cepat kaya kalau berniaga mcm tu kan..jimat kos jual pulak mahal...so saya kena belajar untuk buat kulit popia sendiri. Bila dah teringin buat je..makan la banyak mana selagi nak..dulu ye la..nak makan je, nyendeng2 kat mak suh buat, sekarang nak tak nak kena buat sendiri..

Bahan-bahan Kulit Popiah:
  • 2 cawan tepung gandum (260g)
  • 3/4 cawan air (150g)
  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu makan cuka (2 sudu besar)
  • secubit garam

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  2. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 1/2 jam.
3.       Seterusnya boleh sediakan inti dan sambal.

 
 Bahan-bahan Inti
(boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
  • 1/2 biji kobis diracik halus (1/4 biji)
  • 3 biji sederhana besar carrot disagat halus (1/2 batang)
  • Segenggam taugeh
  • 1 labu bawang besar (1/2 labu)
  • 3 ulas bawang putih ( 1 ulas)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar udang kering
  • garam
  • minyak untuk menumis

Cara menyediakan Inti :
  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar tadi.
  3. Bila bawang sudah wangi / masak masukkan sos tiram dan garam
  4. Kemudian masukkan kobis dan carrot.
  5. Bila sayur sudah layu masukkan taugeh, kacau dan tutup api.
selamat mencuba!!!

Murtabak

Ain Fajar | 2:39 AM | 0Comments |
Assalamualaikum
Satu lagi kegemaran en.abg..bila time puasa tu hari2 bua mertabak pun tak jemu...sebelum ni saya buat guna kulit popia segera je, tapi kali ni saya buat sendiri..saje la nak uji bakat...menjadi juga walau pun saya tak pandai nak menebar macam orng yang jual kat pasar tu..ok jom la layan resepi..tq pada niezza coz sudi syer resepi mertabak ni...


Kulit murtabak
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)

Bahan untuk inti murtabak
300g mince meat
2 bawang besar-potong dadu
3 bawang putih-potong dadu
4 sb rempah kari
garam+gula secukup rasa
2 bawang-potong nipis2
6 biji telur-atau secukupnya
4 biji kentang dipotong dadu
1/2 inci halia
air asam jawa


Cara2 menyediakan kulit murtabak
  • ·         Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
  • ·         Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit.
  • ·         Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
  • ·         Bulat-bulatkan spt sebesar bola tenis....dan sapu sedikit marjerin ataupun minyak supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)

Cara2 menyediakan inti
  • ·         bawang kecil, bawang putih dan halia dikisar.
  • ·         kentang direbus. lenyekkan ia setelah empuk.
  • ·         Panaskan minyak dalam kuali.... setelah itu masukkan bahan yang telah dikisar. setelah kekuningan masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan sedikit air.
  • ·         tunggu sehingga rempah kari masak dan masukkan air asam jawa.
  • ·         masukkan daging dan kentang yang telah dilenyekkan tadi.
  • ·         masukkan garam secukup rasa. masakkan sehingga inti kering.
selamat mencuba!!!

serikaya Balls

Ain Fajar | 2:36 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..

Sumber : Rnet via kak Rinnchan dan naz (http://ovenkecil.blogspot.com)

Bahan-bahan :
250 gm tepung kek/ tepung gandum
1 tsp baking powder
Secubit garam halus
125 gm mentega / marjerin
75 gm gula kastor
4 biji telur gred A
200 ml susu segar / susu cair
1/2 tsp esen vanilla

Serikaya secukupnya - masukkan ke dalam piping bag

Cara-cara :
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu per satu dan terus putar hingga sebati.
  3. Masukkan 1/4 bahagian susu dan putar lagi.
  4. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu. Lakukan hingga habis dengan tepung sebagai pengakhirnya.
  5. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  6. Panaskan acuan dan lengserkan dengan minyak masak.
  7. Isikan separuh penuh setiap lubang acuan. Picitkan sedikit serikaya di tengah-tengah dan tutup dengan sedikit lagi adunan sehingga memenuhi acuan.
  8. Terbalikkan bebola kaya agar masak di kedua belah bahagian dengan menggunakan lidi satay. Masak hingga bebola menjadi keperangan.

Saya  cuma buat 1/2 adunan jer dari resepi di atas. 
Saya guna acuan kuih cara, sebab tu kuih bola saya lonjong2, hahaha janji sodap!!
Rasanya sama macam yang ada jual kat luar tu..en.abg kate ok dan lembut, tq naz mmg best.










kangkung Goreng

Ain Fajar | 2:30 AM | 4Comments |
assalamulaikum.
Kangkung goreng rangup.

Bahan-bahannya :)
300gm kankung.
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung beras
1 sudu teh lada hitam
½ sudu teh garam
½ peket  eno
Air secukupnya.


Cara-caranya:
·         Campurkan semua bahan kecuali eno. Bancuh seperti bancuhan tepung untuk menngoreng pisang.
·         Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
·         Basuh dan potong daun kangkung satu persatu dan toskan.
·         Panaskan minyak, masukkan eno kedalam bancuhan tepung tadi, gaul rata.
·         Masukkan kangkung dan masukkan daun kangkung satu persatu dalam kuali, dan goreng hingga kekuningan.
·         Boleh diangkat dan di hidangkan.


jom try..senang jer


Tempe Goreng

Ain Fajar | 2:27 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Lagi dan lagi resepi simple..dulu saya tak suka makan tempe. Tak kira lah masak ape pun..pernah sekali arwah mak goreng tempe dengan rempah ratus...mmm mmg sedap..makan la pulak..lepas tu dah tak makan, so kalau suruh makan tempe kena masak mcm arwah mak.  Tapi saya pernah tanya dan tau pun mcm mn mak buat pernah buat juga, main agak2 je bahan dia tapi tak sama..baru2 ni, sejak keluar perasa maggie cukup rasa ni, saya mula nak makan lagi tempe goreng ni..hahaha senang je..
Potong 1 bungkus plastik  tempe tu nipis2, pas tu saya letak 1 sd teh cukup rasa maggie, letak air cikit dan 1 sudu tepung gandum, dan kalau nak pedas letak ½ sudu teh serbuk cili. Gaul2  sebati dan goreng garing.. dah macam makan kerepek tempe je..

Terpulangla nak makan mcm tu je ke atau nak makan dengan nasi pun boleh..
Oklah selamat mencuba!!!

Karipap Keledek

Ain Fajar | 12:53 AM | 0Comments |
 Assalamulaikum..

Kuih karipap kali ni kulinya adalah versi k.yatie..memang sedap dan rangup, dah lama nak try tapi belum ada kesempatan..dah cuba ni memang tak menghampakan, leh buat lagi lepas ni..intinya pula saya ikut versi mama-hawa-nani...sedap juga dan best..

Bahan Kulit karipap : yatiememores.blogspot.com.
250g tepung gandum
 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk letak semua myk panas pon bleh)
 2 sudu besar minyak masak - panaskan
 garam
 1/2 cwn air atau lebih sikit (tuang sikit2 sehingga jadi doh)

Bahan untuk inti : mama-hawa-nani.blogspot.com

2 biji / 300gm keledek - bleh juga dicampur dengan kentang
200g daging@ ayam cincang @ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
setangkai daun kari
daun sup - cadangan dr mamakastam.tq!
2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji@ potong dadu. (saya tak letak)
21/2 sudu besar kari ayam/daging
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
gula - jika perlu
air

caranya : )
  • ·   Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan direbus lembut.
  • ·         Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata.
  • ·          Kemudian masukkan ayam@daging, dan garam secukup rasa. Masak sehingga ayam@daging masak dan air kering.
  • ·         Masukkan keledek yang telah direbus tadi.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
  • ·         Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  • ·         Masukkan inti kentang dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. Inti ni boleh digunakan utk buat popiah atau semosa.
  • ·         Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)
  •  
  •  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...