Dec 25, 2011

Karipap Keledek

Ain Fajar | 12:53 AM | 0Comments |
 Assalamulaikum..

Kuih karipap kali ni kulinya adalah versi k.yatie..memang sedap dan rangup, dah lama nak try tapi belum ada kesempatan..dah cuba ni memang tak menghampakan, leh buat lagi lepas ni..intinya pula saya ikut versi mama-hawa-nani...sedap juga dan best..

Bahan Kulit karipap : yatiememores.blogspot.com.
250g tepung gandum
 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk letak semua myk panas pon bleh)
 2 sudu besar minyak masak - panaskan
 garam
 1/2 cwn air atau lebih sikit (tuang sikit2 sehingga jadi doh)

Bahan untuk inti : mama-hawa-nani.blogspot.com

2 biji / 300gm keledek - bleh juga dicampur dengan kentang
200g daging@ ayam cincang @ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
setangkai daun kari
daun sup - cadangan dr mamakastam.tq!
2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji@ potong dadu. (saya tak letak)
21/2 sudu besar kari ayam/daging
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
gula - jika perlu
air

caranya : )
  • ·   Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan direbus lembut.
  • ·         Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata.
  • ·          Kemudian masukkan ayam@daging, dan garam secukup rasa. Masak sehingga ayam@daging masak dan air kering.
  • ·         Masukkan keledek yang telah direbus tadi.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
  • ·         Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  • ·         Masukkan inti kentang dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. Inti ni boleh digunakan utk buat popiah atau semosa.
  • ·         Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)
  •  
  •  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...