Dec 25, 2011

Ayam blackpaper

Ain Fajar | 12:41 AM | 0Comments |

Assalamualaikum
Ayam lada hitam.

Bahan-bahannya : )
300gm ayam
1 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
1 sudu tepung jagung (bancuh  dengan ½ cawan air)
1 sudu teh lada hitam (tumbuk halus)
3 sudu minyak untuk menumis

Bahan menumis :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang.


Cara-caranya J
·         Buang kulit ayam dan potong kecil. ~ tak nak potong kecil pun boleh
·         Hiris bahan menumis dan tumis hingga naik bau.
·         Masukkan ayam hingga masak.
·         Masukkan bancuhan tepung, lada hitam, sos tiram, kicap dan garam
·         Masak hingga pekat.
·         Boleh masukkan masukkan daun sup, daun bawang, tomato dan cili merah jika suka.
·         Boleh dah di hidangkan dengan nasi putih..

Simple, mudah dan sedap...
Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...