Dec 25, 2011

Murtabak

Ain Fajar | 2:39 AM | 0Comments |
Assalamualaikum
Satu lagi kegemaran en.abg..bila time puasa tu hari2 bua mertabak pun tak jemu...sebelum ni saya buat guna kulit popia segera je, tapi kali ni saya buat sendiri..saje la nak uji bakat...menjadi juga walau pun saya tak pandai nak menebar macam orng yang jual kat pasar tu..ok jom la layan resepi..tq pada niezza coz sudi syer resepi mertabak ni...


Kulit murtabak
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)

Bahan untuk inti murtabak
300g mince meat
2 bawang besar-potong dadu
3 bawang putih-potong dadu
4 sb rempah kari
garam+gula secukup rasa
2 bawang-potong nipis2
6 biji telur-atau secukupnya
4 biji kentang dipotong dadu
1/2 inci halia
air asam jawa


Cara2 menyediakan kulit murtabak
  • ·         Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
  • ·         Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit.
  • ·         Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
  • ·         Bulat-bulatkan spt sebesar bola tenis....dan sapu sedikit marjerin ataupun minyak supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)

Cara2 menyediakan inti
  • ·         bawang kecil, bawang putih dan halia dikisar.
  • ·         kentang direbus. lenyekkan ia setelah empuk.
  • ·         Panaskan minyak dalam kuali.... setelah itu masukkan bahan yang telah dikisar. setelah kekuningan masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan sedikit air.
  • ·         tunggu sehingga rempah kari masak dan masukkan air asam jawa.
  • ·         masukkan daging dan kentang yang telah dilenyekkan tadi.
  • ·         masukkan garam secukup rasa. masakkan sehingga inti kering.
selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...