Jul 7, 2011

Tindik Telinga

Ain Fajar | 9:24 PM | 2Comments |
Assalamualaikum..
sape pulak yang tindik telinga ni? hahaha dah tentula 2 orang anak dara saya tu.saya dah lama tindik masa kecik2 dulu...saje nak masukkan n3 ni buat kenangan untuk dorg bila dah besar nnt. sebenarnya dah lama nak tindik telinga kakak, masa umur dia cukup 2tahun. kiranya hadiah beday la dari ibu dan ayahnya. tapi masa pergi ke kedai emas tu, baru je nak tanda kat telinga dia dah melalak sekuat hati, dah pujuk macam2 pun tak jalan juga..kakak tetap takut dan nangis. masa tu kakak suka sangat dengan bola kecik2 so ayahnya laburkan la sedikit duit beli bola kecik..walau macam mana pun tetap tak berkesan free2 je dapat bola. padahal kat rumah dah banyak bola..bermacam saiz dan bentuk..
ni telinga kakak yang terbaru. buat masa ni pakai dulu la subang ni..raya nnt baru bli subang cantik 
sejak akhir2 ni, bila dia tengok telinga orang ada subang cantik2, dia pun teringin..dia nak pakai tapi macam mn nak pakai telinga tak tindik lagi, so cakap dengan kakak, kakak kena tindik telinga dulu baru boleh dapat telinga cantik..dari hari ke sehari asik lupa je nak bawa kakak pegi tindik, tiap dia hari minta nak tindik telinga..so semalam tanggal 07/07/2011 telinga kakak dan adik pun ditindik dan bolehla pakai subang cantik...tak ambik gambar pun masa proses tindik telinga tu..mmg tak menyempat nak pegang hp atau kamera.
punyala happy nak pegi tindik telinga senyum memanjang..bila sampai kat kedai emas tu, kakak dengan rela hati duduk kat kerusi sambil senyum2...kami minta orang yang nak tindik tu supaya dia tembak serentak kanan dan kiri..kalau buat satu2 mesti sebelah je ditindik, udah jadi lanun la pulak..masa telinga kakak ditanda dengan pen kakak masih tersenyum dan masa kn spry pun dia senyum je..bila dah kena tembak terus je dia uuwwaaaaaaa sakit.. sakit..sakit tingeeee..yang si adik time tu gelakakan kakaknya nangis...kakak nangis tak berenti, pas tu ayahnya janji nak bawa dia makan KFC yang ada gambar atuk baru la kakak nangis sikit je...kena buat pelaburan lagi...
time adik pulak, dia mmg tak tau ape2 pun..dia tak tahu knp kakaknya nangis..masa tanda, adik diam je, masa kn spry pun dia diam..saya dah jagal (pegang) tangan adik siap2 takut dia melompat pulak..bila kena tembak je telinganya, adik terkejut juga dan terdiam, ingat tak nangis, lama2 dia pun nangis juga tapi sekejap je..adik mmg kuat sikit dari kakak..
ni la rupa kakak selepas pakai subang, dia tak berani nak pegang telinganya, takut sakit la tu..kakak kena tindik telinga seusia 3 tahun 3 bulan.
ini pulak si syafina, bila tanya mana telinga cantik? dia tunjuk telinga dia sambil gedik2..hehehe...adik kena tindik seusia 1 tahun 7bulan.barula nampak macam gegirl. kalau tak org panggil dia kamal junior..kawan2 en.abg panggil sarjen junior..siap ada yg kate photocopy direct ayahnya.
raya ni boleh la pakai subang cantik...kakak kecik2 lagi dah pandai minta belikan emas..nasib la ayah kena buat pelaburan awal, anak sulung pompuan..kalau lelaki takla kena buat pelaburan awal..hehaha

cheese tart..

Ain Fajar | 8:22 PM | 1Comments |
Assalamualaikum...
pertama kalinya saya buat cheese tart ni, sebelum ni saya pernah buat tart telur dan tart nenas..nak ikutkan saya nak post n3 ni semalam tapi c kakak n en.abg tak sihat pulak..tak tau knp muntah2 sepanjang hari..c kakak biasalah kalau dah tak sihat ibunya mmg tak leh nak bergerak..manja sangat mengalahkan adiknya..hari ni saya pulak dilanda demam, tapi kuatkan juga untuk jaga anak2..
 inilah hasil cheese tart yang saya dapat buat..macam tak berapa cantik je..tapi sedap juga..permurkaannya jadi merekah cikit sebab saya letak jem strawberry yang berketul2...tak pa la kan nnt leh try lagi..
saya guna resepi arwah mak saya masa dia belajar dulu..tapi yang bahagian biskutnya, yang resepi untuk cheese saya guna resepi cheese cake..pastu saya ada la ubah ckit..nasib menjadi..hahaha..kalau tak jadi ruginya cream cheese mahal2..
Bahan doh tart :
125 gm tepung gandum
50 gm mentega
75 gm gulaaising
1/2 biji telur
1/2 sudu esen vanila.

cara-caranya:
  • gaulkan semua bahan hingga menjadi doh yang lebut.
  • simpan dalam peti ais dalam 10minit
  • ambil sedikit dan tekan2 ke dalam acuan tart.
  • bakar selama 10minit pada suhu 160c..ni ikut pada oven masing2.@ sampai kekuningan

Bahan untuk toping cheese:)
125 gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur
50ml air susu segar
1 sudu tepung jagung.

Cara-caranya :
  • pukul crem cheese dan gula hingga kembang
  • masukkan telur dan pukul hingga sebati
  • masukkan susu segar dan tepung jagung gaul sebati
  • masukkan cheese ke dalam tart tadi.
  • bakar selama 10 minit pada suhu 160c..ikut pada suhu masing2.
  • apabila sudah masak buka pintu oven sedikit dan biar hingga sejuk.
selamat mencuba.!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...