Jul 7, 2011

cheese tart..

Ain Fajar | 8:22 PM | 1Comments |
Assalamualaikum...
pertama kalinya saya buat cheese tart ni, sebelum ni saya pernah buat tart telur dan tart nenas..nak ikutkan saya nak post n3 ni semalam tapi c kakak n en.abg tak sihat pulak..tak tau knp muntah2 sepanjang hari..c kakak biasalah kalau dah tak sihat ibunya mmg tak leh nak bergerak..manja sangat mengalahkan adiknya..hari ni saya pulak dilanda demam, tapi kuatkan juga untuk jaga anak2..
 inilah hasil cheese tart yang saya dapat buat..macam tak berapa cantik je..tapi sedap juga..permurkaannya jadi merekah cikit sebab saya letak jem strawberry yang berketul2...tak pa la kan nnt leh try lagi..
saya guna resepi arwah mak saya masa dia belajar dulu..tapi yang bahagian biskutnya, yang resepi untuk cheese saya guna resepi cheese cake..pastu saya ada la ubah ckit..nasib menjadi..hahaha..kalau tak jadi ruginya cream cheese mahal2..
Bahan doh tart :
125 gm tepung gandum
50 gm mentega
75 gm gulaaising
1/2 biji telur
1/2 sudu esen vanila.

cara-caranya:
  • gaulkan semua bahan hingga menjadi doh yang lebut.
  • simpan dalam peti ais dalam 10minit
  • ambil sedikit dan tekan2 ke dalam acuan tart.
  • bakar selama 10minit pada suhu 160c..ni ikut pada oven masing2.@ sampai kekuningan

Bahan untuk toping cheese:)
125 gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur
50ml air susu segar
1 sudu tepung jagung.

Cara-caranya :
  • pukul crem cheese dan gula hingga kembang
  • masukkan telur dan pukul hingga sebati
  • masukkan susu segar dan tepung jagung gaul sebati
  • masukkan cheese ke dalam tart tadi.
  • bakar selama 10 minit pada suhu 160c..ikut pada suhu masing2.
  • apabila sudah masak buka pintu oven sedikit dan biar hingga sejuk.
selamat mencuba.!!!!

1 comment:

  1. aku suke makan mende ni.. tapi nak buat malas.. nnt nak mintak resipi ko ni ye.. datang rajin aku kang aku try buat.. hehhee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...