Jan 12, 2013

kuih lompang

Ain Fajar | 3:49 AM | 2Comments |
assalamualaikum..

singgah di dapur alam maya nak sapu sawang yang bergayut2 ni...hadoi rindunya nak mengupdate..dah lama sangat rasenye tak update resepi baru yang saya cuba..bukan tak nak up date tapi lapy saya adik saya pinjam bawa ke UNIKL..saya guna lapy zaman jepun tapi memang elok la, tapi bila lapy saya dah ke UNIKL Johor, tetibe lapy tu rosak plak..tak sempat la nak anta servis..mohon maaf ye, tak berubah n3 saya.. 

 ok2 saya curi sedikit masa untuk saya kongsikan resepi yang sangat mudah dan 1ts try terus je jadi..saya pinjam lapy en.abg yang boleh jumpa seminggu sekali nie je...ok, pada tajuk kat atas saya nak kongsi resepi kuih lompang yang saya buat khamis yang lalu..happy sangat2 bila buat tu terus menjadi dengan jayanya... 

memang puas hati, tak sia2 saya mencubanya..saya nak ucap terima kasih kat izah daud kerana syer resepi yang mudah ni, sedang elok je kejadiannya, bahagian bawahnya keras sikit sesuaila di jadikan tapak kuih nie, bahagian atasnya goyang inul lagi bila kita angkat pinggannya..dan yang penting sekali tak jadi kuih lompang la kalau kuih ni tak berlubang di atasnya..

ha macam ni la kuih lompang sebelum kita letak kelapa parut..kat tempat lompang tu kita letak kelapa parut..
zoom sikit..kiki

ok, jom saya panjangkan resepi yang saya gunakan untuk membuat kuih lompang nie dari dapur izah daud..

KUIH LOMPANG

BAHAN-BAHANNYA;

bahan A:
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air.

bahan B;
1 1/2 cawan tepung beras
2 sdb tepung ubi
1sb air kapur

caranya:

larutkan kedua2 gula atas api dan sejukkan.
campurkan bahan B
satukan kedua bahan2 kemudian tapis.
panaskan air kukusan dan kukus dahulu acuan kuih lompang dan tuang adunan penuh.
kukus selama 20 minit.
siap..
keluarkan dari acuan dan letak kelapa parut yang di gaul dengan garam.

selamat mencuba!

saya buat jualan harian, alhamdulillah habis licin...so sesiapa nak cuba jangan ragu2..insya allah menjadi.
sebab saya sendiri tak pernah buat kih lompang nie, sebab tak berapa suka makan, tapi sekarang dah suke dah makan dengan resepi yang nie, tq izah daud semoga allah urahkan rezki akak..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...