May 9, 2011

Selamat Hari Ibu

Ain Fajar | 9:01 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat hari ibu untuk semua ibu, mama,mami,umi,bonda dan mak kat malaysia ni..semoga kalian semua semakin tabah dan sabar mendidik ank2 yg kian membesar dengan harapan mereka menjadi insan cemerlang dunia akhirat.amiiinnn..semoga saya juga di beri kekuatan dan tahap kesabaran yg tinggi mendidik syuhada dan syafina dengan sebaik dan sesempurna  yg mungkin aminnn..
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat hari ibu buat ibu mertuaku..kerana dialah en.abg besar dan menjadi insan yg mampu menggantikan kedua ibu bapa saya untuk menjaga saya dan memberi ank2 untuk doakan saya di dunia dan akhirat kelak.
Tidak ketinggalan juga untuk arwah ibu ku..semoga dia ti tempatkan di kalangan org yg beriman. Semoga pintu syurga luas terbuka untuknya..bagi saya dialah ibu yg terbaik dan sempurna untuk saya..mmm rinduuuunyaaaaa kat arwah mak..
ok lah tak nak citer panjang nnt teroyak pulak kat cini habis syot2 ladtop en.abg..hehehe..

terimalah apam polkadot hari ibu untuk semua.
SELAMAT HARI IBU

Ikan Masak Lemak cili Api

Ain Fajar | 7:17 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.

 Kali pertama saya buat  ikan merah masak lemak cili api, mmg uummmh!!sedap sangat..puas toi makan dengan lauk ni..terima kasih kat Chef Hanieliza coz resepi yg sedap ni..seeeedaaaappp!sesiape yg cuba mesti tak menyesal..
Ok jom kita lihat bahan2 yg saya guna..

sumber :) chef hanieliza
Bahan-bahan :)
1 ekor ikan merah (dlm 300gm)
1 inci lengkuas *
3 biji bawang merah*
1 biji bawang putih*
15 biji cili padi*
1 kotak santan pekat kara (250ml)
1 1/2 sk garam
1 keping asam keping
1/2 inci kunyit hidup ( saya guna 1/2 sk yg serbuk je)

Cara-caranya: )
  • siang ikan dan belah 2 atau 4 bhg. basuh dengan air asam jawa atau limau nipis dan toskan.
  • blend bahan2 yg bertanda *.
  • tumis bahan yg telah d blend hingga naik minyak.
  • masukkan ikan, garam, asam keping dan serbuk kunyit. tutup periuk hingga ikan masak.
  • masukkan santan kacau rata hingga berbuih di tepi periuk. 
  • tutup api dan sedia untuk di hidangkan.
berbaloi-baloi!!!
selamat mencuba!!!
masaukkan

Jagung Mayonis

Ain Fajar | 6:43 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.

Simple je nak buat jagung mayonis..kat mn2 kita pegi dah banyak org jual jagung manis ni, mcm2 bahan dorg letak untuk hasilkan jagung yg sedap dan lain dari yg lain..saya mmg suka mkn jagung manis ni..biasa saya jumpa kat areak perak lah kan dorg Cuma letak planta dan garam sahaja selepas di kukus, di sabah pulak saya jumpa dorg letak mayonis, mmmmm mmg saya jatuh hati setiap kali nampak mesti saya beli walau harganya sedikit mahal..di terengganu pulak dorg letak gula, planta dan susu cair, mmm soooo sweat tak boleh nak makan..di sebabkan itu saya pun buat sendiri yg di campur mayonis..senang sangat..
Bahan-bahannya :)
1 Cawan jagung manis
1 sb planta
1sk garam
5 sudu mayonis salad
2 sudu kismis
Caranya :)
  • kukus jagung manis 15 minit.
  • gaulkan dengan semua bahan. 
  • siap!!! senang sangat2..
Selamat mencuba!!!

Sotong Bakar

Ain Fajar | 6:22 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Menu semalam, tak sempat nak up date semalam coz line ternet slow jer..so dah satle..untuk sekadar rujukan boleh la kan..resepi ni saya rujuk dr koleksi buku chef Hanieliza mmg sedap dan senang untuk membuatnya..sesiapa pun boleh buat..kalau br nak belajar masak pun boleh comform menjadi lah!!

Ok jom kilta tengok resepinya..

Sumber : Chef Hanieliza.
Bahan-bahan : )

300 grm sotong sederhana besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
3 batang serai
15 tangkai cili kering
1 biji limau kasturi
Gula dan garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis

Cara-caranya : )
  • Cuci sotong bersih dan potong 2 bhg.
  • Blend cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.
  • Tumis bahan2 yg telah dia blend hingga naik minyak, perasakan dengan garam dangula.
  • Bungkus dengan aluminium foil sotong bersama sambal yg di tumis serta serai yg telah di ketuk, dan perahan air limau
  • Letak bungkusan dalam kuali dan tutup dengan penutup periuk. Masak selama 30 minit.
Siappp!!! sedia untuk di hidangkan bersama
Selamat mencuba !!
 selamat menjamu mata yerrrr!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...