May 9, 2011

Ikan Masak Lemak cili Api

Ain Fajar | 7:17 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.

 Kali pertama saya buat  ikan merah masak lemak cili api, mmg uummmh!!sedap sangat..puas toi makan dengan lauk ni..terima kasih kat Chef Hanieliza coz resepi yg sedap ni..seeeedaaaappp!sesiape yg cuba mesti tak menyesal..
Ok jom kita lihat bahan2 yg saya guna..

sumber :) chef hanieliza
Bahan-bahan :)
1 ekor ikan merah (dlm 300gm)
1 inci lengkuas *
3 biji bawang merah*
1 biji bawang putih*
15 biji cili padi*
1 kotak santan pekat kara (250ml)
1 1/2 sk garam
1 keping asam keping
1/2 inci kunyit hidup ( saya guna 1/2 sk yg serbuk je)

Cara-caranya: )
  • siang ikan dan belah 2 atau 4 bhg. basuh dengan air asam jawa atau limau nipis dan toskan.
  • blend bahan2 yg bertanda *.
  • tumis bahan yg telah d blend hingga naik minyak.
  • masukkan ikan, garam, asam keping dan serbuk kunyit. tutup periuk hingga ikan masak.
  • masukkan santan kacau rata hingga berbuih di tepi periuk. 
  • tutup api dan sedia untuk di hidangkan.
berbaloi-baloi!!!
selamat mencuba!!!
masaukkan

1 comment:

  1. hmnm... dh cuba... ermmm... cuma sy hairan, dlm resepi tu tlupa tulis ke masukkan air...? ke mmg xyh letak air..? maklumla sy ni xpndai memasak baru je cuba2... tp msa sy masak tu sy tmbh la jgk air... =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...