Apr 19, 2012

Ikan bakar

Ain Fajar | 9:51 PM | 4Comments |
Assalamualaikum..

selamat tengah hari..menu ape makan tengah hari nie? hari nie saya buat ikan bakar yang di bakar atas kuali leper je..tak de arang2, lagipun tak pandai lah nak hidupkan bara api..walau macam mana pun tetap sedap walau di masak atas dapur gas..sebab saya lapik dengan daun pisang. Aroma daun pisang di campur dengan kuah sambal yang berempah sememangnya terangkat..sambal ikan bakar nie sedap tau, resepi asal dari arwah mak saya..mak pula minta dari kawannya yang berniaga ikan bakar..memang beratur orang nak beli, setiap malam mesti ramai..memang sedap pun..tapi sekarang dah tak ade, nasib la saya sempat  save kat dalam kotak fikiran nie..dapatla merasa kelainan sambal ikan bakar yang beraroma dan berempah..dan yang satu lagi dapat juga saya syer dengan pembaca semua..dan tak lupa untuk generasi akan datang..

merah menyala sambal ikan tu..oklah nak cepat makan, dah lapo hehehe..lagi pun petang nie nak pegi klang nak amik ibu dan ayah mertua ku...seminggu nie sibukla cikit..so tak boleh lan on9 lame2..tak kan ade oarang betandang kita nak ngadap lapy lalme2 kan..ok lah layan la gambar dan resepi nie...

Ikan Bakar

Bahan-bahannya :)

7 ekor Ikan (ikan ape2 pun boleh yer)
20 tangkai cili kering
5 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci lengkuas
2 inci halia
1 sb biji ketumbar
1 sb jintan manis
1sb jintan putih
2 sb gula merah/melaka
5 sb gula pasir
2 sk garam

cara-caranya:
  • masukkan semua bahan2 dalam blender..blend hingga lumat
  • masukkan dalam periuk dan masak hingga mendidih
  • masukkan 1/2 cawan air masak hingga kuah pekat.

  • letak daun pisang atas kuali dan laserkan dengan planta atau minyak.
  • letakan sambal ikan, letak ikan atas sambal..kemudian siram sambal atas ikan. 
  • tutup dengan tudung periuk. dan guna api yang perlahan sekali.
  • balik2 kan ikan masak hingga ikan masak dan agak kegaringan..boleh siram kuah sambal lagi atas ikan supaya ikan tak kering..
ok sedia dihidangkan..sedap makan dengan nasi putih dan cicah dengan kuah asam. resepi disini
haaa boleh la cuba lepas nie, tak yah g beratur kat kedai masak sendiri puas hati lebih jimat..lagi pun tak amik masa yang lama pun nak sediakan ikan bakar yang macam nie..
sambal ikan boleh disimpan
kalau nak tukar ikan dengan ayam pun boleh dan seafood pun laaaagiii boleh.

selamat mencuba!! dan selamat menjamu selera dengan masakan masing2 ok :)

Sambal Asam

Ain Fajar | 9:47 PM | 1Comments |
assalamualaikum..
n3 kali nie nak pos sambal asam yang saya cicahkan dengan ikan bakar...kalau buat ikan bakar mesti buat sambal asam nie..selain menambah selera dan kepedasan, ianya juga disatukan atas tujuan untuk hilangkan bau hanyir ikan...ye la kan ikan yang dibakar kurang garing, disebabkan itu masih tetinggal sedikit bau hanyir...ikut jenis ikan juga..biasa saya masak ikan kembung dan pari..kalau ikan yang besar2 tu jarang la buat..kalau buat bila makan dengan famly yang besar kat kampung memang sesuai untuk BBQ..

sambal asam yang simple tapi tetap mantooop...
ok jom tengok resepi.

Bahan-bahannya :)
2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1 cawan air
3 sudu asam jawa
3 inci belacan
10 biji cili padi
2sb gula pasir

cara-caranya:)
hiris nipis bawang besar dan tomato. ketepikan.
masukkan bahan lain dalam blender kisar hingga lumat
campurkan semua bahan 
dah siap..

ada juga kuah sambal asam nie diletak kerisik..hhhmmm saya belum cuba lagi..next time saya akan cuba buat 
oklah selamat menjamu selera dengan ikan bakar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...