Sep 24, 2012

Tiramisu

Ain Fajar | 11:49 PM | 3Comments |
Assalamualaikum.
semalam, saje la kan bila tengok lebihan cream cheese masa buat toping kek baldu merah tu..dari pada tak buat ape dan menunggu ianya rosak saya terfikir nak buat tiramisu..kebetulan biskut jejari yang khas untuk buat tiramisu dah lama saya beli..kaum kerabat en.semut dah M dah biskut tiramisu saya tu..dah ronda2 kat luar plastik tunggu nak serang je..sebenarnya saya belum pernah buat lagi tiramisu ni, makan ape tah lagi..memang belum pernah rase lagi..ramai yang mengatakan tiramisu nie sedap, jadi teringin la nak buat dan rase..bagi peminat cheese memang ianya sedap....yang tak suke tu makan tu boleh la..mungkin sesekali..

hehehe saya buat sikit je, saje nak rase..dapatla 3 cup..biskut tiramisu yang saya beli pun tak banyak..memang cukup-cukup je..ok la kan dari xde langsung..lagi pun bukan ramai pun rakyat kat rumah nie, si kakak mesti tak nak makan..harap adik saya dan c fina je..kalau en.abg ade dia suka juga..dorang2 ni orang yang minum susu tepung..saya dan si kakak tak minum susu tu yang tak bape nak makan cheese2 ni..

comel la bila letak kat cup macam nie,kalau nak buat desert makan beradap pengantin pun boleh..kalau letak dalam jar pun ok, boleh buat hantaran..memang cantik, comel dan sedap..
 Resepi ni saya amik dari dapur kkzu..saya tak dapat nak link kan terus ke dapur beliau, sebab line ternet saya slow, tak boleh buka lebih dari satu..kebanyakkan n3, tak dapat saya nak link kan..harap maaf dan saya minta izin kepada semua tuan blog yang saya ambil resepinya, minta di halalkan..izinkan saya panjangkan resepinya di sini..terima kasih banyak2...

ok jom tengok resepi, senang je sape pun boleh buat..sebab ianya tak perlu bakar atau kukus..masak dalam petia ais je dah siap..sama macam kita buat cheese cake yang tak bakar tu..

Tiramisu
sumber : dapur kzu.semanis gula semasin garam

Bahan-bahannya:
24 keping biskut tiramisu
240gm cream cheese
150 ml yogurt
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air
1sk serbuk nescaffe 
serbuk koko/milo

150 ml air
1 sb serbuk jaletin.

cara-caranya: 
  • larutkan serbuk jaletin dalam air secara double boil.
  • Pukul cream cheese dgn gula hingga kembang.masukkan yougurt gaul sebati.masukkan larutan serbuk jaletin.
  • bancuh air dengan serbuk nescaffe. celupkan kan biskut dalam air nescaffe dan susun dalam bekas, lapis dengan aduanan cheese, ulangi proses melapis selang seli hingga habis..
  • boleh juga lapiskan dengan filling strawberry jika suka..ianya akan mengurang rase muak cream cheese..
  • simpan dalam peti ais selama 3 jam.
  • sedia di hidangkan dan nikmatila tiramisu yang sedap dan mudah di sediakan.
  •   

Tom Yam santan

Ain Fajar | 11:18 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Menu tengah hari saya hari ni, special sikit..1st masak dan makan masakan ala-ala Thai..masa saya jeguk dapur kak Ita 2 hari yang lepas, bila saya tengok tajuk n3 K.Ita Tom yam yang bersantan, terus berenti dan tengok bahan-bahannya...hhhmmm lain dari biasa ni..terus niat di hati untuk mencubanya..bahan-bahan yang di gunakan pun tak la susah mana, mudah di dapati..dari cerita yang K.Ita sampaikan, Tom Yam santan nie sedap, segar dan pasti peminat makanan Thai sangat suka kannya..bila hirup kuahnya yang lemak, masam dan pedas tu tak terkate nikmatnya...huh!! memang terliur bila tengok gambar Tom Yam K.Ita...


Bak kate k.Ita bagi peminat Tom Yam pasti suka kan masakan ni..saya salah seorang peminat tom yam tu yang tak sabar untuk mencubanya...yang berbezanya lagi tentang Tom Yum santan ni adalah, kita tidak mengunakan makanan see food seperti biasa, malah kita menggunakan ikan dan kita nikmatinya dengan dengan nasi putih...ternyata sememangnya rasanya sangat sedap..dan tak rugi mencubanya, sanggup saya beli ikan besar dan mahal semata-mata nak masak Tom Yum santan nie..memang terbayang2 la..mesti kena buat lagi nie..jadi, korang2 yang tak tau nakmasak ape kan, ape kate cube resepi nie..lain dari biasa..

saya buat separuh dari resepi..ikan pun separuh je..ye la makan berdua je kan.lagi pun percubaan..lepas nie masak ikan sekor....nak makan puas2..kat kedai rasenye belum ade lagi menu nie..jom la kita tengok resepinya.nanti boleh cuba masak ok.

Tom Yum Santan
sumber : K.azlita masam manis.

Bahan-bahannya:
seekor ikan siakap
2 batang serai
2 inci lengkuas
5 helai daun limau purut
6 biji cili padi

1 paket rencah tom yam
1 biji kiub tom yam
1 biji kiub ikan bilis
2 sb stok ikan
2 biji buah tomato
200ml santan
1 sb gula
garam secukupnya.
daun ketubar

Bahan yang saya tambah.
sayuran seperti :
lobak merah
cendawan
kubis bunga
buah limau kasturi.

cara-caranya:


  • basuh ikan dan ketepikan.
  • rebus serai, lengkuas, halia, hingga mengelegak.
  • masukkan cili padi, daun limau purut..tunggu kuah mendidih.
  • masukkan rencah tom yam, kiub ikan bilis, kiub tom yam, lobak merah dan kubis bunga.
  • apabila kuah dah mendidih boleh masukkan buah tomato, ikan dan santan..
  • tunggu sampai ikan masak..hidangkan dan tabur daun ketumbar
  • siap dan hidangkan bersama dengan nasi putih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...