Jan 31, 2012

Biskut Lupy / oyster cookies

Ain Fajar | 11:37 PM | 0Comments |
Assalamualaikum
salam sejahtera...bukan musim raya tapi saya buat biskut pulak...bukan ape, c kakak ni sibuk sangat suruh ibunya buat biskut, nak sama mcm carton dia buat..hari2 mengadap astro junior tengok carton Pororo..watak Lupy dalam cerita tu selalu buat biskut yang sangat sedap untuk kawan2nya. setiap ape yg ada kat tv tu semuanya nak..kalau minta buat kek, kuih n biskut boleh la...layan kan la juga lagi pun makan tak kisah la...kalau dia minta nak naik pelangi atau nak main orang salji tak ke haru..mn la dapatkan semua tu..budak2 ni pengaruh tv mmg kuat..bahaya juga..lepas ni kena potongla siaran carton ni..
 inilah rupa paras biskut tu, saya buat bentuknya lebih kurang la mcm watak karton Lupy tu buat..tapi biskut Lupy tak ada filling strawberry di tengah2 tu, saya pandai2 je letak bagi cantik cikit..mula2 c kakak cakap "tak sama la, biskut Lupy tak ada starwberry..tak nak makan"..urm saya bio je dia, bila saya tak nampak dia makan juga, myb tertarik bila tengok ada merah2 kat tengah biskut tu..lagi pun dia suka strawberry...pas tu beru tersengih2 cakap " sedap la ibu, biskut ibu buat ni ada strawberry, tak pe la tak sama pun kan bu "..ha tu la..belum rasa dah nangis dan mogok tak nak makan...urm ada aku kesah, tak nak makan tak pe, c fina ada, ape pun dia mst makan..
saya guna resepi biskut dahlia dari a.mad gebu, tapi ramai juga blog buat biskut lbh kurang mcm ni juga bentuknya meletakkan nama oyster cookies..i follow lah, lagi pula bahannya sama je...sebabnyer c kakak suka makan biskut tu masa saya buat time puasa hari tu, tapi stok mentega csc tak plak, so guna buttercup biasa je..rasa kurang lemak..klu nak sedap buat biskut kena guna mentega berkualiti yang mahal tuu..baru jadi keenakkannya..
ok, klu ada sesiape nak try biskut ni jomla tengok resepinya..

bahan-bahannya :)
150 gm mentega
100 gm gula aising
1 biji telur
1 camca esen vanila
120 gm tepung gandum
50gm tepung jagung
80gm tepung kastad.

cara-caranya :)
  • pukul mentega dan gula hingga berkrim
  • masukkan telur dan esen vanila gaul rata.
  • masukkan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit.
  • kaum balik hingga adunan rata.
  • masukkan adunan dalam piping bag.
  • buatla bentuk ape yang anda suka
  • bakar pada suhu 160c selama 20 minit hingga masak.
dah nak selesai dah pun di hadamnya c kakak.. :)

selamat mencuba !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...