Feb 23, 2011

karipap Pusiang sardin

Ain Fajar | 4:43 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
n3 yg ni, saya buat semalam dan makan untuk sarapan pagi ...saje bosan tak buat ape buatla karipap pusing..bukan ape time boring2 ni, rajin sikitla buat karipap pusing, coz nak buatnya makan masa sikit..saya mmg suka makan karipap pusing ni..dah lama teringin nak belajar, akhirnya saya mahir juga membuatnya...hahaha mahir tak mahir la, kira bolehla kan...


dah banyak kali dah buat, saya dah syer kat n3 sebelum ni, tapi intinya berbeza lah..k jom kita tengok resepinya..resepi ni saya belajar masa ngandungkan kakak..arwah my mom yg suruh saya pegi kelas gantikan dia..masa tu dia dah tak sihat..bila buat kuih ni mmg syahdu teringatkan dia..

Bahan-bahannya : )
Bahan kulit karipap.
bahan A
120 gm tepung gandum
20 gm mentega 
1 sb gula
60 ml air sejuk

bahan B
90gm tepung gandum
1 sb minyak jagung
50gm shortening.

Cara-caranya : )
  • satukan semua bahan A.
  • uli bahan hingga menjadi doh yang lembut.
p/s : janagn uli doh dengan cara meramas tapi dengan hanya menggunakan hujung jari untuk mengelak doh menjadi liat.
  • satukan juga bahan2 B, hingga menjadi satu doh yang lembut.
  • gunakan hujung jari untuk menguli doh.
Bahan-bahan inti.
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
gula
garam
2 biji kentang

Cara-caranya : )
  • kupas kentang dan potong dadu. kemudian rebus hingga empuk, ketepikan.
  • kisar bawang besar, halia, serai, dan bawang putih. 
  • tumis bahan kisar hingga naik bau..masukkan sardin sambil hancur2kan isi ikan.
  • masukkan gula dan garam ikut citarasa sendiri.
  • masukkan kentang yang telah di rebus tadi. tunggu hingga inti kering.
  • sedia untuk membuat karipap..
ok gamab2 kat bawah adalah kaedah yg saya gunakan untuk melapis kulit karipap pusing ni..kaedah ni saya belajar dari kakak saudara saya (kak milah). kak milah ni mmg pandai buat kuih muih. sekarang ni dia seorang pengusaha biskut raya..sambil bekerja sebagai guru tadika..dia mmg seorang yang sangat kuat semangat.saya mmg puji sikap peribadinya..terima kasih banyk2 ilmu yg sudi dikongsi bersama. Dia ajar saya dengan membuat demo 2 kali kat umah dia, pastu saya latih sendiri..tak susah pun 2 3 kali try dah pandai. so kalau korang try mesti menjadi, yg penting usaha..


ok, bila da siap kedua-dua doh, bulatkan sebesar duit 50sen, mcm kat gmbr sebelah ni yer..yg putih lebih kecil dari yg kuning





kemudian, masukkan doh yg putih kedalam doh yg kuning..leperkan guna tangan je, pastikan yg tengah tebal dan sekelilingnye nipis sedikit.



jadi lah seperti ini.bulatan yg besar.






kemudian, gelek nipis seperti yg tertera di gambar.







kemudian potong guna pisau separuh bulatan.





pastu gulung mcm yg kat dalam gambar tu. jari tangan kiri gulung jari tangan kanan  tekan bahagian tengah supaya ianya gulung ikut bulatan.










so, jadilah mcm ni..mcm ulat gendon (ulat daun) kan? hihihi







kemudian gelek lagi mcm yg kat gambar tu.






pastu gulung..





pastu potong 2. jadilah mcm yg kat gambar tu. kiranya 1 biji leh hasilkan 2 biji karipap.





pastu gelek. pastikan yg bhg dalam diatas mcm yg saya letak di sebelah yg leper tu.






kemudian leh letak inti dan klim karipap mcm biasa. boleh juga kalau nak guna acuan karipap.





ok dah siap!!!

dah boleh goreng..boleh juga disimpan buat mcm kuih frozen.





kalau nak goreng karipap ni gunalah api yg slow supaya kulitnya masak sebati, dan warnanya cantik..kalau makan time suam-suam kuku mcm mkn pastry gitu...lembut tapi rangup..mmm mcm mn tu yer...hihihi naka tau kena try dulu...faham tak kaedahnya tu..kalau tak faham leh tanye k...
ok lah selamat mencuba yerrrr....

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...