Mar 5, 2014

fountain chocolate / candy buffet

Ain Fajar | 11:33 PM | 0Comments |
Assalamualaikum

Kini sangat popular di kalangan masyarakat kita menmbuat candy buffet bagi meraikan sesuatu majlis..tak kira majlis hari lahir ke, akikah ke, pertuangan ke, perkahwinan ke, majlis perpisahan dan majlis2 rasmi..setahu saya candy buffet nie biasa orang barat yang biasa buat candy buffet nie sebagai hidangan disert..orang2 barat kbanyakkannya memang buat jamuan dengan hanya makan disert je..tak lah macam di negara kita mesti ada makanan yang berat..namun candy buffet tetap mendapat sambutan yang hangat di kalangan kita sebagai disert selepas makan makanan yang berat.


saya sendiri tak nak lepaskan peluang membuat candy buffet nie di hari majlis perkahwinan adik ipar saya yang berlansung pada 16/2/14 yang lalu..ketika majlis kenduri nie saya baru melairkan Aisyah Sumaiyyah 7hari. saya menggunakan perkhidmatan kawan sekolah saya untuk menyediakan segala persediaan candy buffet..sememangnye kawan saya memang menyediakan perkhidmatan candy buffet untuk ape2 pun majlis..disert yang di perlukan dalam pakej kawan saya memang oder dengan saya..jadi untuk majlis adik saya nie semua disert saya buat sebelum saya bersalin.


zoom sikit apa disert yang sempat saya buat.


limpahan coklat yang sangat menyelerakan semua tetamu terutama kanak-kanak
cup cake chocolate moist.

carrot cup cake dengan cream cheese frosting

red velvet cup cake dengan cream cheese frosting



apam polkadot yang sangat comel
serta lolicoklat


cheese tart menajdi pilihan juga sebagai disert candy buffet


chocolate pralin juga, turut terhidang.
candy buffet yang penuh dengan limpahan dan rasa coklat.

menarikkan, selain tu yang menjadi disert wajib buah-buahan masam seperti anggur hijau, epal hijau dan strawberry. serta mashmallo


jom tengok hasil perkhidmatan candy buffet yang kawan saya sediakan.



selepas nie, bila ada candy buffey yang kawan saya sediakan saya akan update di sini..saje promot bisnes kawan-kawan, saya tak dapat ape pun..bagi saya ianya sangat menarik untuk dikongsi bersama. kawan saya menerima tempahan candy buffet di mana sahaja anda berada terutama kawasan negeri perak. bagi yang berminat untuk menempah candy buffet nie bolehlah hubungi kawan saya 

019-6283220 nisa nazri






Mar 4, 2014

Kek mable/ pelangi

Ain Fajar | 6:00 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Lama sangat-sangat tak bersiaran dengan resepi..kali nie saya nak syer resepi kek belang resepi di zaman dulu-dulu..kek nie megimbau kenangan 20 tahun yang lalu..yang mana kek ini terhidang di bulan syawal sewaktu saya berumur lingkungan 10 tahun..era tahun 90-an..nak jumpa kek nie time raye je..arwah mak mesti buat kek belang dan kek buah..rindunya nak makan kek arwah mak..tapi apakan daya..lama sangat saya cari resepi kek ni..orang dulu2 nie buat kek atau kuih resepi semua save dalam kepala mana nak tulis2 dalam buku ke ape, kalau ade tulis pun kertasnye dah pun kuning dan berlubang..alhamdulillah akhirnya say jumpa juga resepi kek kegemaran saya nie.

saya buat kek nie pun sebenarnya disebabkan ade oarang minta saya buatkan kek pelangi versi dulu-dulu..tak nak kek yang jenis sekarang nie, lembut dan ringan..tak puas makan katanya..kalau kek dulu2 sedikit padat tetapi tetap lembut dan lembab..cubaan pertama saya buat kek nie, ianya menjadi tetapi makan masa yang lama untuk masa di dalamnya, bahagian luarnya dah pun hangit..saya fikir mungkin kek nie tak sesuai menggunakan oven yang apinya dekat..saya guna oven kecil..bila kali kedua saya mecubanya dengan menggunakan oven yang besar dan kedudukan kek di bakar jauh dengan api, alhamdulillah keadaan kek cantik je. 


ok jom skodeng resepi, saya mohon syer di sini..lepas nie kalau kalau nak buat kek pelangi memang saya akan guna resepi nie..costemer yang oder kek nie, esoknya datang lagi dan repet oder..dan sesiapa yang nak kek belang semstinya saya akan guna resepi nie..saya sendiri suka makan kek yang sebegini berbanding kek2 moden..time raye dah masuk dalam senarai..mesti buat.

KEK BELANG / PELANGI
SUMBER : ait tangan cik siti (maaf xleh nak link)

BAHAN-BAHANNYA

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3/4 cawan gula kastor
1/4 susu pekat (sy tambah)
4 biji telur
1 cawan marjerin
sedikit esen vanila
sedikit pewarna yang di ingini.

CARA-CARANYA:

ayak bahan kering.
pukul marjerin dan gula hingga gebu
masukkan telur satu persatu
masukkan susu pekat 
dan masukkan bahan kering, gaul rata
bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan
masukkan adunan berselang seli ke dalam loyang yang telah di laser minyak dan tepung hingga adunan habis
bakar kek pada suhu 180c selama 1jam atau hingga kek masak.

senang sangat nak buat kek nie.
selamat mencuba!


Mar 1, 2014

kelas intensive cake

Ain Fajar | 6:27 PM | 0Comments |
Assalamualaikum

Masih teruja nak syer kelas yang saya ikuti..memang teringin nak upgread skill dalam mendeco kek..walaupn saya boleh tiru dari mana-mana blog da utibe tapi iaya tetap tak sama bila kita ikuti kelas..banyak ilmu yang berbeza akan kita dapat..kali nie saya ikuti personal class loveliana..ramai bakers yang menuntut ilmu dari  K.Liana..k.liana bagi saya seorang yang banyak ilmu dari pengalaman beliau mengambil oder dan pembelajaran yang beliau tuntut dari oversea.

Dalam kelas tu saya belajar pelbagai jenis deco dari steambuttercream dan foundant.
jom tengok ape yang saya belajar

doca cake art, deco dengan menggunakan piping jelly dan butterceam.

history deco cake, dari piping jelly dan steambutercream serta bunga fondant


deco cake daripada full coklat ganesh 


deco cake daripada full fondant dan air brush


barbee cake dari fondant, juga boleh dihias dengan menggunakan steambutercream dan butercream.


wedding cake daripada steambutercream dan bunga dari buttercream.


basket flowers cake., kek yang di cover dengan penutup bakul


kek ni, hasil yang saya buat oder dari seorang kawan yang nak buat hantaran, beliau tak nak bakul yang ade penutup tetapi nak bunga penuh dalam bakul..kiranya ini hasil yang saya belajar dari k.liana. ramai yang memberi respon yang baik dari deco2 yang saya belajar dari k.liana..in sya allah saya akan guna sepenunya skill dan pengalaman belajar dengan beliau dalam deco kek saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...