May 4, 2012

Kerepek Pisang

Ain Fajar | 8:22 PM | 1Comments |
Assalamualaikum..
n3 yang da sejuk...hehe sebab dah seminggu buat tapi baru hari ni nak post..kejadian kerepek pisang nie pun atas permintaan c kakak..minggu lepas masa mak dan bapak mertua datang ke sini, mereka bawa pisang tanduk dari kampung ada la dalam 5 biji, tapi saya buat 3 biji je, 2 biji lagi goreng je..dalam keadaan yang masih letih sebab berjaga sepanjang perjalanan dari mertua dari klang, c kakak pagi2 lagi dah godek2 plastik yang mbah dia bawa..bla dia nampak pisang, terus minta nak makan..macam mana nak makan pisang tu mentah lagi..lepas tu dia cakap, " kakak lapar pisang la ibu, pisang mentah nie kan boleh buat keropok pisang "..adoyai penat tak hilang lagi, mate mengantok terpaksala bangun kerjakan pisang, kalau dah lapar pisang xnak makan benda lain dah, selagi tak dapat selgi tu dia cakap, kita nak tido pun tak tenang..

ni lah kerepek pisang yang sempat saya snep, yang lain dah kena ngap dek c kakak dan ayahnya..pisang tanduk kan memang sedap bila buat kerepek macam nie..

jom skodeng resepi, simple je saya main agak2 je..lupa pulak nak sukat..kira nie anggaran je lah yer..+ -

Bahan-bahannya :)

pisang tanduk (nak guna pisang lain pun leh gak)
1sk garam
1/2 sk ajinomoto
1 cawan air
marjerin
minyak

cara-caranya:)
  • kupas pisang dan sagat dengan menggunakan penyagat. nak potong guna pisau pun boleh tapi kena la nipis.
  • buat air garam.
  • panaskan minyak..bila minyak panas masukkan pisang yang di sagat sekeping demi sekeping samapi penuh di permurkaan minyak.
  • masukkan 1sb garam dan 1 sb mentega, kacau samapi bunyi minyak hilang.
  • goreng hingga pisang kekuningan.
  • siap!! 
senang je, tapi kena rajin sikitla..wat gudap sambil tengok tv
selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...