May 5, 2011

Apam polkadot

Ain Fajar | 10:47 PM | 3Comments |
Assalamualaikum..
kali ni saya buat apam polkadot, bukan kain je yg bercorak polkadot kuih apam pun nak corak2 polkadot juga..mmg comel apam ni sangat cantik dan unik..mmg bijak org yg mencipta apam ni..masa saya tengok kat blog k.hana mmg dah teringin nak buat tapi lum datang seru nak buat..hari dah datang seru tu. kebetulan pulak ada bacaan yassin kat rumah jiran, kira mcm kenduri untuk anaknya nak mengambil UPSR tahun ni. so saya pun buat la apam ni saje nak bagi kat k.mi..bukan ape k.mi ni rajin tempah kek so apalah salahnya saya bagi apam yg comel ni kan..

ok lah jom kita tengok resepi dan caranya membuatnya..senang sangat nak buatnya..saya amik resepi ni dari blog k.Hana

sumber : hanamemories
Bahan-bahan : )

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete 
  • 1 sudu esen vanila
  • Filling trawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan stawberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
selamat mencuba!!
mmg berbalaoi..leh buat lagi lepas ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...