Mar 11, 2013

kuih lapis pandan jagung

Ain Fajar | 5:55 PM | 1Comments |
Assalamualaikum

lama dah tak syer rsepi..banyak kuih muih yang saya buat tapi tak sempat nak update..maklum la lapy xde..klu ade en.abg punya lepas tu sibukla anak2 dara minta main game lah, nak tengok upin ipin la..nak update guna hp alahai kecik sangat tak puas rasanya..

ok kali nie saya nak syer kuih lapis pandan jagung yang saya olah dari kuih lapis pandan koko yang saya ambik dari dapur k.yatie..sukatan masih sama cuma saya tambahkan cream jagung sahaja dalam satu adunan..memang sedap..saya suka kuih lapis yang k.yatie buat tu..sedang elok je kejadiannya, tak keras dan tak lembut..

Ade tiga potong je yang tinggal untuk sarapan, yang lain saya buat jual, hehe alhamdulillah habis..lemak manis dan rasa jagung dan pandan memang sedap dan baunya wangi je..


sumber : sinar kehidupanku (k.yatie)

Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A

  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tpng jagung
  • 1 sk garam
  • 2 cwn santan pekat
Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C
  • pewarna hijau, perisa pandan
  • 1 cawan jagung cream
Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak jagung cream dan pewarna kuning
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan jagung 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya. Selamat Mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...