Jan 7, 2011

Ketam masak merah

Ain Fajar | 8:00 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..

selamat malam..kali ni nak syer menu malam ni plak..penyakit M dah pegi separuh...mmmm tetibe je mcm teringin nak makan ketam..saje je kan ank tekak ni time datang ngade2nye datang, tau2 je awal bulan. en.abg faham2 la sedia duit lebih, hihihi..bukan selalu kan kan kan..

selalunya kalau ketam masak lemak cili api, tapi bila kat kedai nampak org oder ketam becili, apa lagi try la..meh kita tengok resepi..saya hentam je, tapi jangan risau sedap hingga jilat jari..hehehe

Bahan-bahan : )

2 ekor ketam
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
1/2 inci belacan
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar sos tiram
10 tangkai cili kering
5 sudu besar cili sos
sedikit air

Bahan hiasan dan aroma
daun sup
bawang goreng

cara-caranya :)

  • lumur ketam dengan kunyit dan garam, goreng hingga masak.
  • kisar cili kering, bawang merah dan putih, halia, serai, dan belacan
  • tumis bahan kisar hingga terbit minyak, masukkan gula dan garam.
  • masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air.
  • sesuaikan rasa mengikut cita rasa masing2.
  • masukkan ketam yg telah di goreng kacau sebati.
  • taburkan daun sup dan bawang goreng

ok, selamat mencuba!!! cawwww

Ikan jaket masak kicap

Ain Fajar | 7:43 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..

hehehe nak syer menu tengah hari tadi...penyakit M da datang dalam diri rasa malas nak masak..ada ikan jaket en.abg beli semalam, fikir2 masak kicap je lah..mmg en.abg suka masak kicap, lagi2 kalau macam mak dia masak..mmmm ada sikit kelainan dalam masak kicap mak metua saya..so meh kita tengok resepinya (anggaran saya je k)...

 Bahan-bahan : )

3 ekor ikan jaket
2biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis
1 sudu kecil rempah biji
1 sudu kecil jintan manis
1 kecil batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sidu besar sos tiram
kicap manis
air secukupnya.

cara-caranya :)
  • lumur ikan jaket dengan kunyit dan garam, kemudian goreng garing.
  • tumbuk semua bahan2 kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang.
  • tumis bahan2 yang telah ditumbuk lumat bersama kulit katu manis dan bunga lawang hingga naik bau
  • masukkan kicap dan sos tiram dan air, tunggu hingga mendidih. 
  • masukkan ikan yg telah di goreng tadi..

siap !!! sangat senang sesuai utk org yg tak cukup masa atau malas macam saya...huahahaahaa..sedap juga tau
selamat mencuba!! cawww
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...