Jan 7, 2011

Ketam masak merah

Ain Fajar | 8:00 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..

selamat malam..kali ni nak syer menu malam ni plak..penyakit M dah pegi separuh...mmmm tetibe je mcm teringin nak makan ketam..saje je kan ank tekak ni time datang ngade2nye datang, tau2 je awal bulan. en.abg faham2 la sedia duit lebih, hihihi..bukan selalu kan kan kan..

selalunya kalau ketam masak lemak cili api, tapi bila kat kedai nampak org oder ketam becili, apa lagi try la..meh kita tengok resepi..saya hentam je, tapi jangan risau sedap hingga jilat jari..hehehe

Bahan-bahan : )

2 ekor ketam
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
1/2 inci belacan
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar sos tiram
10 tangkai cili kering
5 sudu besar cili sos
sedikit air

Bahan hiasan dan aroma
daun sup
bawang goreng

cara-caranya :)

  • lumur ketam dengan kunyit dan garam, goreng hingga masak.
  • kisar cili kering, bawang merah dan putih, halia, serai, dan belacan
  • tumis bahan kisar hingga terbit minyak, masukkan gula dan garam.
  • masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air.
  • sesuaikan rasa mengikut cita rasa masing2.
  • masukkan ketam yg telah di goreng kacau sebati.
  • taburkan daun sup dan bawang goreng

ok, selamat mencuba!!! cawwww

2 comments:

  1. wahhh.. dah lame tak masak ketam nih.. slalu laki aku je yang rajin masak ketam cam ni.. aku tolong mkn je.. hehhehe..

    ReplyDelete
  2. besr la ko ujang rajin masak...aku tngok kat blog ko ari tu, 2 yg tiru2 tu hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...