Apr 26, 2013

Roti Lembut

Ain Fajar | 3:09 AM | 35Comments |
Assalamualaikum

Dah lama tak menguli roti, dah rindu nak makan roti fresh dari oven..memang terbaik dan puas hati buat sendiri..baru2 nie saya ambik sedikit masa untuk buat roti bagi memenuhi kehendak anak tekak..kebetulan pula saya dan keluarga en.abg ade buat family day bawa anak2 bercuti sempena cuti sekolah..banyak juga hasilnya..saya buat sekilo tepung..macam2 saya buat..
 roti  ini pizza

 roti inti kaya

  roti hot dog

 roti sanggul inti kacang merah

roti inti kelapa.

semua jenis roti dan pelbagai inti boleh kita buat dari doh yang sama..doh bun nie memang best, tersangat la gebu..lagi2 kalau buat roti cantum dengan menggunakan loyang kek..gebu dan lembutnya tahan lama..sampai berkulat masih lembut..tapi jagan terdedah dengan udara. kalau tak roti ape pun akan cepat kering dan keras..memang dah jadi lumrah masyarakat Malaysia suke makan kuih, roti dan kek yang lembut dan gebu..berbanding dengan orang barat roti dan kek dorang keras2 dan padat..

 hhhmmm nampak kelembutannya..suke sangat..

doh yang belum di bakar..macam roti naik. bila letak dalam loyang kek macam nie, hasilnya roti lembut lebih lama dan rase moist je..

resepi doh roti yang lembut nie, asalnya saya cedok di my resipi yang di sumbangkan oleh yani..memang yang terbaik sangat, resepi asal adalah untuk membuat roti burger, bila saya buat roti yang berinti saya ubah sedikit isi kandungan bahannya untuk menyesuaikan rasenye...saya berterima kasih sangat pada yani..sesiapa yang makan rori yang saya buat nie semua mengatakan roti nie sedap dan sangat lembut..lebih sedap dari yang ade kat kedai..tqvm yani. dari resepi saya buat 4x ganda

ok, jom semak resepi

sumber : yani@myresipi.com
olehan : ainkamal

Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 250g tepung roti
  • 15g butter
  • 20g gula
  • 4g garam
  • 1 biji telur
  • 170ml susu segar ( jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur) Boleh jg tukar dgn air biasa.
  • 1 sudu kecil(3g) dry yeast 
  • 40gm tepung susu (sy tambah) 

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali butter / marjerin ke dalam breadmaker.Pilih untuk buat doh. On kan. masukkan air sedikin demi sedikit ikut jenis tepung..jika lembik sangat boleh tambah tepung sedikit.
  2. bila doh sebati baru masukkan marjerin..on BM pukul hingga doh elastik
  3. Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  4. Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda. 
  5. boleh bentuk ikut kreativiti masing2 dan letak inti yang di gemari.kembangkan lagi 2x ganda.
  6. Sapu/semburkan permukaan roti dengan air.Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit. @ hingga roti perang.
selamat mencuba!



35 comments:

  1. Aslmkm..siyes sedap nampaknya.acam2 pesen gaya roti..dah lama saya x meroti..hehe..
    Ps: dok sg sumun ya..saya ada biras dan sedara kat sana..kg suami kat sg samak..hehe

    ReplyDelete
  2. wasalam.yup kkpg sy sg sumun..dah dekat dah tu sg.samak..makcik n kwn2 sy pun tinggal sg.samak..ade rezki boleh bjmp mn tau tetibe ade bau bau macang gutu kan...blog n resepi anna mmg best..

    ReplyDelete
  3. salam..nice blog =) nak tanya kalau guna mixer biase sj boleh tak?tak de pula tulis breadmaker tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh gn mixer biasa dgn uli hock (yg bentuk berpusing2)
      guna tgn pun boleh tp kena kuatlah tenaga kita tu.
      mesti uli smpi elastik

      Delete
  4. Replies
    1. 170 ml susu, nk tukar air biasa pun boleh

      Delete
  5. salam..geramnye tengok roti2 awk nieh..sy nak try la nanti. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah yer..klu bersungguh mesti menjadi..:)

      Delete
  6. Btul ke sukatan tepung 250gm?sy try wat jd lembik ckit doh dia..ke kna tmbh pape lg ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sukatan tepung memang betul, tapi tengok pd tepung yg di gunakan, ade tapung yang takut air dan ade tepung yg mkn air, jadi sesuaikan air tu dulu, jgn masukkan air sekali gus..jika lembik boleh tambah tepung hingga x melekat..(tp jgn byk sgt) bila doh dah elastik walaupun lembik ianya tak akan melekat @ sapu tgn dgn minyak.

      Delete
  7. saye nak tanye susu tu guna susu ape ye??

    ReplyDelete
  8. salam saya nak tanya, susu tu guna susu ape ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna susu tepung ape2 pun, susu anak pun boleh

      Delete
  9. Replies
    1. boleh guna tepung gandum cap kunci,tapi kelembutan roti tak kekal lama..lebih baik guna tepung roti jika inginkan roti yang lembut lebih lama..

      Delete
  10. Salam sis..sy br nk try gn breadmaker..nk tye nk masukkan bahan yg kemudian n sikit2 tu biarkan bm tu open je ke?? Smgt bli bm coz tgk roti2 sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh on @ of, klu on kn gn sped yg plg rendah.
      lihat jwp sy di ruang komen yer..tq

      Delete
  11. campur semua bahan kecuali mentega dan garam yer sbb ianya akan mematikan yis.
    ms nk masukkan air tu BM leh trs on @ of, klu on gn kelajuan yg laping low.
    bila dah sebati baru mskkan mentega dan garam, pukul guna sped medium selama 30minit.
    bila dah elastik bolehlah lakukan proses seterusnya.
    harap membantu n good luck

    ReplyDelete
  12. slm kak.. yis 2 x perlu rendam dulu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, terpulang sama ada nk rendam atau pun tidak. keduanya pun boleh..sy tak rendam.
      jika ingin rendam, satukan yis kering dengan air dan gula tunggu hingga yis mengembang, bahan yng lain boleh di satukan kesemuanya, bila yis kembang baru masukkan kedlm tepung dan uli hingga elastik.
      jika tak nk rendam boleh satukan semua bahan kecuali mentega dan garam..bila adunan dah sebati baru masukkan mentega dan garam.
      p/s: jgn satukan yis dengan garam kerana ia akn membunuh yis.

      Delete
  13. dalam bahan2 takde air pun..ada susu jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy menggunakan air susu segar, jika xnk guna susu segar gantikan susu tu dgn air dalam sukatan yang sama.

      Delete
  14. Kalau guna majerin planta boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je, jenama ape pun ok.
      sy lebih suke guna marjerin pelangi ianya lebih lembut dan kurang berbau.

      Delete
  15. salam...170ml susu tu susu ape ye...xperlu tambah air just campur ngan telur betul ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. susu tu, susu segar yer samala dgn air, tapi boleh tukar dgn air biasa...guna susu segar tu supaya ianya lbh lemak dan sedap.

      Delete
  16. Besar hati rasanya bila buat pertama kali buat roti yg lembut dan sedap...inti kaya...terimakasih kerana berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  17. Buat pertama kali buat roti...sedapnya Dan lembut sangat...inti kaya. Terimakasih kerana sudi berkongsi ilmu....sill cuba resepi ni..mmg tak menyesal....

    ReplyDelete
  18. Best n sedap lembut lagi... Sy x guna susu tepung tp sy olah kan dgn perisa vanila (ICE BLENDED POWDER) pehh rasa dia mcm roti gadinier.. Enak di mkn begitu saja.. Bulat kan doh n bakar.. Than sejuk kan roti bulat tu.. Potong bahagian atas.. Jdi kan bentuk mangkok.. Masuk kan mushroom soup.. Bakar balik smpai kulit roti jd keras.. Pastu hidang n tutup semula roti bahagian atas yg dah di potong... Mmg nanpak kretiff dn brilian.. Cuba lah... Masukkan sup dlm roti yg bebentuk mangkok (bowl)
    Sbb bahagian tgh roti tu akan kosong.. waktu perap roti tu jgn buangkan angin dlm dough je.. Ok slamat mencuba..

    ReplyDelete
  19. Slam nape kena sembur atas roti dgn air?ingtkan dgn telur biar kilat...

    ReplyDelete
  20. Assalam.sis nk tye lah...bakar guna oven biasa blh ke...

    ReplyDelete
  21. APA MAKSUD 170 ML SUSU SEGAR(JUMLAH SUKATAN SUS CAMPUR TELUR) - SO SUSU TU KENA CAMPUR TELUR YANG 1 BIJI TU KE?

    ReplyDelete
  22. maksud 170ml susu segar dgn telur 1 biji tu ialah pecahkan 1 biji telur kemudian ditambah susu segar, jumlah keseluruhan beratnya hendaklah 170ml.

    ReplyDelete
  23. Salam..nak tny..susu segar tu boleh ganti dgn susu cair tak? Nak habiskan stock susu cair..? Agak2 lembut tak roti..?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...