May 1, 2013

kuih cara berlauk

Ain Fajar | 2:16 AM | 7Comments |
Assalamualaikum.

cara berlauk nie, agak lama juga saya tak membuatnya..rasanya last saya buat tahun lepas masa tinggal di Terengganu. dah terlalu lama sampai rase teringin nak makan dan membuatnya sendiri..minggu lepas kebetulan saya ade oder kuih muih, fikir2 ape lah agaknya kuih yang saya perlu buat..dah lama tak buat, bahan pun ade di dapur jadi saya putuskan untuk membuat cara berlauk bersama kuih sampan dan kuih bengkang pandan. mudah jer nak membuatnya, sekejap je dah dapat banyak dan sekejap jer dah licin pinggan..kuihnya kecil moleh sekali ngap jer kan..

sebelum nie saya dah buat,klik SINI tapi intinya ade sedikit kelainan, saya guna ikut pada bahan yang ade je kat dapur..

ok jom lah tengok resepi..resepi butter masih sama tapi bahagian intinya saya guna resepi yang intai kat dapur k.yatie..tang intinya nie boleh main bedal je, janji sedap dek selera masing2 ok. saya copy balik resepi yang lama..macam tak sempat nak menaip balik..huhu

Bahan2 Untuk Batter 
2 cawan tepung gandum (sukat 2 cwn kemudian keluarkan 1 s/b)
3 cawan santan - dari sebiji kelapa 
1 biji telur 
garam secukup rasa 
pewarna kuning secukupnya.

Bahan2 Inti 
1 cawan daging kisar
1 labu bwg besar - potong dadu 
1 ulas bwg putih - potong dadu 
1 s/b rempah kurma 
1 sb cili kering ( kisar)
garam secukup rasa 
perasa jika suka 
1 cawan air santan
minyak utk menumis 

Bahan Hiasan 
2 biji cili merah - hiris nipis (saya tukar kepada lada benggala)
1 tangkai daun bawang - hiris halus 


Cara Menyediakan Inti 
1. Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi serta cili kering. Masukkan rempah kurma &   kacau rata. 
2. Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering. 


Cara Menyediakan Batter 
1. Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan kacau rata menggunakan whisker. 
2. Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
3. Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara. 
4. Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
5. Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi. 
6. Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat menggunakan sudu.

siap! selamat mencuba.

7 comments:

  1. Comel-comelnya kuih cara berlauk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq k.ame..dah acuannya kecil comel lah ia..lg pun senang nk mkn..hihi

      Delete
  2. Hai Ain..salam kenal dr SRC..

    kuih cara ni kuih favourite..suka sangat makan..x cukup kalau takat seketul dua..hehe..

    singgah sini..www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai salam kenal juga...tq sbb sudi singgah..menarik tajuk blog tu..

      Delete
  3. Assalamualaikum salah satu kuih fv kami sekeluarga kalau dpt mmk mmg x hingat beketul2 habis......sbb tu kena buat lebh..cute kuih cara ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq k.sheila mmg klu dah mkn kuih ni xsedar diri, dah la saiznya kecik2 kan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...