May 17, 2011

Kuih Cara Berlauk

Ain Fajar | 8:15 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.
menu sarapan pagi tadi.sajebuat kuih ni suka makan. terima kasihla pada k.madiha..saya amik resepi ni dr dapur kak madiha..sebelum dah pernah buat dah..dah post pun tapi lain sikit dari segi warnanya. resepinya masih lagi sama.

saya C & P je lah.mcm malas pulak nak taip banyak2..

sumber : kak madiha

CARA BERLAUK
Bahan2 Inti

1 cawan daging kisar
1 labu bwg besar - potong dadu
1 ulas bwg putih - potong dadu
1 s/b rempah kurma
1 s/k serbuk rempah sup (saya tukar pada sos lada hitam)
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 cawan air
minyak utk menumis

Bahan Hiasan
2 biji cili merah - hiris nipis (saya tukar kepada lada benggala)
1 tangkai daun bawang - hiris halus

Bahan2 Untuk Batter
2 cawan tepung gandum (sukat 2 cwn kemudian keluarkan 1 s/b)
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 biji telur
garam secukup rasa
pewarna kuning secukupnya

Bahan Tambahan
Minyak masak tuang dlm mangkuk kecil
2 helai daun pandan ~ dilipat & diikat kemas utk menyapu minyak pada acuan cara.

Cara Menyediakan Inti
1. Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma & rempah sup & kacau rata.
2. Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering.


Cara Menyediakan Batter
1. Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan kacau rata menggunakan whisker.
2. Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
3. Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara.
4. Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
5. Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi.
6. Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat menggunakan sudu.

Selamat mencuba!!!

1 comment:

  1. lamaaaaaa dah tak buat kuih ni.. Semenjak ada blog, tak pernah lagi buat kuih ni...Ish3x... kena merajinkan diri gak ni.. Like this kuih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...