Jan 31, 2013

Tart telur

Ain Fajar | 7:14 PM | 3Comments |
Assalamualaikum.

Tart telur percubaan ke dua saya, sebelum nie saya pernah buat resepi dari rahel..tapi kali nie saya mencuba resepi yang saya jumpa di myresipi sebab penggunaan telr yang sedikit, jadi saya fikir rasa telurnya mesti tak terasa..ternyata bila saya mencubanya dan rasa..walaweh!!memang sedap tak trasa hanyir telur..memang menepati citarasa saya..kalau saya nak makan tart telur semestinya resepi yang nie saya guna..

saya buat setengah adunan, saje nak mencuba, al-maklumla kan saya bukan penggemar tart telur, cheese tart suke la..jadi kalau buat banyak2 nanti sape pulak yang nak makan..tak sangka sedap..rugi buat setengah aduanan, lepas ni buat seadunan, puas hati dapat makan bayak sikit..nak buat berulang kali tu penyakit M selalu datang..huhu..

ok, meh tengok resepi..senang je nak buat, cepat..kalau ade tetamu yang sejam lagi nak datang boleh la buat tart telur nie untuk hidangan tetamu yang datang.

 Sumber :hanis@myresipi.com  

Bahan-bahan ( 30 keping )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
selamat mencuba.

donut bakar

Ain Fajar | 6:56 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Donut bakar, satu kelainan bagi saya, bila saya jumpa resepi nie di myresepi saya terus copy dan terus buat..donut nie kalau baru bakar sedap je,lemak susunya terasa dan lembut di dalam dan rangup di luar..tapi bila dah sejuk agak keras..jadi mungkin kena tambah bahan pelembut bagi mengkalkan kelembutannya macam roti..insya allah akan saya try lagi dan tambah dengan bahan pelembut..


ok, terus tengok pada resepi je lah yer..masa sangat mencemburui saya..hehe, saya copy paste je lah.


bahan-bahannya:

Bahan-bahan ( lebih kurang 30 keping )

  • 500 g tepung roti
  • 100 g gula halus
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 2 sk yis segera (mauripan)
  • 75 g mentega/majerin - lembut
  • 3 biji kuning telur
  • 225 ml air hangat ( 1 cwn + 2 sb)
  • minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak masak dan pukul hingga sebati dan doh tak melekat pada mangkuk pengadun.
  2. Tutup dan rehatkan adunan hingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 40-45 min.
  3. Kempiskan doh,canai dan terap dengan penerap donut.
  4. Panaskan minyak dan goreng donut hingga kekuningan dengan api sederhana panas.
  5. Angkat donut dan toskan di atas kertas serap minyak,sejukkan.
  6. Salutkan donut dengan gula halus/serbuk dan boleh dihidangkan.
  7. Untuk membuat donut bakar...selepas step (2) doh dikempiskan,ambil sedikit doh, bulat2kan dan bubuh di dalam mangkuk kertas/muffin dan rehatkan sebentar hingga kembang.Sapu sedikit kuning atau putih telur dan taburkan gula halus dan bakar di dalam oven hingga keperangan. 
  8. nak toping macam mana pun ikut suke la yer..
selamat mencuba..

kuih lapis pandan coklat

Ain Fajar | 6:42 PM | 0Comments |

Assalamualaikum

 
Kali nie saya nak syer resepi kuih lapis yang sedap sangat, satu kelainan dan ianya boleh di terima umum..saya buat jualan kuih lapis coklat pandan ni tau, belum pernah tak habis lagi..memang ada sambutan..biasanya kalau saya buat kuih yang baru macam nie memang orang takut nak beli tapi kuih lapis yang nie memang habis je..saya nak ucap terima kasih pada k.yatie sebab beliau sudi syer resepi nie..rezki yang saya dapat nie mengalirlah pahala pada penyumbang resepi nie..insya allah..

saya syer kan kat sini bagi yang teringin nak mencuba kuih yang menampilkan sedikit kelainan..sekali buat terus menjadi..kejadiannya sangat cantik sedang elok je, tak lembik dan tak keras..memang sedap.

sumber: k.yatie


Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tpng jagung
  • 1 sk garam
  • 2 cwn santan pekat
Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C
  • 3 sb rata serbuk koko*
  • 4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
  • pewarna hijau, perisa pandan
Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya. Selamat Mencuba.

antara kuih muih yang di oder dan di jual.

selamat mencuba!!

Jan 30, 2013

Pulut inti durian

Ain Fajar | 4:20 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

dah lama tak up date resepi..setiap hari saya buat kuih muih untuk jualan di kantin sekolah..kalau boleh setiap hari saya nak buat kuih yang berlainan..tapi kadang-kadang ianya tak menepati citarasa pelanggan..kuih hari2 sama lagi mereka suka..walau macam mana pun saya saja nak mencuba..kalau ade sambutan saya teruskan, kalau sebaliknya saya tak buat dah la..

kali nie saya cuba kuih asal dari terengganu..seperti yang di ketahui orang terengganu sangat familiar dengan pulut dalam makanan harian mereka..bila saya ternampak kuih pulut inti durian saya tertari juga nak mencubanya dan beri orang2 perak merasanya..mudah je nak membuatnya..
ni la rupa pulut berinti tu, bukan di dalam intinya sebaliknya ditempek je kat atas pulut yang telah diacukan.

jom kita layan resepi, manalah tau kan ada yang teringin nak mencubanya dan merainya..bagi penggemar pulut dan durian mesti suke makan kuih nie.


PULUT INTI DURIAN
sumber : Chef Hanieliza

Bahan-bahannya:

Bahan A
2 cawan pulut
2 cawan air santan
sedikit garam

Bahan B
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula putih
1 cawan gula merah
beberapa ulas durian

cara-caranya:

  • basuh beras pulut dan rendam selama 3 jam
  • masukkan santan dan kukus selama 20minit
  • apabila pulut masak
  • masukkan inti durian dalam acuan dan masukkan pulut dan tekan supaya padat.
  • kalau pulut masih ade yang belum masak, boleh la kukus balik dalam 15 minit.

cara buat intinya:
  • campurkan semua bahan dan masak atas api gaul rata.

dah siap..senang je..
 

Jan 29, 2013

Rainbow cake

Ain Fajar | 9:35 PM | 1Comments |
Assalamualaikum
minggu lepas saya dapat oder rainbow cake..saya buat dalam keadaan anak demam yang nak minta buai dan ribe je..tak kan nak cancel oder sebab saya dah terima oder lama..tak tau lah kejadiannya macam mana..tapi yang penting costemer yang oder tu berpuas hati dengan ape yang terjadi kat atas keknya..


inilah kejadian rainbow cake yang mampu saya buat..memang kelam kabut dan sangat terkejar2..mana nak kejar masa, mana nak layan anak yang dah merengek nak ribe badan tak sedap langsung..suhu badan waktu tu 39.2..huhu kesian betul kat budak kecik nie..yang c kakak pulak pun demam jugadan dalam masa yang sama tak saba nak balik rumah mak abah ayahnya sebab sepupunya ramai yang dah balik..

rainbow cake yang belum di salut cream cheese..kurang satu warna la pulak.sebab tak cukup adunannya..nak bancuh lagi alang2 la pulak..tak pe lah nampk juga la pelanginya tu kan..hehe

saya dah cuba buat rainbow nie sebelum nie, masa birthday anak saya..resepi yang ambik dari dapur k.ita..tapi kali nie saya ambik dari dapur Rahel pula sebab penggunaan kuning dan putih telur sekali..nak cubala rasanya macam mana..alhamdulillah boleh diterima oleh costemer saya..

ok jom tengok resepinya.
Rainbow cake

bahan-bahannya:

250gm mentega
220 gm tepung kek
1 sk baking powder
200gm gula kastor
4bj telur gread A
5 sudu air susu
1 sd esen vanila
pewarna

cara-caranya:

  • pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • masukkan telur satu persatu pukul hingga kembang dan sebati
  • masukkan bahan lain dan pukul sebati
  • bahagi adunan kepada 7 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna yang berlainan.
  • gaul sebati dengan warna yang di sukai
  • bakar selapis demi selapis pada suhu 170c selamam 25minit.

  • bila dah masak sejukkan..

sediakan bahan2 untuk aising cheese.

toping cheese
250gm cream cheese
50gm butter
1 cawan gula aising.

cara-2..
  • pukul cream cheese hingga kembang masukkan gula dan pukul sebati.
  • sapu cream di atas setiap lapisan kek.
  • lapis2kan dan salut toping ikut kesukaan masing2.
 
 


oder di hujung minggu

Ain Fajar | 7:31 PM | 0Comments |
asslamualaikum..

Bila hari dah dekat dengan hujung minggu, ade je majlis yang mereka2 buat, bertunangla , kawin lah jamuan2 lah..kawan2 saya pun masa tu dorang bali ke kampung..jadi dorang mencari seseorang yang boleh membatu mereka..hehe tak salah orang lah kalaudorang cari saya, kalau nak minta buatkan kek atau coklat dsb..di hujung minggu yang lalu, saya terima oder dari kawan2 lama..alhamdulillah rezki yang allah dah tetapkan..saya menerima oder dengan tersenyum puas, sebab saya memang suke made bakery produc..jom layan gambar je lah..

chezzy layer strawberry..oder dari k.liya..mengidam katanya..dalam keadaan kesihatan yang tak mengizinkan, saya gagahkan juga untuk mak buyong..

 oder dari fazliana, kawan sekolah masa ting 3..lama sangat tak jumpa dah 15tahun tak jumpa..bila jumpa masing2 dah ade ank yang dah pun besar2.

bunga buequet coklat utk hantaran..tq fadz..

sekolah

Ain Fajar | 6:43 PM | 0Comments |
assalamualaikum..

Kisah sebulan yang lepas, masa hari persekolahan bermula bila tahun berganti dari tahun 2013..anak2 saya sibuk nak sekolah sebelum nie, bila c kakak dah 5 tahun dan c adik 4 tahun, saya pun sibukla mencari sekolah yang terbaik untuk pembelajaran awal mereka..kat area kampun jarang jumpa sekolah swasta semuanya sekolah kerajaan..bukan tak nak sekolah kerajaan tapi, sekolah pra tak terima budak umur 4 tahun..jadi saya kena juga la cari sekolah yang terima budak 4 tahun..nak cari yang lebih kepada agama islam memang susah la, yang ade dan bayak sekolah yang di asaskan oleh bekas guru india dan cina..saya cari yang mengambil berat juga tatang agama islam...atas recomen kawan sekolah saya pun sekolahkan kakak dan adik di sekolah sri bernam di simpang4, jarak perjalanan makan masa 15-20 minit dari rumah bapak saya..tak pe lah janji anak2 dapat belajar dengan mudah dan selesa..kosnya juga tak la mahal sangat..maklumla sekali masuk sekolah dua orang..kosnya pun jadi berganda..


haha ni lah gaya budak baru nak ke sekolah, seronok sangat hari pertama nak sekolah..baju uniform di beri kelonggaran bagi yang islam untuk menggunakan baju kurung dan tudung..saya dan en.abg memang nak dorg jadi muslimah beriman, jadi kami pilih baju kurung untuk kakak dan fina..dah macam budak skolah menegah je..
seronoknya kakak nak sekolah, senyum memanjang..semoga rajin belajar, jangan hangat2 taik ayam je..

masih lagi tersenyum bila dah sampai sekolah..c fina plak bila masuk je ke sekolah, muka dah mula berubah bila dia tengok ramai budak2 kat sekolah, ade yang india, ade cina dan melayu...bila saya tinggalkan dia, air mata dah mula bertakung..terpaksala menunggu sekejap..budak2 lain ade juga yang nangis dan ada juga yang seronok bermain..saya pujuk2 juga c fina untuk biasakan diri..lama juga dia nak biasakan dirinya..c kakak? hhhmmm!! tak perlu di tanya memang seronok dah tak nampak ibunya..
keesokkan harinya, c fina mula hujan lebat bila aciknya nak tinggalkan dia..lama la juga dia nagis, aciknya pun tak sampai hati nak tengok..hari ketiga, masa hantar fina ke sekolah, dia elok je, tp bila dah nak tinggal dia, hujan selebat2nya..tapi bila dah nampak kereta dia terus senyap..semua guru memujuk termasukla c kakak memujuk adiknya..hari keempat saya yang hantar, masa hari ahadnya, c fina dah cakap " adik tak nak sekolah", esok paginya bila saya kejut, memang dia tak nak sekolah, nangis2 tapi saya paksa juga..tak kan nak ikutkan sangat dah bayar uran semua..bila hantar dia nagis tak nak sekolah dia cakap nak tinggal kat rumah je..hari kelima masih nagis masa kejut nak ke sekolah, tapi bila di pujuk mbah udanya dia nak juga pakai baju sekolah dan pegi..saya pun dukung dan hatar sampai ke depan pintu, bila dia tengok kakaknya seronok dia pun trase seronok..memang sekolah seronok pun, kanak-kanak lagikan..saya minta kakaknya pegang tangan adik..alhamdulillah tak nangis..masa ambik balik dari sekolah dia happy je..saya tanye "kenapa adik tak sekolah, kan seronok"..c fina menjawb "adik takut"..rupanya dia takut dengan budak2 india..c fina nie memang takut dengan orang..tak sangka pulak dia boleh takut dengan budak india..adoila sabo je lah..selepas dari tu, bila nak hantar dorang ke sekolah je saya pesan kat kakak mesti pegang tangan adik supaya adik tak takut..bila dah seminggu ke sekolah c fina dah ok sikit..mingu kedua makin seronok budak berdua ke sekolah..seterusnya c fina dah tak takut dan tak nagis..dia belajar pun ok..buat keje rumah pun semngat..cepat dia belajar sebab dia rajin dan tumpuan dia tak mudah beralih..kalau c kakak plak lebih suke main2 dan banyak cakap..buat keje rumah cakap bosan..tumpuan dia mudah beruabah..lain anak lain ragamnya tak de yang sama..


uniform sebenar sekolah dorang..bila ramai kawan2 melayu mengenakan skirt budak berdua ni pun nak juga baju macam kawannya..bila fikir balik, xpe lah dorang masih kecik..tapi kena selalu ingatkan pakaian muslimah..bila baju dah sama makin seronok dorang sekolah..
alhamdulillah semoga anak2 ibu jai budak pandai dan yang penting beriman untuk dunia dan akhirat..amin..

pengalaman pertama bila menghangtar anak ke sekolah..dengan macam2 ragamnya.. 

 

Demam

Ain Fajar | 4:57 PM | 1Comments |
Assalamualikum
Lama sangat tak up date..selalu juga jenguk2 dapur alam maya nie, tapi guna HP, jadi susah la sikit..tak puas nak update atau komen..ni pun dapt pinjam lapy en.abg sebab saya sekarag berada kat KPJ SELANGOR di shah alam..saya kat sini di sebabkan kesihatan anak2 yang merundum..


Al-kisahnya..cuti maulidur rasul yang lepas kakak dan c fina, mula merengek2..mulanya c fina mengadu sakit mulut bila di tengok rupanya kena mata ikan besar lubangnye, saya cuma bagi air badak dengan sapu Benzola..tapi makin hari badan dia makin panas..kakak pulak kate mula sakit kaki dan xsedap badan..saya bagi ubat demam yang sedia ada dalam simpanan..batuk dan seseme menyusul..malam dah tak senang nak tdo..esoknya jumaat ponteng dan saya bawa keduanya ke clinik kanak-kanak..bila cek doctor cuma bagi ubat demam batuk dan seseme yang biasa je..dah cakap yang c kakak semput, kena ambik gas..tapi doctor kate tak perlu..heran juga ubat antibiotic pun tak bagi..bila balik kerumah, suhu badan kejap naik kejap turun..c kakak pulak batuk tak berenti, nafasnya laju je..kesian betul..kita yang menegoknya rasa penat..
hari sabtu, kakak dah tak demam sangat, tapi masih batuk yang menyeksakan..c fina pula suhu badannya pula makin meningkat..kebetulan saya banyak oder nak kena siapkan..sangat kelam kabut..nasib juga costemer memahami..lambat la saya siapkan oder sebab c fina nak buai je dan nak meriba je..tapi alhamdulillah dapat juga saya siapkan semua oder..petang sabtu suhu kakak dan c fina makin tinggi, 39.5..saya mula risau..en.abg yang kena kerja minta juga pelepasan nak balik tengok anaknya..bila malam suhu badan naik ke 40.2 terus bawa ke emergence clinik kerajaan.kat situ doctor bertugas hanya mengurangkan suhu badan yang tinggi tu je..dan bekalkan ubat demam dan ubat batuk..ingat dah ok, sebab waktu siang suhu badan dah menurun dan budaknya pun dah main lari2..tapi bila magrib menjelma suhu badan c fina mula naik balik sampai 39.2 lagi..dah 4 hari macam tu memamg risau, takut masalah lain pula yang datang..en.abg pun buat keputusan nak bawa ank2 ke pakar..bila malam selasa tu suhu badan masih lagi 39.2 en.abg nekad bawa dorg ke KPJ SELANGOR..PUKUL 3pg saya sampai ke s.alam..esoknya kami buat chekup dan doktor kate kena stay kat wad untuk pantauan kerap dari doctor..jadi sudah semalaman saya stay kat KPJ SELANGOR NI..

Bila dapat masuk wad je, doctor terus ambil sample darah kakak dan adik..alhamdulillah la dorang berdua tak menangis masa kena cucuk..tengokla balutan kat tangan tu macam sirius je, padahal sengaja balut macam tu supaya tak tercabut bakas cucuk dan tempat untuk masukkan ubat tu..haa yang tengah tu, sepupu dorang nie, memang ikut kami dari pagi sebab nak main denga kakak dan adik..masa kat kampung tak puas main sebab kakak dan adik demam..

 c fina masa kena masuk ubat antibiotic kat tangannya, fina d dapati ade kuman dalam darahnya, tu yg kena bagi ubat atntibiotic..siap nyanyi2 lagi, xsakit la tu..

c kakak masa kena ambik gas sebab batuk orang semput je..dah 4 kali ambik gas selama shari semalam nie..kalau tak asal abatuk je, dia muntah..tak sanggup nak tengok..sekarang dah ok sikit la
 
 Bila dah masuk ubat dan dapat gas, dorang tertido sebab dah selesa sikit.

alahamdulillah perkembangan kesihatan dorg berdua dah semakin membaik..
semoga tak de penyakit lain yang datang dan semoga ank-anak2 ibu sihat sepenuhnya dan boleh la pegi sekolah..
 satu pengalaman buat saya..sebelum nie kalau anak2 demam pegi je clinik terus sihat, tapi kali ie kena masuk wad plak..hati nie tak berenti berdebar memikirkan anak-anak yang tak sihat..tambahan plak kedua2 sekali demam serentak..risau sangat..tapi bila tengok dorang ok je hati nie tenang la juga..dorang nie macam best je duduk kat hospital..kate kakak macam duduk kat hotel..huhu sabo je lah..
 ok lah, itu je  nak cerita..


Jan 12, 2013

kuih lompang

Ain Fajar | 3:49 AM | 2Comments |
assalamualaikum..

singgah di dapur alam maya nak sapu sawang yang bergayut2 ni...hadoi rindunya nak mengupdate..dah lama sangat rasenye tak update resepi baru yang saya cuba..bukan tak nak up date tapi lapy saya adik saya pinjam bawa ke UNIKL..saya guna lapy zaman jepun tapi memang elok la, tapi bila lapy saya dah ke UNIKL Johor, tetibe lapy tu rosak plak..tak sempat la nak anta servis..mohon maaf ye, tak berubah n3 saya.. 

 ok2 saya curi sedikit masa untuk saya kongsikan resepi yang sangat mudah dan 1ts try terus je jadi..saya pinjam lapy en.abg yang boleh jumpa seminggu sekali nie je...ok, pada tajuk kat atas saya nak kongsi resepi kuih lompang yang saya buat khamis yang lalu..happy sangat2 bila buat tu terus menjadi dengan jayanya... 

memang puas hati, tak sia2 saya mencubanya..saya nak ucap terima kasih kat izah daud kerana syer resepi yang mudah ni, sedang elok je kejadiannya, bahagian bawahnya keras sikit sesuaila di jadikan tapak kuih nie, bahagian atasnya goyang inul lagi bila kita angkat pinggannya..dan yang penting sekali tak jadi kuih lompang la kalau kuih ni tak berlubang di atasnya..

ha macam ni la kuih lompang sebelum kita letak kelapa parut..kat tempat lompang tu kita letak kelapa parut..
zoom sikit..kiki

ok, jom saya panjangkan resepi yang saya gunakan untuk membuat kuih lompang nie dari dapur izah daud..

KUIH LOMPANG

BAHAN-BAHANNYA;

bahan A:
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air.

bahan B;
1 1/2 cawan tepung beras
2 sdb tepung ubi
1sb air kapur

caranya:

larutkan kedua2 gula atas api dan sejukkan.
campurkan bahan B
satukan kedua bahan2 kemudian tapis.
panaskan air kukusan dan kukus dahulu acuan kuih lompang dan tuang adunan penuh.
kukus selama 20 minit.
siap..
keluarkan dari acuan dan letak kelapa parut yang di gaul dengan garam.

selamat mencuba!

saya buat jualan harian, alhamdulillah habis licin...so sesiapa nak cuba jangan ragu2..insya allah menjadi.
sebab saya sendiri tak pernah buat kih lompang nie, sebab tak berapa suka makan, tapi sekarang dah suke dah makan dengan resepi yang nie, tq izah daud semoga allah urahkan rezki akak..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...