Jan 29, 2013

Rainbow cake

Ain Fajar | 9:35 PM | 1Comments |
Assalamualaikum
minggu lepas saya dapat oder rainbow cake..saya buat dalam keadaan anak demam yang nak minta buai dan ribe je..tak kan nak cancel oder sebab saya dah terima oder lama..tak tau lah kejadiannya macam mana..tapi yang penting costemer yang oder tu berpuas hati dengan ape yang terjadi kat atas keknya..


inilah kejadian rainbow cake yang mampu saya buat..memang kelam kabut dan sangat terkejar2..mana nak kejar masa, mana nak layan anak yang dah merengek nak ribe badan tak sedap langsung..suhu badan waktu tu 39.2..huhu kesian betul kat budak kecik nie..yang c kakak pulak pun demam jugadan dalam masa yang sama tak saba nak balik rumah mak abah ayahnya sebab sepupunya ramai yang dah balik..

rainbow cake yang belum di salut cream cheese..kurang satu warna la pulak.sebab tak cukup adunannya..nak bancuh lagi alang2 la pulak..tak pe lah nampk juga la pelanginya tu kan..hehe

saya dah cuba buat rainbow nie sebelum nie, masa birthday anak saya..resepi yang ambik dari dapur k.ita..tapi kali nie saya ambik dari dapur Rahel pula sebab penggunaan kuning dan putih telur sekali..nak cubala rasanya macam mana..alhamdulillah boleh diterima oleh costemer saya..

ok jom tengok resepinya.
Rainbow cake

bahan-bahannya:

250gm mentega
220 gm tepung kek
1 sk baking powder
200gm gula kastor
4bj telur gread A
5 sudu air susu
1 sd esen vanila
pewarna

cara-caranya:

  • pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • masukkan telur satu persatu pukul hingga kembang dan sebati
  • masukkan bahan lain dan pukul sebati
  • bahagi adunan kepada 7 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna yang berlainan.
  • gaul sebati dengan warna yang di sukai
  • bakar selapis demi selapis pada suhu 170c selamam 25minit.

  • bila dah masak sejukkan..

sediakan bahan2 untuk aising cheese.

toping cheese
250gm cream cheese
50gm butter
1 cawan gula aising.

cara-2..
  • pukul cream cheese hingga kembang masukkan gula dan pukul sebati.
  • sapu cream di atas setiap lapisan kek.
  • lapis2kan dan salut toping ikut kesukaan masing2.
 
 


1 comment:

  1. Assalmualaikum cantik deco kek rainbow ni..suka akk negoknye...warna bunga pun cun...semagat ibu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...