Jan 30, 2013

Pulut inti durian

Ain Fajar | 4:20 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

dah lama tak up date resepi..setiap hari saya buat kuih muih untuk jualan di kantin sekolah..kalau boleh setiap hari saya nak buat kuih yang berlainan..tapi kadang-kadang ianya tak menepati citarasa pelanggan..kuih hari2 sama lagi mereka suka..walau macam mana pun saya saja nak mencuba..kalau ade sambutan saya teruskan, kalau sebaliknya saya tak buat dah la..

kali nie saya cuba kuih asal dari terengganu..seperti yang di ketahui orang terengganu sangat familiar dengan pulut dalam makanan harian mereka..bila saya ternampak kuih pulut inti durian saya tertari juga nak mencubanya dan beri orang2 perak merasanya..mudah je nak membuatnya..
ni la rupa pulut berinti tu, bukan di dalam intinya sebaliknya ditempek je kat atas pulut yang telah diacukan.

jom kita layan resepi, manalah tau kan ada yang teringin nak mencubanya dan merainya..bagi penggemar pulut dan durian mesti suke makan kuih nie.


PULUT INTI DURIAN
sumber : Chef Hanieliza

Bahan-bahannya:

Bahan A
2 cawan pulut
2 cawan air santan
sedikit garam

Bahan B
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula putih
1 cawan gula merah
beberapa ulas durian

cara-caranya:

  • basuh beras pulut dan rendam selama 3 jam
  • masukkan santan dan kukus selama 20minit
  • apabila pulut masak
  • masukkan inti durian dalam acuan dan masukkan pulut dan tekan supaya padat.
  • kalau pulut masih ade yang belum masak, boleh la kukus balik dalam 15 minit.

cara buat intinya:
  • campurkan semua bahan dan masak atas api gaul rata.

dah siap..senang je..
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...