Jan 31, 2013

kuih lapis pandan coklat

Ain Fajar | 6:42 PM | 0Comments |

Assalamualaikum

 
Kali nie saya nak syer resepi kuih lapis yang sedap sangat, satu kelainan dan ianya boleh di terima umum..saya buat jualan kuih lapis coklat pandan ni tau, belum pernah tak habis lagi..memang ada sambutan..biasanya kalau saya buat kuih yang baru macam nie memang orang takut nak beli tapi kuih lapis yang nie memang habis je..saya nak ucap terima kasih pada k.yatie sebab beliau sudi syer resepi nie..rezki yang saya dapat nie mengalirlah pahala pada penyumbang resepi nie..insya allah..

saya syer kan kat sini bagi yang teringin nak mencuba kuih yang menampilkan sedikit kelainan..sekali buat terus menjadi..kejadiannya sangat cantik sedang elok je, tak lembik dan tak keras..memang sedap.

sumber: k.yatie


Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tpng jagung
  • 1 sk garam
  • 2 cwn santan pekat
Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C
  • 3 sb rata serbuk koko*
  • 4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
  • pewarna hijau, perisa pandan
Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya. Selamat Mencuba.

antara kuih muih yang di oder dan di jual.

selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...