Apr 26, 2013

Roti Lembut

Ain Fajar | 3:09 AM | 46Comments |
Assalamualaikum

Dah lama tak menguli roti, dah rindu nak makan roti fresh dari oven..memang terbaik dan puas hati buat sendiri..baru2 nie saya ambik sedikit masa untuk buat roti bagi memenuhi kehendak anak tekak..kebetulan pula saya dan keluarga en.abg ade buat family day bawa anak2 bercuti sempena cuti sekolah..banyak juga hasilnya..saya buat sekilo tepung..macam2 saya buat..
 roti  ini pizza

 roti inti kaya

  roti hot dog

 roti sanggul inti kacang merah

roti inti kelapa.

semua jenis roti dan pelbagai inti boleh kita buat dari doh yang sama..doh bun nie memang best, tersangat la gebu..lagi2 kalau buat roti cantum dengan menggunakan loyang kek..gebu dan lembutnya tahan lama..sampai berkulat masih lembut..tapi jagan terdedah dengan udara. kalau tak roti ape pun akan cepat kering dan keras..memang dah jadi lumrah masyarakat Malaysia suke makan kuih, roti dan kek yang lembut dan gebu..berbanding dengan orang barat roti dan kek dorang keras2 dan padat..

 hhhmmm nampak kelembutannya..suke sangat..

doh yang belum di bakar..macam roti naik. bila letak dalam loyang kek macam nie, hasilnya roti lembut lebih lama dan rase moist je..

resepi doh roti yang lembut nie, asalnya saya cedok di my resipi yang di sumbangkan oleh yani..memang yang terbaik sangat, resepi asal adalah untuk membuat roti burger, bila saya buat roti yang berinti saya ubah sedikit isi kandungan bahannya untuk menyesuaikan rasenye...saya berterima kasih sangat pada yani..sesiapa yang makan rori yang saya buat nie semua mengatakan roti nie sedap dan sangat lembut..lebih sedap dari yang ade kat kedai..tqvm yani. dari resepi saya buat 4x ganda

ok, jom semak resepi

sumber : yani@myresipi.com
olehan : ainkamal

Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 250g tepung roti
  • 15g butter
  • 20g gula
  • 4g garam
  • 1 biji telur
  • 170ml susu segar ( jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur) Boleh jg tukar dgn air biasa.
  • 1 sudu kecil(3g) dry yeast 
  • 40gm tepung susu (sy tambah) 

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali butter / marjerin ke dalam breadmaker.Pilih untuk buat doh. On kan. masukkan air sedikin demi sedikit ikut jenis tepung..jika lembik sangat boleh tambah tepung sedikit.
  2. bila doh sebati baru masukkan marjerin..on BM pukul hingga doh elastik
  3. Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  4. Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda. 
  5. boleh bentuk ikut kreativiti masing2 dan letak inti yang di gemari.kembangkan lagi 2x ganda.
  6. Sapu/semburkan permukaan roti dengan air.Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit. @ hingga roti perang.
selamat mencuba!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...