Feb 22, 2012

Alphabet A ( aktiviti 4 )

Ain Fajar | 7:26 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
aktivi last untuk huruf A..bila kakak da kenal huruf A besar dan Huruf kecil, saya buat craf yang bertemakan huruf A..dan ianya sebagai hadih untuk kakak dan adik..aktivi yang saya buat waktu malam so gambar gelap sikit, so harap maafla..janji nampak juga muka c kakak denga c fina..untuk kenangan masa hadapan.
bahan2 yang saya gunakan.
maker pan hitam dan merah
gam
getah tempe
pinggan kerta
kapas
kertas kuning

 saya lukis muka arnab kemudian suruh c kakak gam kan telinganya.
 seterusnya, tampal kapas di sekeliling muka arnab untuk di jadikan bulunya yang lembut.

inilah aktivi last untuk huruf A..toping arnab...memang nampak muka kakak puas hati bila dia pakai toping hasil tangannya sendiri..tak sabar dia nak tunjuk kat ayahnya..

laporan untuk huruf A selesai..semoga kakak ingat huruh A besar dan kecil nie sampai bila2.

Alphabet A ( aktiviti 3 )

Ain Fajar | 7:00 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Aktiviti seterusnya, masih lagi memperkenalkan c kakak dengan huruf A..saya buat replika pokok epel..sebelah huruf besar dan sebelah huruf kecil..saya suruh kakak bezakan dan tampal supaya dia tau perbezaan huruf kecil dan besar..
saya lupa plak nak amik gambar bahan2 yang di gunakan untuk buat pokok epel ni..
saya guna :
  • kertas berwarna hijau, hitam dan merah
  • pinggan kertas
  • maker pan
  • gunting

lukis atas kertas hijau bentuk daun rendang
kertas merah saya lukis bentuk epel dan potong serta lebelkan dengan huruf A kecil dan besar
kertas hitam jadi batang pokok
pinggan kertas jadi tanahnya..kalau rajin warnakan dengan warna coklat.

proses membuat pokok bahagian daun..sedang letak gam

khusuk c kakak meletakkan gan atas epel kertas untuk tampal kat daun yang rendang tu.

inilah hasil yang c kakak dah siapkan..

selain itu juga saya buat juga pokok epel tapi bukan yang 3D, tapi hanya lukis kat kertas..dan saya buat bulat2 je tok lebel huruf2..saje la senang nak simpan dalam fail nnt.
layan je lah gambar dorang menampal huruf A besar dan kecil.





haaaaa dah siap..ni lah hasilnya

Alphabet A (aktiviti 2)

Ain Fajar | 6:06 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Aktiviti kedua, buat pada hari yang sama..sepatutnya masa buat ni 2 hari yang lepas..tapi saya tak sempat nak update...sebab ikut en.abg g kuantan..dan saya pergi ke rumah kawan ajar member tu buat donat...hehehe jadi cikgu kuih la pulak ala2 chef lagi..
Akti kedua, saya buat craf denga kertas berwrna jadikan bentuk aiskrim..atas permintaan kakak juga sebenarnya..dia tengok gambr kat ternet pastu nak buat..memandangkan konsep pembelajaran adalah huruf A so saya pun setuju..A untuk Aiskrim..

Antara bahan-bahan yang saya gunakan.
  • gunting
  • pensil
  • kertas berwarna tebal
  • pinggan kertas
  • kotak
sebok nak suh amik gambar dorang juga..

kotak tu saya potong bentuk 3 segi untuk di jadikan kon aiskrim.
kertas berwarna pula saya potong bulat2 untuk di jadikan aiskrim dan ceri.
khusukla dorang menampal kertas yang saya potong untuk membuat aiskrim.

Taraaaa ni lah hasilnya..c kakak pandai buat sendiri..fina ibu tolong ckit2.klu tak x tau la jadi bentuk ape.
aktiviti ini, bloeh memperkenalkan dengan mereka warna2, dan A a untuk aiskrim..mudah untuk ingat kalau buat macam ni..

Alphabet A (aktiviti I)

Ain Fajar | 6:03 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
 Aktiviti pertama yang secara rasminya bermula homeschool untuk c kakak.(fina join juga)..nak ikutkan saya dah mula sejak awal bulan January 2012..tapi mcm tak formal..saya suruh dia tulis ikut titik2 huruf dari buku latihan yang saya beli..masalah nya..tak jalan kalau tak disuruh. Dah macam paku sekali ketuk sekali jalan, hadoooiii..kena tumpu kan dia je..mula la adiknya mengamuk sebab fina pun nak belajar juga..bila dah buat 2 3 huruf dah hilang tumpuan dan mcm2 alasan dia bagi, penatlah, ngantukla, lapar la..tetibe bergaduh dan last2 menangis..tak yah la belajar..tapi walau macam mana pun saya try juga untuk kenalkan huruf2 dan nombor..buat masa ni baru 4 huruf kakak kenal A B C D, nombor 1-5..mengira dah lm pandai tp 1-10 je lah..mengaji pulak saya ajar dia muqadam pada awalnya..berulang-ulang baca alif- ya, sampai dia hafal ikut turutan tapi tak kenal huruf..bila suruh ulang2 dah tak nak sebab dia cakap dia dah pandai..jemu la tu..kemudian saya beralih pada Iqra'..pada awalnya agak susah juga dia nak kenal huruf dan baris..selepas seminggu alhamdulillah berjalan lancar dan sekarang dah sampai huruf zai, dan nak masuk huruf sin..akan di teruskan hingga Iqra' 6.

ok berbalik pada aktiviti pertama saya dengan anak2, huruf pertama saya buat dan kenalkan adalah huruf 'A' besar dan 'a' kecil..kena buat satu aktiviti supaya kakak mudah ingat dan gembira..tak hilang tumpuan malah seronok untuk terus belajar..
 saya lukis huruf A besar berserta gambar semut..supaya kakak tau yang A untuk Aiskrem (BM) dan A untuk ant (BI)..kemudian minta kakak warnkan dengan warna air..kemudian huruh a kecil yang kononya adalah apple..dan minta warnakan juga..
c fina yang kononnya ikut aktiviti nie. tapi di bedal je nak warne mcm mn pun..saya nak pegang tangannya tak bagi pandai sendiri..hantam la labu asal senyap dan tak kacau kakaknya.(suka menyakat kakaknya)

beria c kakak warna semut merahnya...hehe

kakak sedang mewarna apple berbentuk a.

inilah hasil yang kakak buat..c fina punya mmmhh dah jadi ape tak tau la, tak nmpk bentuk dah..habis dia warne hitam..gambar gelap sikit..da malam baru teringat nak amik gambar kakak dengan hasilnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...