Feb 22, 2012

Alphabet A (aktiviti I)

Ain Fajar | 6:03 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
 Aktiviti pertama yang secara rasminya bermula homeschool untuk c kakak.(fina join juga)..nak ikutkan saya dah mula sejak awal bulan January 2012..tapi mcm tak formal..saya suruh dia tulis ikut titik2 huruf dari buku latihan yang saya beli..masalah nya..tak jalan kalau tak disuruh. Dah macam paku sekali ketuk sekali jalan, hadoooiii..kena tumpu kan dia je..mula la adiknya mengamuk sebab fina pun nak belajar juga..bila dah buat 2 3 huruf dah hilang tumpuan dan mcm2 alasan dia bagi, penatlah, ngantukla, lapar la..tetibe bergaduh dan last2 menangis..tak yah la belajar..tapi walau macam mana pun saya try juga untuk kenalkan huruf2 dan nombor..buat masa ni baru 4 huruf kakak kenal A B C D, nombor 1-5..mengira dah lm pandai tp 1-10 je lah..mengaji pulak saya ajar dia muqadam pada awalnya..berulang-ulang baca alif- ya, sampai dia hafal ikut turutan tapi tak kenal huruf..bila suruh ulang2 dah tak nak sebab dia cakap dia dah pandai..jemu la tu..kemudian saya beralih pada Iqra'..pada awalnya agak susah juga dia nak kenal huruf dan baris..selepas seminggu alhamdulillah berjalan lancar dan sekarang dah sampai huruf zai, dan nak masuk huruf sin..akan di teruskan hingga Iqra' 6.

ok berbalik pada aktiviti pertama saya dengan anak2, huruf pertama saya buat dan kenalkan adalah huruf 'A' besar dan 'a' kecil..kena buat satu aktiviti supaya kakak mudah ingat dan gembira..tak hilang tumpuan malah seronok untuk terus belajar..
 saya lukis huruf A besar berserta gambar semut..supaya kakak tau yang A untuk Aiskrem (BM) dan A untuk ant (BI)..kemudian minta kakak warnkan dengan warna air..kemudian huruh a kecil yang kononya adalah apple..dan minta warnakan juga..
c fina yang kononnya ikut aktiviti nie. tapi di bedal je nak warne mcm mn pun..saya nak pegang tangannya tak bagi pandai sendiri..hantam la labu asal senyap dan tak kacau kakaknya.(suka menyakat kakaknya)

beria c kakak warna semut merahnya...hehe

kakak sedang mewarna apple berbentuk a.

inilah hasil yang kakak buat..c fina punya mmmhh dah jadi ape tak tau la, tak nmpk bentuk dah..habis dia warne hitam..gambar gelap sikit..da malam baru teringat nak amik gambar kakak dengan hasilnya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...