Apr 21, 2012

Bahulu salju Kukus

Ain Fajar | 10:50 PM | 6Comments |

 Assalamualaikum..
 selamat tengah hari semua..dah masuk waktu makan tengah hari pun, tapi saya nak tayang kuih sarapan pagi tadi..nak update awal2 tak boleh la, mak dan bapak mertua ada kat sini..selepas masak sarapan kena buat keje rumah sambil melayan dorang dan kena terus masak untuk tengah hari, bila perut dah kenyang dan dorang tengah rehat dan tido barulah saya boleh mengadap ladtop dan jejalan kat dapur kawan2 blogger yang lain, tapi tak leh la lama2..
 Ini la kuihnya yang saya panggil bahulu salju kukus..asalnya ianya dipanggil bahulu kukus je, tapi saya selitkan nama salju tu..kenapa nama kuih nie di panggil bahulu kukus. sebabnya bahan dan cara membuatnya sama macam kita buat bahulu yang versi bakar tu..dan bila di panggilnya bahulu kukus semestinya ianya dikukus..dan saya menambah nama salju diantara nama bahulu kukus nie sebab warnanya putih berseri dan strukturnya gebu je..lembut je...saya tak pernah makan dan jauh sekali buat sendiri..kira ini 1st la buat atas bantuan mak mertua..resepi nie pun dari beliau..memang sedap dan lembut dan lemak berkrim..ok jom layan resepi dan cara membuatnya.


loyang yang di gunakan cuma 7inci sahaja, tapi saya buat separuh adunan je..so kejadian bahulu nie tak tinggi tapi tetap kekal lembut dan sedap..masa buka tutup pengukus ingat dah taj jadi dah rupanya loyang besar dan adunannya sedikit..kalau buat 1 adunan penuh tadi mesti naik tinngi..
Bahulu Salju Kukus
sumber:  Pn.Marhanah
            : Ain (resepi Kehidupanku) 

Bahan-bahannya :)

4 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung
1/4 cawan santan pekat. (saya guna santan kotak)
1 sk vanila (saya tambah)

Cara-caranya :) 
  • panaskan kukusan.
  • pukul telur dan gula hingga kembang (warne berubah menjadi warne cream)
  • masukkan santan dan gaul rata
  • masukkan tepung dan gaul rata secara perlahan (cara kaup balik)
  • sapu loyang dengan minyak dan tuang adunan kedala loyang. Balut tutup periuk dengan kain
  • kukus selama 20minit atau masak, dengan api yang besar.

siap.. boleh dihidangkan untuk sarapan pagi, minum petang dan boleh juga makan-makan waktu kenduri kendara.

Selamat mencuba!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...