Apr 5, 2012

Tom yam

Ain Fajar | 5:50 PM | 3Comments |
Assalamualaikum..
salam pagi jumaat...sarapan ape yer pagi ni...saya pun belum fikir nak wat sarapan ape ni..ronda2 dulu ke dapur kekawan, kot ada ilham...sebelum tu nak post n3 masakan semalam..masak simple je..tak de mood nak makan nasi..penyakit m pun sedang melanda diri pulak semalam dan di bawa ke pagi nie..nak kumpul tenaga lawam dengan penyakit M ni...sebab plan hari nie nak buat beday girl..macam2 dia suh ibunya buat tok beday dia...baru 4 tahun da pandai minta macam2..budak sekarang pengaruh TV pun kuat juga..semalam saya buat tom yam..buat yang simple je main taruk2 je..janji ada rasa tom yam..hehehe..ye la bahan pun tak berapa nak cukup, tak plan pun nak buat tom yam tu yang tak beli bahan-bahannya..

Ni tom yam versi ain..saya suka banyak sayur dan pedas2..bila makan tu mesti kena berair je mata ni, baru puas hati..cepat sikit kenyang...gambar pun tak cantik, ternet slow xleh nak edit2..xpe lah janji ada gmbr dan hak milik sendiri..

ok jom kita tengok resepi yang simple ni..

Tom Yam..
by ain:
Bahan-bahannya:

3 biji bawang merah
2ulas bawang putih
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 batang lobak merah
3 biji putik jagung
seketul kubis bunga
2 biji tomato
1 paket pes tomyam
1 biji kiub tom yam
garam secukupnya
1 liter air
5 helai daun limau purut
1 batang serai
2 keping asam keping.
100gm sotong

cara-caranya:)
  • tumbuk bawang merah dan putih dan tumis dengan minyak yang sedikit. masukkan serai yang telah di ketuk.
  • masukkan pes tom yam dan masukkan air.
  • masukkan kiub tom yam asam keping, tomato dan sayuran yang lain.
  • apabila sayur lebut dan kuah mengelegak masukkan semua bahan yang ada.
  • masak hingga kuah menggelgak.
  • dah siap..senang je main masuk2 je.
  • kalau xtak tumis pun tak pe, rebus je..pas tu masuk semua. cuma daun limau purut kena masuk last takut pahit la pulak nnt.
  • kalau nak masukkan udang, kita kena rebus dulu baru masukkan udang dalam kuah tom yam untuk mengekalkan rase tom yam tersebut.
ok selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...