Mar 17, 2011

Burger Malaysia

Ain Fajar | 10:29 PM | 1Comments |
Assaalamualaikum..
salam hari juumaat..hari ni saya buat sarapan burger malaysia..hahaha ada yg tau dan myb ada yg tak tau kan..kuih ni antara menu mak cik2 kantin sekolah...arwah mak saya pun tiap hari buat kuih ni dulu..sejak saya kecik2 lagi my mom dah buat kuih ni..masa saya kecik sebesar c kakak my mom anta kuih kat kantin sekolah, bla saya dah sekolah menengah baru dia tander kantin sendiri..rezki niaga kat kantin la yg membesarkan kami adik beradik..jom kita tengok mcm mn org malaysia buat burger hehehe
haaa inilah rupa kuihnyer..org panggil burger malaysia tak tau lah kenapa, ada juga yg panggil donut goreng..myb intinya sambal ikan bilis so org ubah namanya..resepi ni juga kita boleh buat donat goreng yg intinya kacang merah..
 Burger Malaysia.
sumber :  k.maz dr ilhamdapur

Bahana-bahannya : )
1/2 cawan air suam
2 cawan tepung gandum
2 sk yis kering
3 sb susu tepung (susu c kakak menjadi mangsa ibunya)
2 sb mentega cair
1 sb gula
1/4 sk garam.

Cara-caranya : )
  • campurkan yis, gula dan air suam kacau rata kemudian biarkan seketika. masukkan mentega cair.
  • gaulkan tepung, susu tepung dan garam. 
  • kemuadian masukkan air yis tadi kedalam tepung
  • uli adunan hingga menjadi doh yang licin dan lembut. (saya guna tangan je), kalau melekat kat tangan sapu tangan dengan tepung jangan tamabah tepung lagi
  • biarkan doh 30 minit..kemuadian tumbuk2 sedikit.
  • bulat2kan dan tekap menggunakan muka gelas untuk dapatkan bentuk yang cantik.
  • biarkan seketika dalam masa 15minit..bila kita angkat, doh tu ringan je..
  • boleh di goreng dengan api yang perlahan..sentiasa di balik2 kan untuk mendapatkan warna kuih yang sekata dan cantik.
  • apabila sudah kuning angkat dan toskan
  • belah kuih di tengah2 tapi jangan putus. letak inti sambal ikan bilis..
  • sedia dihidangkan..mmmmm mmg sedap, lembut dan mengeyangkan..lagi2 minum dengan teh strawberry

selamat mencuba!!!
resepi sambal di n3 seterusnya..



Oreo Cheese Cake

Ain Fajar | 8:52 AM | 4Comments |
Assalamualaikum..
oreo cheese cake ni dah lama saya buat masa beday uyun (adik ipar saya) tak sempat nak post ni tengah ada kesempatan saya nak kongsi dan sambil2 cuci mata...mcm tulah kejadian kek saya yg telah di potong..tak deco cantik2 pun sekadar letak biskut oreo di sekeliling kek dan 4 kuntum bunga ros serta daun..
haa nampak tak bunga ros putih yg tertonggok sekumtum tu..saya buat dari cream biskut oreo..rasa sayang nak buang nak makan terlalu manis tak tertelan pulak..bila tengok cream biskut berlonggok terus terfikir untuk di jadikan bunga ros..so itulah hasilnya..tak bape cantik tapi boleh laaaa ada juga rhope bunga ros kan kan kan..
ok jom skodeng resepi..byk sumber saya untuk buat oreo cheese cake ni...boleh di katekan setiap blog masakan ada buat kek ni...saya gabungkan resepi dan kaedah pastu jadikan satu..jom tengok!!

Bahan-bahannya : )
Bahan A
200 grm biskut oreo (tanpa creamnya)
3 s/b gula perang
130 gm butter

Bahan B
500 gm cream cheese
3 biji telur
3 s/b tepung jagung
150 gm gula kastor
100ml susu cair
sedikit chocolate rise

cara-caranya : )
untuk bahan A
  • cairkan butter ketepikan..
  • hancurkan biskut dan campurkan butter dan gula perang..
  • masukkan ke dalam loyang dan tekan2 hingga ianya padat..bakar 5 minit..
untuk bahan B
  • pukul cream cheese dan gula hingga kembang..
  • masukkan telur satu persatu pukul hingga kembang dan gebu.
  • masukkan susu cair dan tepung jagung pukul lagi hingga sebati.
  • masukkan chocolate rise gaul rata guna tangan (nak letak serbuk biskut oreo pun boleh)
  • masukkan adunan cheese ke dalam loyang yang ada lapisan biskut tadi dan bakar selama 40-45 minit
  • saya bakar dengan kaedah water bath dan tutup loyang dengan aluminium foil.(letak air dalam dulang dan letak loyang dalam dulang dan bakar)
  • bila sejuk simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan kek ces yang sedap.

Honey Dew Cocktail

Ain Fajar | 6:34 AM | 0Comments |
Assalamualaiku..
hari ni tak ada masak yg special pun..buat soto paberet ku n en.abg..en.abg kate dah lame tak buat soto..huh! ye ker? rasanya br 2 minggu lps..dah masuk dlm n3 pun...tak pela oleh kerana sume bahan ada dan kami semua suka makan so saya buat lah...tak tunjuklah soto coz dah post pun nnt jemu pulak hihihihi...saya nak post disert yg mudah dan senang dan yang pastinya sedap, lazat dan yummmmmy...masa saya jejalan g dapur k.ummi kuantan saya nampak disert yg k.ummi buat terus terpikat turun ke hati...huh!mengancam..terus berazam untuk mencubanya..mmg ternyata tidak mengecewakan...tq k.ummi saya nak syer resepi akak d sini.
Honey Dew Cocktail
sumber : k.ummi kuantan (home sweet home)

Bahan:-
  • 1/2 biji honey dew - kupas dan potong dadu
  • 2 cawan susu segar
  • 1 cawan susu sejat
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan kiub ais
  • 3 sudu besar sagu (akak guna yg merah) saya tak letak
  • 2 cawan air panas didih (saya tak letak)  
  •  
cara-caranya :
  • saya buat stail saya sendiri...
  • masukkan semua bahan dalam blender (honey dew separuh sahaja)..
  • kisar semua bahan hingga lumat..
  • masukkan ke dalam bekas dan letak honey dew yang sudah di potong dadu..saya telah menambah sepotong tembikai merah sebagai hiasan dan menyerikan lagi disert tu..
  •  
mudah kan mesti try pasti tak menghampakan.
Selamat mencubaaa!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...